Kita sudah terjatuh ke dalam lubang berlumpur separas pinggang. Ada kawan2 kita yang separas lutut, separas dada dan separas tengkuk. Sepatutnya kita segeralah keluar. Tapi kerana malu untuk keluar, kita pun berkelakuan untuk menunjukkan kepada orang2 di luar lubang seakan2 kita ok2 sahaja untuk terus berada di dalam lubang berlumpur tersebut, biasa2 sahaja, normal, tiada apa yang pelik... Lalu kita pun tidaklah keluar2.
Ada rakan2 kita yang berkelakuan seperti itu juga, tetapi apabila orang ramai tidak terpandang, senyap2 lagi perlahan2 mereka berusaha keluar. Sekurang2nya walaupun masih kuat mazmumahnya iaitu ego, mereka masih juga mahu bertindak sebaliknya secara diam-diam, ke arah yang lebih baik.
29/5/22
No comments:
Post a Comment