* Seorang hamba Allah yang prihatin dengan kepentingan umat Islam memaparkan fatwa-fatwa orang-orang di atas. Sekiranya apa yang terpapar itu benar, kita berasa sangat sedih kerana fatwa-fatwa tersebut dengan sewenang-wenangnya menghukum berdosa kepada banyak umat Islam termasuklah para pendakwah yang terlibat dengan seni nyanyian dan muzik. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah diabaikan saja ulasan di bawah nanti. Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kedudukan seni nyanyian dan muzik ini kerana saya dapati keputusan yang dikeluarkan oleh mereka jauh terseleweng. Kebetulan saya ada menjawab persoalan tentang hukum bermain gitar yang isis kandungannya selaras dengan isu ini. Maka saya sesuaikan artikel itu untuk menolak keputusan di atas.
Anda bandingkan keputusannya, kemudian jawab soalan ini:
Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?
- Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
- Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)
(Secara langsung ataupun tidak langsung)
Hujjatul Islam Imam al-Ghazali
Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Dr. Abdul Karim Zaidan
Abdullah bin Zubair
Abdullah bin Umar
Imam asy-Syaukani
al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi
Ibnu Hazm
Dr. Mohammad Imarah
Dr. Kaukab ‘Amir
Ibn Tahir Al-Qaisarani
Abdul Ghani An-Nablusi
Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie
Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Al Adiib Abu 'Umar Al Andalusi
Abdullah bin Ja'far
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ustaz Abdul Hadi Awang
Al Mawardi
Muawiyah
Amru al-Ass
Imam Malik
Ibnu Tahir
Imam al-Haramain
Ulama-ulama Madinah
Ulama-ulama Zahiri
Disokong oleh:
Wan Muhammad Wan Sulong, Yarmouk University, Irbid, Jordan,
Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang, Indonesia.
Ustaz Akil Hayy Rawa
Dr. Mohammad Deen
Fatwa Negeri Kedah
*BERIKUT ADALAH HUJAH-HUJAH PARA ULAMA DI ATAS:
HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI
Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)
*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.
Al-Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cuba menggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.
Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.
Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.
Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di sana wujudnya sebab diharamkan alat-alat yang disebut pengharamannya melalui lisan Nabi SAW. Sekiranya hilang (gugur) sebab tersebut sudah tentulah gugur hukum pengharamannya. Bagi beliau semua perkara yang baik (At-Thayyibat) adalah halal melainkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada kerosakan.
*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.
Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir ’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’.
(Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96)
*Kesimpulan- Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir juga sependapat dengan Al Ghazali.
bersambung...
bersambung...
1 comment:
Assalamualaikum,
Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).
Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.
Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini. Terima kasih ustaz...
Waalaikumusssalam,
Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.
Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.
Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.
DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS
http://suraualikhlas-sgbuaya.blogspot.com/2009/11/hukum-main-gitar.html
Post a Comment