Friday, December 31, 2021

Kisah Sebenar Pembuatan dan Penjualan Buku2 Tarekat Ghazaliyah

PERSOALAN : Salam. Nak tanya ustaz. Maaf dulu jika melangkaui adab. Buku2 ustaz belum ada lagi ke? Saya sempat beli 2 je. Pastu habis stok. Harap yang 3 buah lagi tu ada semula. Dah lama saya tengok di page Khazanah... masih belum ada. Maaf menganggu ustaz.


JAWAPAN : Waalaikumussalam Tuan xxxxxxx. Mohon maaf banyak2. Memang tak ada (dan mungkin juga tak akan ada dah). Pada Team Khazanah sudah habis sementara pada saya hanya ada untuk kegunaan sendiri sahaja. Rasanya sekitar bulan Mei dulu Khazanah dah hentikan penjualan (baru saya tersedar, sudah setengah tahun rupanya).


Sekiranya ada modal pun nanti, mungkin saya akan tumpukan pada buku Tarekat Ghazaliyah yang akan datang, bukannya buku2 lama. Namun semuanya dalam aturan Allah jua.


Kita berkongsi sedikit ceritalah.


Sebenarnya saya tulis dan keluarkan buku ini tidaklah menguntungkan bahkan rugi, dari segi kewanganlah. Setelah buat 5 buah buku itu (1 buku ringkasan kitab Ihya' 'Ulumuddin dan 4 buku Tarekat Ghazaliyah), wang yang ada hanyalah RM1,100 sedangkan wang yang keluar sekitar RM3,300. Rugi 200%. Tapi kerana Allah, untuk agama dan umat, kita buat jugalah. Namun untuk hasilkan buku ke-6 atau untuk menambah semula buku2 terdahulu, memang belum ada kemampuan. Tunggulah sampai ada modal baru pula.


Masalah utamanya - kos keseluruhan untuk sesuatu buku itu adalah tinggi terutamanya kerana kita hanya mampu cetak dalam jumlah yang sedikit sahaja. Sebagai contoh, bagi buku pertama iaitu Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab induk Ihya' 'Ulumuddin) itu, kos keseluruhannya untuk sesuatu buku itu tiba ke tangan pembeli lebih kurang RM46 sedangkan harga jualannya hanya RM45. Maksudnya bagi setiap satu buku itu, tak ada untung bahkan rugi lagi RM1. Selain itu, banyak juga buku2 itu yang kita hadiahkan sahaja kepada kenalan. Matlamat utama kita adalah dakwah, bukan keuntungan.


Sebab itulah sekiranya para pembaca masih ingat, saya ada menjawab satu persoalan pada bulan Mac 2021 oleh seorang lulusan agama (ustaz muda) yang bertanyakan pandangan saya - Untuk berjuang dan di samping itu tentunya mahu mencari belanja hidup juga, elok dia tumpu pada memberi kuliah2 atau menulis buku? Hal ini kerana dia lebih minat menulis berbanding berkuliah.


Berdasarkan keadaan dirinya, saya sarankan agar dia tumpukan pada pengajian2 agama. Di samping itu, sambil2 bolehlah menulis buku. Segala rasionalnya bolehlah diteliti semula dalam soal jawab kami itu di sini

http://alexanderwathern.blogspot.com/.../soalan2-ringkas... pada soalan nombor 85.


Kesimpulannya, saya bukan sengaja tak mahu keluarkan lagi buku2 itu, tetapi memang kerana ada kekangan2 tertentu. Walau bagaimana pun, doakanlah yang baik2 belaka agar dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah segala perancangan di hati tidak pernah terpadam.


5/12/2021


No comments: