Sunday, May 15, 2022

Yang Ghaib2 Jugalah yang Dipersalahkan

 

Tiba2 anak terkena asma, terus salahkan jin, salahkan saka.

Tiba2 paru2 ibu bapa bemasalah, terus kaitkan dengan sihir.

Tiba2 badan mudah lesu tak bermaya, dengan mudahnya agak itu buatan orang.

Tiba2 pasangan sakit2 badan, terus cenderung tuju kepada penyakit keturunan (tak pasal2 kesihatan ibu bapa dan arwah datuk nenek moyang pula yang terkait)

Tiba2 adik kakak asyik pening berulang2, dengan lajunya sangka terkena ain.

Tiba2 diri selalu stres berulang2, terus "nampak" penyebabnya yang ghaib2.


Beginilah antara banyak pengalaman sahaya berhadapan dengan para pesakit dalam bulan Disember dan Mac yang lalu (ketika itu sahaya buka rawatan - untuk kali terakhir). Selain daripada kita yang sangat kesibukan (ini punca utama), hal2 sebeginilah yang turut menyumbang SEDIKIT saham kepada tawarnya hati untuk kita merawat lagi lalu terus berhenti menjadi muallij.


Dengan ilmu perubatan islami/nabawi serba-sedikit yang kita ada ini, kita sudah boleh mengagak bahawa punca utama kepada masalah2 tersebut ialah PENGURUSAN OKSIGEN yang tidak baik sejak sekian lama. Pendek kata, tidak ada kena-mengena dengan jin, saka, sihir, buatan orang, penyakit keturunan, terkena ain, atau yang ghaib2. Jika berkait, insya-Allah kita sebagai muallij biasanya diizinkan Allah untuk mengesannya Namun dalam hal ini jelas2 bukan.


Perangai sebahagian pesakit pun membuatkan kadang2 kita pening juga (bercampur terasa lucu). Mereka datang minta khidmat kita. Setelah kita meneliti seadanya, kita pun berikanlah jawapan. Tapi... mereka tak mahu percaya pula. Mereka lebih cenderung untuk percaya yang ghaib2 berbanding yang zahir2. Sudah terbalik pula. Akhirnya, kita bacakan doa dan buatkan air sahajalah beserta sedikt nasihat agar selalu2lah sedut udara segar.


Penyakit2 sebegini, jika sudah sempat ia hinggap, ia sangat sukar untuk pergi lagi melainkan akan terus buat sarang dan berketurunanlah ia di dalam jasad kita. Jadi, sebelum ia sempat hinggap, jangan sesekali beri peluang ia hinggap. Jika kita sudah tersilap lalu ia sempat hinggap, dengan segeralah berusaha dan berikhtiar dengan sangat gigih untuk mengusirnya, sebelum ia bersarang dan menetas. Allah kurniakan akal fikiran dan rasa qalbu, kita manfaatkan sebaik2nya.


Segelintir daripada mereka kemudiannya pergi pula kepada perawat2 lain sampailah jumpa perawat yang mengesahkan bahawa masalah kesihatan yang tiba2 berlaku kepada mereka itu memang berkait dengan yang ghaib2. Barulah puas hati mereka. Perawat2 jenis itulah yang dipercaya dan dipandang sebagai handal. Selepas itu kita pun al-maklumlah... duit mereka akan "kena sedut" berulang kalilah oleh si perawat sedangkan sakit tidak juga berkurang. Jin saka bagai pun pening kepala kerana mereka dipersalahkan sedangkan mereka tidak terlibat pun dalam cerita ini.


OKSIGEN DAN AIR


Oksigen dan air ini merupakan ubat2 paling utama lagi paling asas. Ambillah pelbagai ubat dan jalanilah pelbagai rawatan pun, tanpa oksigen dan air......... al-maklumlah.


Kita dimasukkan ke wad hospital pun, tetap keutamaannya ialah oksigen dan air. Jika kita terkena penyakit yang tiada ubat atau tidak diketahui sakit dan ubatnya, tetap oksigen dan air juga yang diberi. Tiba2 pengurusan oksigen kita di rumah atau di luar daripada hospital jadi tidak bagus... memanglah. Kemudian apabila sakit, masuk hospital, oksigen pula yang dicari. Alangkah peliknya!


Dalam sehari kita perlukan oksigen 24 jam, berterusan. Udara yang masuk itu biarlah banyak dan berkualiti. Di dalam udara itu ada banyak zat2 untuk kesihatan jantung, paru2, aliran darah, urat2 badan, kepala, minda, otak dan lain-lain lagi. Penawar percuma bersifat semulajadi lagi fitrahi sudah lama Allah sediakan, "kita sahaja yang lalai".


Abu Zulfiqar

15/5/22

No comments: