Wednesday, December 8, 2010

Pulau Pangkor Disember 2010 (bah. 5)


HARI KEDUA (Pasir Bogak)

Sebelum ke Pasir Bogak yang terkenal dengan keindahan pantai ciptaan Tuhan, kami makan tengah hari di jalan Teluk Gedung. Restoran Hassan jadi pilihan. Masakannya biasa-biasa sahaja.



Inilah pemandangan dari pantai Pasir Bogak. Di seberang sana ialah resort Pangkor Laut yang masyhur itu (mahal tu). Ia terletak di pulau yang berlainan dan lebih kecil daripada Pulau Pangkor.

Pantai ini panjang. Nun di sebelah sana (tak masuk dalam gambar) ada ruang lagi.


Di sebelah kanannya ada sekumpulan batu-batu besar yang menarik. Kami nak pergi ke sana. Jom!


Cantik kan? Kejadian alam membuatkan kita berasa lebih ingat dan kagum kepada Penciptanya.


Kami berkereta semula dan singgah di bahagian yang jauh ke kanan tadi. Suasana di sini lebih tenang, sunyi dan redup. Pemandangan pun cantik. Kami lepaskan anak-anak bermain air.


Kami bertuah kerana tiba-tiba ada sekumpulan orang melepas dan menarik pukat pinggir pantai. Sempat tengok dua kali. Setiap sesi ambil masa lebih kurang 20 minit. Memang menarik. (Ada juga mat dan mek salleh menyidaikan diri)



Hasil tangkapannya lumayan bang! Dapat 5-6 ekor yang besar-besar. Ada yang kalau dibuat masak 3 rasa, mahu harganya RM 40 ke atas. Ketam dan sotong pun ada juga. Kali kedua dapat 2-3 ekor ikan besar.

bersambung...

No comments: