Wednesday, December 29, 2021

Tafsir Mimpi Panjang

Ada pertanyaan tentang satu mimpi yang panjang. Isi kandungannya pun bagus dan sesuai untuk diambil manfaat. Cuma nama2 watak dalam mimpi itu terpaksa sahaya kaburkan agar tidak timbul tersalah faham. Yang lebih penting untuk diambil ialah iktibar drpd isi kandungan mimpi tersebut.


Pada suatu hari, seorang hamba Allah bernama Tuan Xxxxx bertanya :


Assalamualaikum ustaz. Apa habaq? Harap ustaz berada dalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga tercinta. Kawan saya bermimpi malam kelmarin. Dia nak mintak tolong ustaz tafsirkan mimpi tu boleh ka ustaz? Kalau boleh saya forwardkan mesej dia.


(***Mohon maafah banyak2 kepada hamba Allah ini kerana mesejnya baru dapat sahaya baca lebih sehari kemudian)



MESEJ daripada sahabatnya yang bermimpi itu berbunyi begini (yang bertanda * tu penjelasan sahaya) :


Dalam mimpi ini aku dan hang jumpa guru hang dan seorang macam anak murid dia yang pakai baju berjubah dan berserban macam dia. Keadaan sekeliling tanah yang lapang bersih macam ada orang sapu.


Sambil bersembang atau mengadu kat guru hang, aku cakap, "Payah nak jumpa P (*) ialah seorang hamba Allah yang soleh, yang ramai orang memandang beliau sebagai salah seorang wali Allah) la ni (***sekarang ini), dengan keadaan macam ni (PKP, tak boleh rentas negeri - macam tu maksud aku). Tambah pulak jauh jugak nak pi."


Lepas tu guru hang senyum sambil tunjuk dekat sebatang jalan tar yang straight panjang, kiri kanan hutan hijau dengan pokok2 besar.


Guru hang cakap, "Tu jalan tu nak pi ke Mekah pun boleh, kalau kena cara dia. Apatah lagi (***jika sekadar) nak jumpa P." Seolah-olah ada shorcut macam masuk alam lain boleh tembus ke Mekah.


Aku pulak masa tu saja sembang2, saja dengan niat kalau ada jalan, hari lain la nak pi, sebab hari tu aku tau aku dalam keadaan hadas besaq. Kira badan tak bersih la, nak pi jumpa orang alim lagu mana? Macam tu la pikir.


Lepas tu guru hang gamit aku, suruh ikut jalan tu dengan dia. Aku pun ikut jalan. Tak dan (***tak sempat) sampai seminit, jumpa satu tempat yang bagi kita manusia (***ni nampak) pelik (***kerana di luar daripada kebiasaan).


Keadaan tempat tu tinggi dari tanah lebih kurang dua kaki tinggi dia. Lantai dibuat daripada mozek putih. Lepas tu ada bumbung tanpa tiang, macam kubah masjid, tapi lagi besaq 10 kali ganda. P duduk dalam tu sambil dok sembahyang. Bumbung tu kaler macam kubah masjid, lebih kurang emas2 gitu.


Guru hang kata, "Itu P. Pi la mintak apa nak minta lekas (macam minta doa atau cara penyelesaian la lebih kurang) (*** kerana banyak juga orang bertemu P untuk meminta didoakan dan meminta nasihat2nya)."


Tapi aku diam saja sebab tau badan tak elok tak boleh masuk tempat tu.


Tunggu lama sikit, P habis sembahyang dan doa. Dia keluar dari tempat tu. Hang pi salam dan cium tangan dia. Aku tak salam sebab rasa diri ni kotoq.


Risau P kecik hati, aku cakap kat P, "Saya sebenarnya kotoq P. Saya tak baguih, (*sebab) tu saya rasa segan nak salam dengan P (sambil buat muka sebek)."


Lepas tu P pegang bahu (*aku), dia cakap sepatah2 slow2, "Tak pa. Janji kita tau diri kita macam mana, (*itu sudah) cukup."


Lepas tu aku rasa sedih sangat.


Teroih bangun tidoq.


