Friday, May 6, 2022

Temu Ghazaliyah - Update 8

 

UPDATE 8 Ziarah Ghazaliyah - Setelah selesai Siri 1 (2022) Ziarah/Ta'lim Tariqah Ghazaliyah pada 5 dan 6 Mei di Ipoh, kita mendapati ada beberapa hal yang boleh diperbaiki untuk lebih mencantikkan perjalanan dan pengisian siri2 seterusnya (siri 2 hingga 13) di tempat2 lain. Tuan2 yang berhajat untuk hadir eloklah mengambil perhatian terhadap perkara2 berikut :


1. JUMLAH TETAMU

Jumlah tetamu sangat terhad. Sangat bagus jika tuan2 dapat buat tempahan lebih awal. Kami terpaksa beri keutamaan kepada orang2 yang menempah lebih awal. Sekiranya tempat sudah penuh, tuan2 bolehlah buat tempahan dengan segera untuk siri2 pertemuan seterusnya yang terhampir dengan tempat tuan2. Sila rujuk jadual lokasi dan tarikh bagi 12 pertemuan akan datang.


2. BOLEH BAWA KANAK2

Apabila kami mengatakan "masih ada dua kekosongan" (sebagi contoh), maksudnya masih ada kekosongan untuk dua orang tetamu DEWASA. Anak2/kanak2 boleh sahaja dibawa bersama. Kadang2 tetamu datang bersama anak2.


3. PERCUMA

Semua pelajaran dan pengetahuan tentang Tariqah Ghazaliyah adalah percuma. Tiada sebarang bayaran, yuran, pengeras, derma, sumbangan dan seumpamanya.


4. SEDIAKAN PERSOALAN LEBIH AWAL

Dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin, Imam al-Ghazali sangat menekankan adab2 menjawab persoalan. Beliau mencontohkan Imam Malik yang pernah menjawab 1/3 sahaja daripada soalan2 yang dikemukakan kepadanya walaupun Imam Malik seorang ulama besar. Hal ini kerana sangat berhati2nya Imam Malik dalam menjawab persoalan. Banyak juga ulama dahulu kala yang menjawab "tidak tahu" lebih banyak daripada memberikan jawapan kepada persoalan2 yang dikemukakan.


Kami sendiri begitu juga. Dalam hal2 yang kami punya pengetahuan yang mencukupi, kami akan memberikan jawapannya sebaik mungkin. Tetapi dalam hal2 yang kami hanya tahu sikit2 sahaja atau kami fikir kurang cukup maklumatnya, kami akan menolak daripada menjawab atau akan menjawab "tidak tahu".


Jadi, untuk mengelakkan daripada banyak persoalan tuan2 tidak berjawab atau dijawab "tidak tahu", maka eloklah tuan2 ajukan/tuliskan/suarakan persoalan2 (khusus untuk persoalan2 yang jarang2 ditanya) tersebut beberapa hari lebih awal agar kami dapat melengkapkan jawapan2nya lalu dipersembahkan dalam pertemuan nanti. Jika tidak, (contohnya) mungkin daripada 48 pertanyaan yang diberi, hanya 16 sahaja yang kami sanggup memikul amanah untuk menjawabnya manakala yang 32 pertanyaan lagi kami jawab "tidak tahu".


Selalu juga hal yang ditanyakan itu memang kami ada pengetahuan tentangnya tetapi dari segi persediaan untuk member penejlasan tentangnya kurang sedikit, maka kami menjawab "tidak tahu" sahaja. Begitulah adab anjuran Imam al-Ghazali. Rugilah kerana kami datang dari jauh dan tuan2 pun datang dari jauh, tetapi apabila bertemu, banyak persoalan tidak dapat kami penuhi. Jika sekadar untuk menunjukkan handal dan tidak jatuh air muka, boleh sahaja kami menjawab ala kadar, tetapi setiap jawapan yang kita beri itu akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan Allah kelak. Hal itulah yang sangat kami bimbangi. Oleh sebab itu adab2nya kita pelihara.


Salah satu cara yang berkesan untk mengelakkan daripada mendapat jawapan "tidak tahu" adalah dengan mengemukakan awal2 persoalan2 penting (persoalan yang biasa2 tak perlulah) beberapa hari lebih awal kepada sahaya. Insya-Allah nanti jawapan2 yang diperolehi dalam pertemuan akan memuaskan hati. Jika tidak, bersedia sahajalah untuk mendengar banyak jawapan : "Saya tak tahu".


5. BUKU2 TARIQAH GHAZALIYAH

Sekiranya di tangan kami ada stok buku2 Tariqah Ghazaliyah ketika itu dan tuan2 berhajat untuk membelinya, sebenarnya harga buku2 itu sudah jadi lebih murah kerana sudah ditolak kos pengurusan pos. Yang mendapatkan keempat2 buku Tariqah Ghazaliyah terkejut apabila kami pulangkan sejumlah RM30 kepada mereka. Memang banyak kurang harganya.


6. DATANG DENGAN KELAPANGAN MINDA

Banyak juga orang yang menetapkan (dah set siap2) dalam mindanya bahawa seragam silat mesti berwarna hitam. Maka dia akan terkejut besar apabila datang berguru dengan silat2 tertentu yang seragamnya berwarna putih, atau biru, atau hijau, atau warna2 lain.


Ada yang sudah menetapkan dalam mindanya bahawa silat mesti ada bunga. Maka dia akan terkena kejutan budaya apabila datang belajar silat2 tertentu yang memang tiada bunga.


Ada yang sudah tertetap dalam mindanya bahawa silat mesti ada kuda2 rendah dan mesti menanti dengan berkuda2. Maka dia seakan2 tidak boleh terima apabila datang belajar silat2 tertentu yang tiada kuda2 rendah dan menanti dengan berdiri lurus sahaja. Begitulah seterusnya.


Jadi, sangatlah dianjurkan agar dapat datang dengan kelapangan dan keluasan minda. Elakkan daripada sudah menetapkan siap2 dalam minda segala sesuatu tentang tariqah apabila datang mendengar penerangan tentang Tariqah Ghazaliyah. Jangan ada satu setting minda bahawa tariqah, silat, kung fu, ilmu memanah, ilmu memburu dan lain-lain MESTILAH begini dan begini. Hal ini kerana ada hal2 tertentu dalam Tariqah Ghazaliyah yang tidak bersamaan dengan tariqah2 lain.


PENUTUP


Inilah antara hal2 penting yang kita perhatikan dalam Siri 1 Ziarah/Ta'lim Tariqah Ghazaliyah (yang terdiri daripada dua sesi pertemuan) yang boleh kita sama-sama perbaiki pada masa2 akan datang. Semoga Siri 2 dan seterusnya akan lebih lancar dan lebih bermanfaat.


6/5/22

 

MAKLUMAT2 SEBELUM INI :


1. ASAL-USUL RANCANGAN : http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/perancangan-temujanji-urusan2-tariqah.html

2. PENGUMUMAN AWAL : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-pengumuman-awal.html

3. UPDATE 1 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-1.html

4. UPDATE 2 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3.html

5. UPDATE 3 :http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3_27.html

6. UPDATE 4 - https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-4.html

7. UPDATE 5 - http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-5.html

8. UPDATE 6 - https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update.html

9. Update 7 - http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-7.html


 

No comments: