Wednesday, October 7, 2009

Mengenali Asas Agama Kristian

Dikenali juga sebagai agama Nasrani. Dibawa oleh Jesus Christ (Nabi Isa) lebih kurang 2000 tahun yang lampau. Kitab suci Kristian adalah Bible yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).

Old Testament (Perjanjian Lama) ini juga berisi kitab Taurat dan Zabur, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Musa dan Nabi Daud. Kitab ini menjadi kitab suci bagi orang-orang Yahudi (Jew/ Jewish). Namun begitu orang-orang Yahudi menolak sama sekali New Testament (Perjanjian Baru).

New Testament (Perjanjian Baru) turut mengandungi kitab Injil, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Isa (Jesus). Yahudi menolak New Testament kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai seorang nabi, sebagaimana orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Namun begitu Kristian menerima Old Testament dan menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali sebagai Bible pada hari ini.

Orang-orang Kristian percaya yang Bible diturunkan secara ilham, bukannya secara bunyi huruf demi huruf sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran. Sebab itulah Bible zaman dahulu tidak sama penulisannya dengan Bible yang ada hari ini malah berbeza-beza pula mengikut suasana dan tempat. Ini berbeza sekali dengan Al Quran yang masih sama penulisan dan isi kandungannya sejak 1400 tahun yang lalu.

Di antara ajaran terpenting (paling asas) dalam Kristian yang mesti di terima secara mutlak- tidak boleh dipersoalkan lagi adalah konsep Triniti. Konsep Triniti ini bermaksud tiga Tuhan dalam satu iaitu Tuhan Bapa (God/ Father), Roh Kudus (Holy Spirit) dan Jesus Christ (Nabi Isa) bersatu dalam satu gabungan sebagai Tuhan. Ada juga yang memasukkan Maria (Mariam) ibu Jesus ke dalam Triniti.

Jesus merupakan Anak Tuhan. Dia mempunyai dua keadaan iaitu badan kemanusiaan Jesus dan badan ketuhanan Jesus. Dia diutus ke dunia ini oleh Bapanya (Tuhan) untuk menebus segala dosa manusia. Untuk itu dia mesti dibunuh dan telah pun dibunuh dengan cara disalib. Maka dosa-dosa manusia pun tertebus.

‘Dosa waris’ juga menjadi ajaran asas, iaitu semua manusia mewarisi dosa daripada Nabi Adam dan Hawa (Eve) yang pernah melanggar perintah Tuhan. Dosa waris ini terhapus dengan penyaliban Jesus.

Ajaran-ajaran asas atau persoalan-persoalan pokok dalam agama Kristian ini semuanya mesti diterima secara mutlak, iaitu tidak boleh dipersoalkan lagi sama ada benar atau tidak. Barang siapa yang mempersoalkan salah satu daripada persoalan-persoalan pokok ini (atau tidak percaya salah satu daripadanya) maka menurut kebanyakan pendeta, dia bukanlah seorang Kristian lagi.

Dalam erti kata lain, semua inilah prinsip-prinsip asas aqidah agama Kristian. Sekiranya rosak salah satu sahaja daripada prinsip-prinsip kepercayaan ini maka rosaklah seluruh agama Kristian tersebut walau sebaik manapun umatnya. Sebaliknya, jika betullah semua prinsip-prinsip asas ini maka betullah seluruh agama Kristian itu walau serosak manapun umatnya. Ini kerana yang rosak adalah umat, bukan agama itu sendiri.

Umat Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan aliran. Dua mazhab terbesar adalah Roman Khatolik dan Protestan yang saling bermusuhan hingga mengakibatkan pertumpahan darah sehinggalah ke hari ini. Ketua seluruh umat Kristian Roman Katholik bergelar Pope yang tinggal di bandaraya suci Kristian iaitu di Vatican City, negara terkecil di dunia yang terletak di Eropah.

Umat Kristian dan Yahudi menolak Nabi Muhammad kerana bagi mereka para nabi (utusan Tuhan) itu mestilah lahir dalam kalangan Bani Israil sahaja. Nabi Muhammad lahir daripada keturunan Arab (bukan Bani Israil), maka langsung tidak layak menjadi utusan Tuhan melainkan seorang pembohong.


MAKLUMAN
Artikel ini dipetik dan dimurnikan dari blog lama saya.

2 comments:

Anonymous said...

saya nak bertanya sedikit, kenapa di negara lain selain dari Malaysia boleh berkahwin tanpa kira agama?

Di Malaysia sahaja yang tak boleh, kalau satu hari nanti perlembangaan bertukar adakah agama islam masih agama rasmi?

ABU ZULFIQAR AMSYARI said...

Ye ke? Bukan semua negara. Ada juga negara-negara selain Malaysia yang tidak membenarkannya.

Selain itu, kebenaran berkahwin yang dibenarkan itu terhad kepada antara Muslim dengan ahli kitab sahaja, iaitu dengan mereka yang berpegang dengan sisa-sisa Taurat dan Injil, yang dikenali sebagai Yahudi dan Kristian hari ini.

Jarang ada kes yang melibatkan perkahwinan antara Muslim dengan selain Yahudi dan Kristian.

Ringkasnya, dakwaan anda itu tidak tepat.

Apabila perlembagaan bertukar, tidak semestinya agama rasmi akan bertukar. Ia boleh bertukat dan boleh tidak bertukar, bergantung kepada sebesar mana kuasa yang ada pada pihak yang hendak membuat pertukaran itu.