TAMAT MIMPINYA



ANTARA MAKLUMAT YANG ADA DALAM MIMPI ITU


1. Ada beberapa watak iaitu :

i. hamba Allah yang bermimpi (YB - Yang Bermimpi)

ii. hamba Allah yang bertanya (Tuan Xxxxx)

iii. si guru

iv. orang yang kelihatan seperti murid kepada si guru, dan

v. P (seorang soleh yang sering dipandang sebagai wali Allah oleh sebahagian orang)


2. Benda2 yang terlibat dalam mimpi ini pula ialah :

i. baju jubah seperti baju jubah si guru

ii. serban seperti serban di guru

iii. sebatang jalan tar yang lurus lagi panjang

iv. hutan hijau dengan pokok2 besar di kiri kanan jalan tar tersebut

v. lantai daripada mozek putih

vi. bumbung tanpa tiang seperti kubah masjid yang besarnya 10 kali ganda kubah masjid dan berwarna keemas-emasan


3. Latar tempat yang terlibat pula ialah :

i. kawasan tanah yang lapang dan bersih seperti disapu

ii. Makkah

iii. tempat yang luar daripada kebiasaan di mana P berada


4. Tentang perbuatan pula, ada :

i. pergi berjumpa dengan si guru

ii. pergi itu bergandingan dengan Tuan Xxxxx

iii. keluhan ingin pergi menemui P

iv. si guru tunjukkan jalan

v. si guru sampaikan maklumat (ilmu)

vi. si guru ajak dan bawa melalui jalan lurus dan panjang itu

vii. mereka berjalan di jalan tar itu

viii. si guru menunjukkan diri P

ix. P sedang mengerjakan solat lalu berdoa

x. P keluar dari tempat luar biasa tersebut

xi. P tepuk bahu dan beri kata-kata perangsang

xii. YB berasa sedih


5. Seterusnya tentang perasaan yang terlibat pula :

i. keinginan untuk bertemu dengan P

ii. bercadang buat penangguhan

iii. penangguhan itu hendak dibuat kerana sedang berhadas, maka berasa belum sesuai untuk pergi bertemu dengan P

iv. bersetuju untuk mengikut si guru

vi. berasa sedih



MENYINGKAP MAKSUD MIMPI INI

(***Yang berada dalam "tanda koma' ialah "bahasa dalam")


1. Alhamdulillah. Syukur. Hamba Allah yang bermimpi (YB - Yang Bermimpi) itu memang hatinya dicenderungkan oleh Allah ke arah TST (tasawuf, sufi, tariqah dsb) atau ringkasnya ke jalan keRUHanian.


2. Si guru itu dengan ikhlas hati dan lapang hati menerima Tuan Xxxxx dan YB ke "halaman"nya.


Hal ini berdasarkan gambaran tempat si guru yang keadaan sekeliling tanahnya yang lapang bersih seperti ada orang yang sapu.


3. Tentang hamba Allah yang kelihatan seperti murid kepada si guru itu, yang berjubah dan berserban sebagaimana si guru itu, YB akan dapat mengenalinya nanti jika direzekikan Allah untuk berjumpa secara berhadapan, ataupun ketika terlihat orangnya melalui media (gambar, video, lukisan).


4. YB memang terpaut hati dengan P dan mahu bertemu dengannya. YB beranggapan, alangkah beruntungnya jika dapat jadi macam P, dan dia juga berangan-angan (belum sampai ke tahap cita-cita lagi) untuk mencapai kedudukan (maqam) sebagaimana yang dikurniakan oleh Allah kepada P. Jika dapatlah, dia ingin "menyaksikan" bagaimanalah "tempat" yang "diduduki" oleh P di sisi Allah.


5. "Lepas tu guru hang senyum sambil tunjuk dekat sebatang jalan tar yang straight panjang, kiri kanan hutan hijau dengan pokok2 besar."


Maksudnya si guru berasa sukacita dan dengan senang hati untuk menunjukkan caranya/ jalannya/ toriqnya untuk "diperkenalkan" akan maqam yang ditempati oleh P sebagaimana yang dikehendaki oleh Alah SWT ke atas P.


"Jalan" itu lurus, kemas tidak berselerak, tidak bersimpang siur, tiada kerosakan, selesa dilalui, dan teguh.


Hutan dengan pokok2 besar itu menunjukkan sudah terlalu banyak orang-orang soleh termasuklah tokoh2 besar yang sudah menggunakan toriq/jalan/ manhaj tersebut.


Sekiranya masih ingat, sebelum ini sahaya ada menta'birkan mimpi seorang hamba Allah yang melihat sebatang pohon yang tidak berapa besar di atas bukit. Pohon dalam kedua-dua mimpi ini menggambarkan orang-orang.




6. "Guru hang cakap, "Tu jalan tu nak pi ke Mekah pun boleh, kalau kena cara dia. Apatah lagi nak jumpa P." Seolah-olah ada shorcut macam masuk alam lain boleh tembus ke Mekah."


Makkah dalam mimpi ini ta'wilnya ialah Allah. Maka dengan jalan/ toriq yang ditunjukkan itu, bukan sahaja boleh "menyaksikan" atau lebih tinggi lagi "menempati" maqam2 tertentu, bahkan boleh "sampai" kepada Allah.


7. "Aku pulak masa tu saja sembang2, saja dengan niat kalau ada jalan, hari lain la nak pi, sebab hari tu aku tau aku dalam keadaan hadas besaq. Kira badan tak bersih la, nak pi jumpa orang alim lagu mana? Macam tu la pikir."


YB memang tertarik hati dan berkeinginan untuk menjalani hayat sebagai seorang ahli sufi, tetapi dia sendiri belum bersedia lagi, belum mahu buat persediaan lagi, belum sanggup untuk meninggalkan hati seorang awwam. YB juga berasa rendah diri seakan tidak layak untuk dirinya bergaul dengan orang-orang alim.


8. "Lepas tu guru hang gamit aku, suruh ikut jalan tu dengan dia. Aku pun ikut jalan. Tak dan (*tak sempat) sampai seminit, jumpa satu tempat yang bagi kita manusia (nampak) pelik."


Si guru mengajak YB untuk mengikuti toriq tersebut, dan YB mahu mengikut. Tidak sampai seminit, tibalah ke suatu tempat yang luar biasa.


Jika perjalanan seminit sahaja sudah sampai ke situ, bayangkan betapa panjangnya jalan lurus itu dan ada berapa banyak lagi perhentian2 atau tempat2 yang ada.


Si guru tidak sekadar menunjukkan jalan, bahkan dapat membawa orang pula ke sana. Dapat membawa orang lain ke sana menunjukkan dia sudah biasa tiba ke sana dan biasa berulang-alik ke sana, memandangkan dia dapat membawa orang lain ke sana dalam masa tidak sampai seminit sahaja.


9. "Keadaan tempat tu tinggi dari tanah lebih kurang dua kaki tinggi dia. Lantai dibuat daripada mozek putih. Lepas tu ada bumbung tanpa tiang, macam kubah masjid, tapi lagi besaq 10 kali ganda. P duduk dalam tu sambil dok sembahyang. Bumbung tu kaler macam kubah masjid, lebih kurang emas2 gitu."


Ini gambaran kedudukan P ketika beliau "bersama2" dengan Allah. Merupakan satu maqam yang sangat tinggi, mulia, "di langit", di bawah naungan 'Arasy Allah.


10. Guru hang kata, "Itu P. Pi la mintak apa nak minta lekas (macam minta doa atau cara penyelesaian la lebih kurang, kerana banyak juga orang bertemu P untuk meminta didoakan dan meminta nasihat2nya)."

Tapi aku diam saja sebab tau badan tak elok tak boleh masuk tempat tu.

Tunggu lama sikit, P habis sembahyang dan doa. Dia keluar dari tempat tu. Hang pi salam dan cium tangan dia. Aku tak salam sebab rasa diri ni kotoq.

Risau P kecik hati, aku cakap kat P, "Saya sebenarnya kotoq P. Saya tak baguih, (*sebab) tu saya rasa segan nak salam dengan P (sambil buat muka sebek).

Lepas tu P pegang bahu (*aku), dia cakap sepatah2 slow2, "Tak pa. Janji kita tau diri kita macam mana, (*itu sudah) cukup."

Lepas tu aku rasa sedih sangat.


Teroih bangun tidoq.


TAMAT MIMPI


Bahagian ini rasanya boleh difaham sendiri sahaja. Tiada yang terlalu tersirat.


Jadi, begitulah lebih kurang singkapan makna mimpi tersebut. Wallahua'alam.




Abu Zulfiqar al-Amsyari

OKtober 2021

No comments: