HARI KETIGA (Jeti Pangkor & Hutan Paya Bakau Manjung)
Makan tengah hari di kedai ni (kedai Muslim payah nak dapat). Makanan ok tapi harga mahal betul. Kemudian 'park' kereta di kawasan tu, tinggalkan kunci dan wang sewa dalam kereta (percaya betul tuannya dengan kami). Kami pun terus naik feri.
Hutan Paya Bakau ini terletak berhadapan dengan Kafetaria Ikhwan. Kawasannya boleh tahan, tapi hutan di Kuala Sepetang, Taiping lagi cantik dan terjaga.
Ada jambatan gantung. Rugi kalau tak mencuba. Tak le panjang, lebih kurang 25 meter (agak-agak). Di Pangkor pun ada jambatan gantung, tapi jauh ke dalam dan kereta susah hendak masuk.
Dari atas menara jambatan gantung. Sesiapa yang pulang dari Pangkor, eloklah singgah sekejap di sini. Bukan selalu datang.
Satu lagi keindahan ciptaan Tuhan. Tapi paya ini dicemari oleh kera-kera yang berkeliaran, silap-silap gaya boleh menggigit dan mencuri barang kita. Juga kera-kera dari kalangan manusia yang asyik ber'dating'. Bukan mereka yang segan, kita pulak yang segan nak lalu. Aduhai....
HABIS DAH...
HABIS DAH...
Begitulah rakaman percutian kami sebagai perkongsian buat semua. Semoga ia memberi sedikit panduan kepada mereka yang belum pernah ke Pulau Pangkor dan berhasrat mahu ke sana. Diharapkan juga anda memperoleh manfaat sepanjang membaca dan melihat gambar-gambar ini.
1 comment:
terima kasih, seronok baca pengalaman saudara
Post a Comment