Lagi antara punca kita tidak dapat mencapai maqam2 yang lebih tinggi dalam Tariq Ghazaliyah ini adalah kerana kita sendiri tidak bermatlamatkan R4S (Rasulullah SAW, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain) tetapi sekadar bermatlamatkan orang2 selepas R4S. Maka paling jauh kita boleh pergi, setakat hajat kita itu sahajalah.
Contohnya - murid A bertanya mengapa bekalan yang diberikan kepadanya tidak sekuat/sebanyak yang diberikan kepda murid B?
Hal itu kerana murid A mempersiapkan dirinya dan menyediakan dirinya untuk pengembaraan mendaki ke 1/4 gunung sahaja, yang memakan masa 3 hari sahaja, maka perbekalan daripada mursyidnya pun sekadar untuk pendakian 3 hari sahajalah. Mana mungkin diberi perbekalan untuk 12 hari kerana akan sia-sia, sangat membebankan, dan akan membinasakan si murid untuk menanggungnya. Dia tidak bersiap dan dirinya tidak bersedia. Jahil dan zalimlah si mursyid jika membekalkan juga perbekalan untuk 12 hari. Tidak layak menjawat mursyid bagi orang sebegitu.
Bagi murid B pula, dia mempersiapkan dan menyediakan dirinya untuk mencapai puncak gunung yang memakan masa 12 hari. Maka perbekalan daripada mursyidnya pun adalah untuk pendakian 12 hari. Hal ini kerana dia sudah bersiap dan menyediakan dirinya untuk menanggung perbekalan 12 hari itu.
Sebab itulah perbekalan yang diberi berbeza-beza, mengikut sejauh mana si murid merpersiapkan dan menyediakan dirinya. Bukan kerana pilihan si mursyid, tetapi kerana pilihan murid sendiri yang buat target masing2.
Untuk masuk pertandingan angkat berat, orang yang buat latihan bench press 300lbs sahaja, takkanlah jurulatihnya nak daftarkan dia dalam pertandingan yang angkatan asasnya sahaja pun sudah 400lbs. Renyuk dadanya kena hempap. Kan binasa?
No comments:
Post a Comment