Wednesday, December 8, 2010

Pulau Pangkor Disember 2010 (bah. 1)


Alhamdulillah syukur, kami selamat pulang dari bercuti di Pulau Pangkor pada 6-8 Disember 2010. Sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana memudahkan segala urusan kami.

HARI PERTAMA

Dari rumah, kami singgah di Masjid Pengkalan Baru. Kemudian singgah di pekan Pantai Remis, beli air krim, makan dalam kereta.

Tiba di Seri Manjung, kami singgah pula makan di Kafetaria Ikhwan ( ex-Rufaqa'). Hidangannya diyakini halal dan wang kita insyaallah (umumnya) mengalir kepada orang Islam. Ekonomi kan salah satu senjata jihad.

Cari punya cari, akhirnya 'parking' di belakang masjid (milik persendirian). Tuan tanah entah ke mana, solat kot. Kami pakai letak je kereta. Balik nanti baru bayar : ) RM 10 sehari. Tempat letak kereta berbumbung dan bertingkat pun ada, milik Majlis Bandaran.

Pemandangan dari dalam feri. Perjalanan cuma sekitar 20 minit. Tak macam ke Langkawi, 1 jam dari Jeti Kuala Perlis. Anak-anak kecil memang cukup suka naik feri.

Dapat sebuah kereta Iswara, RM 90 sehari (sebenarnya RM 80 je, 'ulat' ambil RM 10). Kira mahal le jugak. Di Langkawi kami dapat RM 60. Di Pangkor ni, kebanyakan kereta sewa jenis Proton Saga dan Iswara, jenis yang lebih mahal boleh kata tak ada. Mungkin kerana jalannya sempit dan Pangkor pun tak seluas mana.


Cadangnya nak cari bilik dalam lingkungan RM 150 satu malam, sesuailah dengan 'budget' RM 300 untuk dua malam. Tapi di Jeti Lumut lagi sudah 'ditawan' oleh seorang ulat yang menawarkan bilik 'standard' RM 100 (sebenarnya RM 80 je, tapi dia 'makan' RM 20). Tengok gambar nampak ok. Lagi pun kita bukan hendak duduk lama di bilik, lebih banyak merayau ke luar. Jadi, dapatlah satu bilik di Nipah Mas.

Kelebihannya - sesuai untuk 4 orang dewasa (lihat gambar), paling hampir dengan pantai dan gerai-gerai di Teluk Nipah berbanding resort/ chalet yang lain, layanan boleh tahan, stesen teksi betul-betul di halaman depan (mudah untuk ke mana-mana), murah, ada pendingin hawa, ada Astro ...

Kekurangannya - tiada mandian air panas, tiada pemanas air, bilik kurang bersih...

Sesiapa yang biasanya ambil hotel, memang tak selesa le tinggal di bilik ni.

Pemandangan dari depan bilik. Sebelah kanan tu Family Room. RM 150 semalam.

Teksi-teksi di Pulau Pangkor. Ada yang cantik corak/ awan larat di tepi badannya.

Berjalan-jalan di sepanjang deretan kedai Teluk Nipah. Semuanya peniaga Muslim. Ada 3-4 gerai menjual burger, termasuklah oblong burger ('first time' jumpa). Mungkin jadi pilihan utama mat-mat dan mek-mek salleh yang tak biasa dengan nasi.

Mandi-manda di pantai Teluk Nipah. Ramai orang. Beberapa aktiviti air turut disediakan seperti berkayak, jet ski, 'banana boat', 'round island' dan lain-lain.

Menantikan terbenamnya mentari senja. Antara hikmah solat jamak dan qasar bagi para musafir.

Hero kami sedang asyik bermain pasir.

Pemandangan biasa di depan setiap gerai makan. Mereka menawarkan makanan laut bakar (boleh juga dibuat masakan lain). Pilih lauk mentah mana yang suka, tunggu di meja, siap dibakar... baca Bismillah...baca Bismillah Pendinding... ngap terus. Malam pertama kami pilih kerang bakar je. Sambalnya memang sedap. Malam kedua pilih ikan pari (sambalnya sedap, air asam pun ada) dan kepah. Kepah dibuat masak cili. Saya yang tak minat makanan laut bakar-bakar ni, jadi minat pulak dah : ) Kuasa Tuhan...

Setakat pukul 10.40 malam, saya lihat Teluk Nipah masih meriah. Gerai-gerai makanan dan pakaian masih dibuka. Ramai orang ke sana ke mari. Kebetulan ada muda-mudi rancak berkaraoke di satu sudut. Biasalah, hiburan melalaikan pasti jadi tumpuan. Tapi malam esoknya tak pula ia beroperasi.

bersambung...

No comments: