Friday, December 24, 2021

Ciri Penting Seseorang Pemimpin

 

"Yan (panggilannya kepada sahaya). Kamu salah seorang pemimpin dalam Toriq Ghazaliyah. Apa pandangan kamu tentang kata2 ni (ditunjukkan isi telefonnya)?"

Tertulis di sana : "Seorang ketua perlu berpegang kepada prinsip kebenaran walaupun MAJORITI tidak menyetujuinya."


Jawapan ringkas sahaya : "Sudah tentu le. Kita wajib tetap pertahankan 2+3=5 walaupun MAJORITI orang atasan dan MAJORITI orang bawahan kita perjuangkan bahawa 2+3=6. Allah perintahkan kita berpegang dengan kebenaran, bukan dengan majoriti."


Agak lama dia diam. Kemudian katanya, "Kalau gitu kata kamu, betul le tu."


"Mengapa miker tanya?"


"Tak de le, teman sekadar nak tahu pendapat kamu le."

No comments: