Monday, June 2, 2008

Puisi: Nikmat Kemunculan Pertama

Alangkah besarnya erti satu kehadiran
Satu kelahiran sebenarnya


Selamat datang wahai hamba
Selamat datang wahai khalifah
Apa rasanya nikmat kecerahan?
Apa pula rasanya
jutaan demi jutaan
nikmat di dalam kecerahan itu?


Belum kaumampu
memahami nikmat kegirangan hati kami
Belum kaumampu
memikirkan nikmat pandangan mata kami
Belum kaumampu
menghuraikan nikmat telapak tangan kami


Kami sendiri
mendapat nikmat yang paling besar
iaitu keinsafan tentang nikmat itu sendiri
yang telah kami lupakan
hasil kemunculanmu kali pertama

No comments: