Orang2 yang sifat mazmumahnya
SUKA BERTELINGKAH itu
akan berusaha gigih mencari jalan
agar dapat bertelingkah dengan kita,
membesar2kan pertelingkahan,
dan memanjang2kan pertelingkahan
dari semasa ke semasa
seolah-olah mereka tiada lelah atau bosan.
Walaupun kita tidak mahu bertelingkah dengan mereka,
mereka tetap mencintai untuk bertelingkah dengan kita juga.
Mereka selalu, berterusan
lagi asyik berfikir dan mencari2 jalan
agar dapat bertelingkah dengan kita.
Perasaan tidak puas hati, dendam dan amarahnya
tak putus-putus.
Dirancangnya pelbagai cara
dan dicubanya sentiasa.
Lepas satu....satu.
Ingatkan sudah habis
tetapi lepas satu...satu lagi.
Agaknya akan puas lagi lazat rasanya
apabila mereka berjaya
membuatkan kita
terumpan dan
mahu betelingkah dengan mereka.
Antara tindakan kita?
Jangan terumpan!
Kita maafkan sahaja
dan legakan fikiran.
Jika mereka masih berdegil juga?
Kita biarkanlah mereka "bertelingkah" sebelah pihak.
Sikap dan kesukaan orang
tidak mudah untuk kita betulkan.
Melainkan jika mudaratnya sudah terlalu besar
dan kita sukar untuk mengelak lagi
maka ketika itu
barulah kita berhadapan.
25/5/22
No comments:
Post a Comment