Tuesday, December 28, 2021

Mahu Bermaqam di Bumbung atau Terbang?

 

Nak naik ke atas bumbung keruhanian, mursyid bagi pilihan - boleh cara panjat dan boleh juga cara guna tangga kayu. Tapi apabila kita dah berada di atas bumbung dan nak mula nak terbang, tak boleh guna cara panjat dan tak boleh guna tangga lagi. Mursyid akan suruh kita guna kaedah lain. Kita nak kena mula pasang dan guna sayap. Kalau masih berdegil nak guna cara panjat atau nak guna tangga juga, maka tak akan dapatlah nak terbang. Tersangkut di bumbung keruhanian sahajalah.


Jadilah. Walau tersangkut di bumbung pun, sekurang2ya lebih tinggi lagi daripada orang2 yang di bawah. Mursyid tetap bersyukur juga.


Bagi yang bersedia untuk terbang pula, mereka berpotensi untuk naik tinggi dan merantau jauh ke sana sini.


Yang sekadar mahu memanjat ke bumbung lalu duduk memandang dari sana, kita sayangi dan raikan.

Yang mahu terbang ke udara, berdiri di atas awan dan memandang dari sebalik pelangi, kita pandukan.

No comments: