Sunday, May 29, 2022

Kita yang Bukakan Pintu2 dan Tingkap2

 

Selalu terjadi, makhluk2 misteri sampai dan masuk tiba2 kerana kita yang mengundang atau terundang mereka. Mereka terbuka hati untuk datang bertamu apabila melihat pintu tingkap terbuka pada waktu senja dan selepasnya. Seakan2 ada undangan. Jika pintu tingkap tidak dibuka, mereka pun tak mudah2 tertarik untuk masuk. Pencuri, penyamun dan perompak yang asalnya hendak melintas sahaja tetapi kemudiannya terbuka hati untuk mencuri, menyamun atau merompak apabial melihat keadaan sebegitu.


Begitu jugalah dengan penyakit2 misteri atau yang sangat jarang terjadi di serata dunia tetapi kini banyak yang munculkan diri. Kita sendiri yang bukakan "pintu2" dan "tingkap2" ke dalam diri. Mereka pun datanglah berhari raya lalu kita pun menderitalah hingga ke akhirnya.


20/5/22


(*Yang diberikan rezeki oleh Allah untuk memahami takwilan pintu dan tingkap mungkin dapat memahami sedikit-sebanyak maksud mimpi di bawah ini)


MIMPI OMBAK LAUT HITAM LANDA MADINAH DAN MAKKAH (11 Mac 2022)


Beberapa hari lepas Arab Saudi mengumumkan kebenaran solat berjemaah dengan saf rapat. Tiga malam sebelumnya saya mendapat satu mimpi.


Ada air yang sangat banyak umpama lautan bergerak meluru ke arah kota Madinah. Hitam warna airnya. Datangnya umpama tsunami lalu ombaknya bergulung-gulung menghempas ke kota Madinah. Namun air laut hitamnya tidak masuk ke kota melainkan seakan-akan tersangkut dan sekadar mengepung seluruh kota dari luar. Hanya ombak tsunaminya sahaja yang masuk. Ombak itu memutih dan jernih macam ombak biasa, tetapi bahagian dalam air itu ada macam serbuk-serbuk hitam - ringkasnya ada hitamnya di dalam air tersebut jika diperhatikan betul-betul.


Ombak-ombak ganas itu menyerbu masuk ke rumah-rumah dan ke setiap lorong. Hujung mata-mata ombak itu seolah-olah mencari-cari. Rumah-rumah di kota itu macam rumah-rumah zaman dahulu kala - banyak berbentuk kotak, diperbuat daripada tanah liat dan batu-batu. Rumah-rumah itu ada lubang pintu, lubang tingkap dan lubang angin kecil. Kebanyakannya terbuka. Daripada 10 buah rumah, hanya 2-3 rumah sahaja yang tertutup. Yang peliknya, hujung-hujung mata ombak-ombak tsunami itu tidak menyerbu rumah-rumah yang pintu, tingkap dan lubang anginnya terbuka. Sebaliknya ombak-ombak itu meluru dan menyerbu rumah-rumah yang lubang-lubang itu tertutup.


Kemudian ombak-ombak itu kembali menyurut dan bersatu semula dengan lautan hitam. Tak ada pula ombak itu mengambil atau membawa sesuatu.


Seterusnya kelihatan kota Makkah. Kelihatan juga lautan hitam bergelombang meluru ke sekelilingnya. Sebagaimana yang terjadi kepada Madinah, sebegitulah yang terjadi kepada Makkah.


Akhirnya ombak-ombak itu kembali menyurut dan bersatu semula dengan lautan hitam di sekeliling kota Makkah itu. Tak ada juga diambil dan dibawa sesuatu.


Tiga hari kemudian, terbaca pengumuman Saudi tentang perubahan dalam saf solat dan beberapa perkara lagi.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

11/3/22


No comments: