Sunday, December 26, 2021

Berhujah Sambil Bermazmumah

Selalu kita temui antara kata2 yang bukan hujah, fakta atau bukti - sebagai balasan daripada sebahagian orang2 yang hujah dan pendirian mereka sudah goyah, longgar, terpatah atau terbukti tidak benar - tetapi masih sangat kuat sifat mazmumahnya yang bernama ego (pada awal2 ketika hujah2nya masih agak kuat, biasanya kata2 sebegini belum dikeluarkan lagi) :


1. Engkau pandai sangat ke?

2. Engkau sorang je yang betul?

3. Semua benda engkau tahu!

4. Engkau ulama/pakar ke?

5. Tak tahulah. Aku cuma ikut kata2 tokoh sekian sekian je.

Dan macam2 lagi.


Hal ini berlaku kerana mereka sudah tidak mampu untuk memberikan hujah, fakta atau bukti. Lalu mereka akan mengeluarkan/membelanjakan sifat2 mazmumah mereka sebagai hujah. Tujuannya :


1. Untuk menunjukkan seolah2 pegangannya yang dipertahankannya itu masih gagal dibuktikan lemah atau tidak betul. Carannya adalah dengan mengalihkan perhatian kepada hal2 selain hujah, bukti dan fakta berkaitan. Diharapkan agar kelemahan dan kesalahannya akan terkesamping secara perlahan-lahan lalu disenyapkan.


2. Untuk menyakiti hati lawannya. Hal ini kerana hatinya sendiri sudah terlalu sakit kerana semakin jelas kelonggaran dan kesalahan hujah dan pegangannya. Dia memang tidak boleh menerima kenyataan. Orang sebegini jelas sekali matlamatnya bukan untuk sama2 mencari kebenaran tetapi hanya untuk mempertahankan yang dipercayainya tak kira benar atau tidak. Itu taksub namanya.


3. Untuk menarik sokongan orang2 lain kepadanya dengan menggambarkan seolah2 lawannya itu bersifat tidak baik seperti mengaku pandai, tahu segala, pakar dan sebagainya . Padahal lawannya tidak beranggapan begitu pun. Ini taktik pengalihan murahan tetapi selalu juga ada kejayaan.


Kita perhalusi lagi kata2 :

1. Engkau pandai sangat ke? (untuk mengalihkan perhatian, dan menutup dirinya)

2. Engkau sorang je yang betul? (untuk mengalihkan perhatian, dan menutup dirinya)

3. Semua benda engkau tahu! (untuk mengalihkan perhatian, dan menutup dirinya)

4. Engkau ulama/pakar ke? (untuk mengalihkan perhatian dan merendah2kan lawannya sekalipun lawannya terbukti benar atau lebih benar)

5. Tak tahulah. Aku cuma ikut kata2 tokoh sekian sekian je. (untuk mengalihkan perhatian dan menutup dirinya serta mengelakkan daripada kelemahan dan kesalahan itu kena kepadanya. Maka kononnya dia bolehlah berlepas diri. Bagi orang2 yang sekadar mengikut2 kata orang itu orang ini, lebih baiklah tidak bersuara, kerana jelas dia sekadar mengikut2 tanpa pemahaman dan kesedaran. Maka, bagaimana mahu diperoleh daripadanya kebenaran?)

 

Umumnya begitulah.


Kita tak mahu melayan permainan2 mazmumah sebegini. Lama-kelamaan dikhuatiri kita juda akan terlibat bermazmumah sama. Sesiapa yang ada budaya sebegini, silalah berdiskusi dengan orang2 yang sekelas dengannya sahaja. Bagi kita, kita hanya mengalu-alukan dan meraikan hujah2, bukti2 dan fakta2 sahaja. Kita mahukan orang2 yang sama2 mencari kebenaran sekalipun berbeza pegangan, bukannya orang2 yang hanya mahu mempertahankan apa yang disangka2nya sebagai benar sahaja.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

26 Disember 2021


Blog : Debunga Teratai Syurgawi

Page FB : Abu Zulfiqar al-Amsyari


 

No comments: