Kadang2 perawat tahu bahan dan kaedah yang ADA KESAN POSITIF yang tinggi untuk sesuatu masalah kesihatan tetapi tidak disampaikannya kepada si sakit kerana perawat sedia maklum hal itu memang tak akan dapat dibuat oleh si sakit itu (dengan kadar peratusan tak akan dapat dibuatnya itu SANGAT TINGGI, bukan sekadar TINGGI sahaja). Lebih2 lagi apabila si sakit tidak percaya bahawa masalah kesihatannya berpunca daripada hal2 yang sudah dijelaskan oleh perawat. Dikhuatiri nanti akan menimbulkan benih-benih perbalahan pula.
Bagaimanalah kita hendak merawat orang2 yang datang berubat kepada kita tetapi tidak mahu menerima bahawa sakitnya itu berpunca daripada sekian2 perkara? Jika sakitnya itu dari segi syariatnya adalah kerana gula, kita pun cubalah hendak berikan penerangan tentang kaedah dan bahan2 penyembuhan berkaitan. Tetapi awal2 lagi si sakit tak dapat menerima yang sakitnya itu berpunca daripada gula. Dia tidak percaya. Dia tidak mahu melakukan sesuatu terhadap gula di dalam tubuhnya. Dia yakin gula bagus untuk tubuhnya dan akan terus mengambil gula juga...... apalah lagi yang dapat perawat lakukan? Jika kita cuba tekankan lagi, si sakit lebih membantah dengan nada yang semakin tidak molek menuju kepada perbalahan pula dengan kita.
Untuk mengelakkan benih-benih permusuhan, akhirnya kita cuma doakan, suruh jaga amal, jaga kesihatan dan jaga pemakanan sahajalah. Orang2 yang tidak percaya, sudah tentulah mereka tidak akan berusaha untuk menggunakan kaedah dan bahan yang kita sarankan. Jadi, sekadar itulah.
...kenangan jadi perawat khususnya pada Disember 2021 dan Mac 2022.
29/5/22
No comments:
Post a Comment