SOALAN:
aslmkm utz (abuzulfiqar), nk tnye skit...
selalunye perempuan je lah yg jd mangse kerasukan jin, lelaki jarang sy dgr kene rasuk jin.
knp ek...?
lg 1, ape persediaan seseorg utk mempelajari ilmu perubtn islm...?
PANDANGAN:
Wlksm Bxxxxxxxxxx,
Lelaki kena juga, tapi betullah, jarang-jarang. Dalam satu kes di tempat saya, ada seorang budak perempuan kena rasuk, kawannya yang lelaki pergi ke tempat yang ditunjukkan lalu azan. Akhirnya si lelaki yang terketar-ketar kena rasuk.
Selepas dirawat (bukan oleh saya), remaja lelaki ni kata sebaik-baik saja dia azan, ada satu lembaga hitam tanpa kepala melompat ke arahnya lalu mencekik lehernya. Saya yakin selepas itu si jin masuk ke dalam tubuhnya menyebabkan dia kerasukan.
Wanita mudah kerasukan kerana biasanya emosi/ roh wanita lemah sikit berbanding lelaki. Jadi apabila si jin mengacau sikit mana-mana bahagian otaknya/ pemikirannya, dia cepat meracau. Emosi wanita sukar diramal. Kadang-kadang wanita yang lemah-lembut tidak diganggu, sebaliknya yang aktif, yang nampak ala-ala tomboy yang kena dan tak tahan emosinya.
Kemudian wanita ada 'datang bulan' ataupun ABC (Allah Beri Cuti). Ketika ini pertahanan diri wanita agak lemah berbanding biasa.
Satu kesilapan kebanayakan wanita, apabila disebut ABC, mereka cuti sungguh-sungguh. Sudahlah amal-amal tertentu tidak boleh dilakukan, amal-amal sunat yang lain pun ditinggalkan terus terutamanya doa-doa dan zikir-zikir yang bukan ayat-ayat al-Quran. Sepatutnya ketika ABC kenalah banyakkan doa dan zikir.
Syaitan selalu masuk ke tubuh kita terutamanya melalui 'highway' mereka iaitu salur darah. Satu saat kita tidak mengingati Allah, mereka akan masuk. Sebab itu para ulama sufi selalu mengamalkan zikir khafi berterusan.
Jadi apabila kita betul-betul bercuti ketika ABC, banyaklah syaitan-syaitan yang menggunakan salur darah kita sebagai 'highway' mereka. Jika mereka berhenti di mana-mana kawasan rehat dalam tubuh kita, bahagian itu akan sakit ataupun tidak selesa.
Oleh kerana syaitan-syaitan selalu masuk, jalannya semakin melebar dan mereka tahu selok-belok diri kita. Ini memudahkan mana-mana jin yang berkebolehan dan berkepentingan untuk masuk ke dalam badan kita.
Keismpulannya, untuk keselamatan, jangan biasa membiarkan ruang-ruang lompong di tubuh kita untuk dimasuki syaitan-syaitan dan jin-jin terutamanya ketika ABC.
Wallahulam.
Antara persediaan asas untuk mempelajari ilmu perubatan Islam (1) (khususnya yang melibatkan Quran, doa, petua dan alatan) ialah:
1. Ada minat
2. Sanggup belajar
3. Sanggup menghafal ayat dan doa yang penting
4. Sanggup menjadikan ayat dan doa itu wirid harian (baca sekali ataupun dua kali setiap hari sudah memadai)
5. Tajwid tidak berterabur sangat dan makhraj (sebutan huruf-huruf Arab) pun tidak terlalu jauh.
6. Amalan wajib terutamanya solat fardhu beres.
(1) Ilmu kedoktoran moden juga sebenarnya ilmu perubatan Islam juga selagi amalan dan bahannya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Saya lihat macam ada satu 'trend' yang mengasingkan antara rawatan menggunakan Quran, doa, petua dan alatn dengan rawatan perubatan moden. Padahal kedua-duanya ilmu perubatan Islam. Kita kena jelaskan hal ini kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment