Memang banyak orang yang hendak datang bertemu dan berziarah khususnya dalam hal yang berkaitan dengan Tariqah Ghazaliyah. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah, orang suka ke sana ke mari dan sambil-sambil itu bercadang untuk singgah bersua muka. Tetapi dalam keadaan kita yang masih dikhabarkan tentang wabak dan seputarnya sehari-hari ini, sukar untuk kita buat perkiraan.
Namun begitu, sebagai satu usaha untuk tidak menghampakan sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada yang berhajat, sahaya akan cuba aturkan hari2 dan waktu2 pertemuan yang sesuai. Sehingga tamat tahun ini, mungkin boleh diadakan 6 kali lagi pertemuan untuk 6 kumpulan tetamu. Untuk setiap pertemuan itu kita hadkan kepada dua orang tetamu sahaja. Waktunya sama ada selepas asar atau selepas isyak.
Sebagai permulaan, kita akan dahulukan orang2 yang lebih sukar untuk bergerak (yang tidak lengkap cucuk) berbanding orang2 yang lebih mudah untuk bergerak (yang sudah lengkap cucuk). Hal ini kerana bagi orang2 yang sudah lengkap cucuk, djangka mereka punya ruang yang lebih luas untuk terus bergerak pada masa akan datang. Maka kita dahulukanlah golongan yang susah. Insya-Allah ada rezeki kita.
Jadi terlebih dahulu kita buka kepada orang2 yang memilih untuk tidak dicucuk, dan yang memilih untuk dicucuk tetapi masih belum dicucuk. Kita namakan sahaja mereka sebagai Kumpulan A.
Sekiranya masih berbaki nanti, kita buka kepada orang2 yang belum lengkap dicucuk, yakni baru satu kali dicucuk iaitu Kumpulan B.
Sekiranya masih berbaki juga, barulah kita akan buka pertemuan untuk golongan yang sudah dua kali dicucuk iaitu Kumpulan C.
Dan seandainya masih berbaki, barulah kita buka pertemuan untuk mereka yang sudah tiga kali dicucuk iaitu Kumpulan D.
Oleh itu, bagi bakal tetamu yang berada dalam kategori Kumpulan A, bolehlah pm sahaya untuk perbincangan lanjut tentang tarikh dan masa ziarah. Kumpulan B, C dan D harap bersabar dahulu.
*Selesai semua majlis ziarah
No comments:
Post a Comment