PERSOALAN:
Salam Perkenalan..
Saya ingin tanya pendapat saudara mengenai puak MQTK.. agak aneh fahaman mereka.. menggelarkan mereka Quraisy Melayu keturunan Ahlul Bayt..
ini link mereka:
http://www.facebook.com/topic.php?uid=135059886548959&topic=100
Terima kasih.
PANDANGAN SAYA:
Wlksm Pahlawan Baju Batik.
Inilah kali pertama saya mendengar tentang kumpulan itu. Sekali imbas nampak macam tak berapa kena je kumpulan ni, tapi tak tahulah. Maklumlah, baru kali pertama tahu. Jadi, tak sesuailah untuk saya komen lebih-lebih tanpa kajian yang sewajarnya.
Ada sedikit petikan daripada laman itu yang menarik perhatian saya:
"Sebagai contoh(saya selaku YDP diizin dedah rekod sulit kami), bila Ustaz Atiqullah tersungkur di KBMC kerana tuduh Bani Hasyim penipu, Paksu Wil masuk kubur dengan jelas kaki terpotong bila bela perogol muhrim, ayah kepada Tuan Guru Nik Aziz mati dalam keadaan tertambat(penyakit kegilaan/berbogel - setelah berbahas persoalan hukum fekah dengan nenek moyang kami), maka seluruh 7 keturunannya kehadapan tidak akan diterima lagi oleh Bani Hasyim, kecuali datang kepada mereka hanya sebagai "Hamba Sahaya". Dan sebab itulah mereka rela pilih mati suul khotimah dari terpaksa merendah dan beralah dengan nenek moyang kami yang ramai itu."
Berbahas masalah fiqh pun boleh kena tulah? Siap tolak 7 keturunan ayah Dato' Nik Aziz lagi tu!
WaAllahua'lam.
Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment