PERTANYAAN : Assalamualaikum wbt ust. Sy ada soalan berkaitan mimpi nak tanya ust. Apakah maksud jika mimpi membuang air besar di tempat terbuka dan cincin patah? Mohon pendapat ust. Terima kasih.
JAWAPAN : Waalaikumussalam. Mimpi membuang air besar di tempat terbuka biasanya membawa maksud kita mengeluarkan wang yang banyak untuk sesuatu hal yang sebenarnya tidak bertaraf perlu. Cincin yang patah pula biasanya bermaksud mengalami sedikit kesulitan. Sama ada hal itu sudah berlaku, atau sedang berlaku, atau bakal berlaku, orang2 yang bermimpi lebih mengetahuinya.
Sekiranya hal itu sedang atau belum terjadi, kita boleh berusaha dan berikhtiar untuk menyekatnya dengan cara :
1. banyakkan beristighfar
2. berdoa memohon kepada Allah dan nyatakan hajat kita.
3. jimatkan perbelanjaan. Tumpukan kepada perkara2 yang bertaraf perlu. Dalam hal2 yang bertaraf kehendak, kurangkan perbelanjaan semaksima mungkin.
4. jika ada peluang, buat sedikit simpanan perbelanjaan
5. jika berkerjaya, kerjaya sekarang buat sehabis baik.
6. jika ada jalan untuk menambah pendapatan, eloklah diusahakan.
Wallahualam.
Abu Zulfiqar
14/5/22
No comments:
Post a Comment