Pada musim cuaca cantik, belalang2 berehat2 sambil berhibur. Namun semut2 pula gigih berusaha dan berikhtiar mencari dan menyimpan makanan. Belalang2 mentertawakan semut2 yang bersusah-payah, sambil belalang2 berdendang riang. Semut2 cuba juga mengingatkan dan menasihati belalang2 tetapi dilawak2kan dan diremehkan mereka sahaja.
Musim berubah, tibalah musim cuaca buruk. Makanan semulajadi sehari-hari tiada di padang. Belalang2 mula resah dan panik kerana kelaparan. Musim cuaca buruk pula akan memakan masa panjang. Pada masa yang sama, semut2 yang tidak sebesar dan sekuat belalang masih dapat bertahan dengan baik hasil usaha dan ikhtiar gigih mereka mencari, mengumpul dan menyimpan makanan sepanjang musim cantik dahulu. Zikrullah pun mereka sentiasa, sunnah usaha dan ikhtiar untuk prepping pun mereka sentiasa, mengikut kemampuan masing2.
Apabila kelaparan dan kebuluran melanda kaum belalang, kemuncaknya mereka tidak akan dapat bertahan. Mula2 mereka akan meminta jasa baik kaum semut, kemudian ke level meminta, kemudian ke level menggesa dan akhirnya akan ke level merampas dan menganiaya walaupun melibatkan nyawa. Selepas itu... macam2lah berlaku.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
12/5/22
No comments:
Post a Comment