Saturday, October 3, 2009

Budaya Lama- Takbir Raya Rumah ke Rumah





Tahun-tahun70-an dan ke bawah menyaksikan betapa meriahnya aktiviti ini di kampung-kampung. Selepas saja solat fardhu Isya' berjemaah di masjid, kaum lelaki akan bergerak dari rumah ke rumah. Di setiap rumah, mereka akan bertakbir raya beramai-ramai dan berdoa. Biasanya aktiviti ini berlanjutan hingga ke pukul 2-3 pagi, malah ada yang hingga ke Subuh. Tuan rumah akan menghidangkan jamuan. Perut kenyang, silaturrahim bertambah erat dan pahala pun dapat.

Hari ini jarang benar ia dilakukan lagi. Tambahan pula orang hari ini membuat persiapan raya yang hebat-hebat, mana ada masa lagi untuk bertakbir dari rumah ke rumah.

Di tempat saya berteduh sekarang, kami masih menghidupkannya walaupun sekadar menziarahi 4-5 buah rumah. Kalau tak dikawal, boleh 'pecah perut' kerana asyik makan. Kata orang- biar putus tali pinggang, jangan putuskan harapan orang. : )

Kami bergilir-gilir menjadi tekong takbir. Rakaman di atas ialah ketika saya menjadi tekongnya.

2 comments:

cik santun said...

nasib baik dengar vdeo ni dah berapa hari raya, kalau dgr pagi syawal, semakin membengkak la mata kerana beraya berjauhan dari family tercinta..

Kalau di Jordan, masyarakat arab memang tidak ada berjalan ke rumah2 orang ni, tapi meriah sgt di jalan raya pak2 arab konvoi berjalan kaki bertakbir..

tapi orang melayu buat la, muslimin datang takbir rumah muslimat.. paling mengharukan,kat masjid, lepas saja takbir raya versi arab, mikrofon tu akan diserahkan pada budak melayu untuk takbir versi melayu pula.. time tu la masanya semua orang bersedia dgn tisu, =)

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Begitulah kalau berhari raya di perantauan. Setakat ini saya belum pernah beraya jauh dari kampung,paling jauh pun dalam 300 km je. Tapi seandainya saya berada dalam situasi Ustazah dan kawan-kawan, air mata saya pun tak kurang jugak 'gerimis mengundang'. : )

Sebenarnya kita memang disunatkan menuju ke tempat solat Aidil Fitri sambil bertakbir, tapi orang Melayu tidak membudayakan bahagian itu. Meriahnya suasana bertakbir di jalan-jalan raya.

Alahai, sedihnya suasana kat masjid tu ye. Tak cukup tisu dan serban, 'carpet' ataupun sejadahlah kita tadahkan. : )

Apalah agaknya juadah hari raya kat sana ye? Pak Arab bukannya pandai buat ketupat lemang.