Wednesday, December 8, 2010

Pulau Pangkor Disember 2010 (bah. 2)


HARI KEDUA (Utara Pulau Pangkor)

Perjalanan di utara Pulau Pangkor memang 'memeritkan'. Patutlah 'ulat' di Jeti Lumut terkejut apabila saya menyatakan hasrat hendak menyewa kereta. Rupa-rupanya orang memang takut memandu di sini khususnya dari Pasir Bogak menuju ke Teluk Nipah dan paling mengerikan ialah dari Teluk Nipah ke utara dan ke timur. Biasanya pelancong gunakan khidmat teksi sahaja.

Jalan di utara pulau ini berbukit-bukit (lebih banyak guna gear dua dan satu sahaja), sempit, sunyi dan selekohnya memang tajam 'tahap kapit' punya. Orang rumah ana asyik berzikir sepanjang perjalanan. Tak cukup dengan itu, teksi yang mengekor ataupun yang berselisih dengan kita agak laju (mentang-mentanglah mereka otai setempat). Beberapa kali hampir nak tergiris kereta kita dengan van teksi mereka. Tapi ini menunjukkan lesen saya memang gred A : ) hehe.

Jalan di sini lebih mencabar daripada laluan Tapah-Cameron Highland dan Balik Pulau (Pulau Pinang). Sebelum ini memang dah banyak dengar cerita tentang kengerian jalan ini, tapi tak sangka sampai begitu mengilukan dan menyengalkan : ) Kebetulan sebelum ini ada kes van kemalangan, beberapa orang terkorban di jalan ini.

Anda berani? : )

Saya sarankan anda naik motosikal sewa ataupun teksi, lebih selamat.


MasyaAllah... cantiknya bumi Tuhan.

Di utara pulau ini ada Teluk Dalam Resort dan Pangkar Island Beach Resort. Kedua-duanya jauh terpisah daripada tempat-tempat lain.


Teluk Dalam ini memang cantik, tapi tak sesuai untuk berkubang kerana pantainya berlumpur. Ada orang sedang kutip apa entah.


Ada sebuah menara, untuk kita lihat pemandangan dari atas. Tapi kami tak naik pun, tangganya agak bahaya untuk kanak-kanak.

bersambung...

No comments: