Tuesday, December 28, 2021

Tolak Satu Hal Sahaja Terus Dihukum Anti?

 

Jangan sebegitu mudah untuk engkau menghukum dan melabel seseorang itu sebagai anti-Islam hanya kerana dia tidak mahu menutup aurat di kepalanya sekalipun hal itu bertaraf wajib di sisi Allah. Takkanlah dengan satu hal itu engkau menyebarkan ke sana-sini melalui biacaramu, tulisanmu, kuliah2mu dan video2mu kononnya dia itu anti tudung, anti hijab, anti purdah, anti tudung labuh dan sebagainya?


Ramai juga orang2 atasan di dalam dan di luar istana yang tidak "bertudung", apakah engkau mengatakan mereka sebagai anti-Islam? Pelik benar permainanmu. Mudah2 sahaja engkau mahu menghukum orang lain sebagai anti-Islam hanya kerana mereka tidak melakukan satu sahaja daripada hal2 yang diwajibkan itu?


Eloklah engkau perbetulkan semula definisimu itu. Bayangkan jika ramai lagi yang terikut2 dengan definisimu itu. Alangkah bahayanya! Bertelitilah dan bersabar2lah dalam melabel dan menghukum.

No comments: