Petikan berita dari laman Satu Umat:
"Mufti Agung Mesir- Syeikh Dr. Ali Gum'ah menuntut jemaah Ikhwanul Muslimun (Ikhwan) Mesir untuk membuat pilihan secara tegas, sama ada Ikhwan hendak jadi organisasi sosial-kemasyarakatan (jam'iyyah khairiyyah), ataupun jadi parti politik yang tidak berdiri di atas asas agama Islam."
Sekiranya benar pernyataan Tok Mufti Mesir ini, saya tidak bersetuju sama sekali. Teringat saya akan laman-laman dakyah Kristian yang bertebaran di seluruh ruang maya internet. Biasanya mereka mengemukakan dua pilihan kepada kita tentang jawatan untuk Jesus Christ. Soalannya berbunyi:
"Siapakah Jesus? Apakah dia Tuhan ataupun seorang penipu?"
Pelik kita dengan cara mereka memberikan pilihan. Mengapa hanya dua pilihan, tidak lebih? Bukankah soalan yang benar akan berbunyi:
"Siapakah Jesus? Apakah dia Tuhan, ataupun seorang penipu, ataupun seorang rasul, ataupun seorang nabi, ataupun seorang manusia biasa, ataupun lain-lain?"
Begitu juga dengan cara Tok Mufti Mesir memberikan pilihan kepada Ikhwan:
"Anda mahu jadi apa? Jemaah sosial kemasyarakatan ataupun parti politik yang tidak berteraskan Islam?"
Mengapa hanya dua pilihan itu saja? Nampaknya eloklah Tok Mufti belajar bagaimana cara umat bergerak. Ilmu agama Tok Mufti memang hebat, tapi ilmu gerakan umat kelihatan lemah. Beginilah jadinya apabila pemahaman Tajdid Segar dipinggirkan.
Petikan berikutnya:
"Bukan itu saja, Gum'ah juga menuntut Ikhwan untuk menilai kembali akidah Islamnya, meninbang Islam adalah ajaran yang meliputi seluruh aspek kehidupan, bukan sekadar politik."
Berat juga sangkaan Tok Mufti kepada Ikhwan. Akidah Ikhwan pun diminta nilai semula!
Alhamdulillah syukur, Ikhwan dengan tegas menyatakan pendirian mereka untuk tidak berganjak daripada perjuangan mereka selama ini.
Sejarah Ikhwanul Muslimin dan pengasasnya Hasan al-Banna
2 comments:
assalamualaikum,
sebelum kita buat komen kita kena tanya kenapa seorang mufti mesir yg terkenal dgn ilmunya berkata begitu? Jangan kita buruk sangka terhadap ulamak. Kita kaji dulu siapa pula ahli Ikhwanul Muslimim, pandangan mereka, barulah kita tahu mengapa dia berkata begitu
Wlksm Imy,
Sama juga keadaannya Imy... sebelum kita membuat komen menyokong Mufti Mesir dalam HAL INI (terutamanya yang melibatkan aqidah), kita kena tanya mengapa puluhan ulama dalam Ikhwanul Muslimin menolak dakwaannya. Jangan kita buruk sangka terhadap para ulama dan jutaan pejuang Ikhwan di seluruh dunia, terutama tentang aqidah mereka. Kita kaji terlebih dahulu aqidah mereka sejak zaman Hasan al-Banna, barulah kita tahu mengapa Ikhwan dan umat Islam lain tidak boleh mengiyakan dakwaan Mufti Mesir YANG INI.
Post a Comment