Friday, June 6, 2008

Hiburan: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy 4

DATO’ NIK ABDUL AZIZ & USTAZ ABDUL HADI AWANG

Pendirian mereka jelas mengharuskan nyanyian, gitar dan lain-lain alat muzik. Sewaktu sambutan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, Dato’ Nik Aziz telah menganjurkan konsert alternatif yang melibatkan pelbagai alat muzik termasuklah gitar. Sekiranya beliau berpandangan perkara itu tidak harus, pasti tidak dianjurkannya.

Begitu juga dengan konsert-konsert alternatif termasuklah di Terengganu seperti konsert-konsert Ustaz Akil Hay yang sering melibatkan pemain gitar kumpulan Blues Gang. Tidak pernah mendapat bantahan daripada Ustaz Abdul Hadi Awang.

KESIMPULAN BESARNYA (untuk menjawab soalan penanya)- Islam tidak melarang kita bermain gitar

Wallahualam.


Namun yang jelas haram (tidak ada khilaf) sekiranya alat muzik tadi dipersembahkan bersama:
  1. lagu-lagu yang tidak mendidik, tidak membawa manfaat dan pengajaran- seperti lagu-lagu yang liriknya berkisar tentang cinta lelaki wanita, lagu-lagu yang memuja wanita, menyanjung tokoh-tokoh jahat, lagu-lagu lucah, liriknya berbelit-belit hingga pendengar lebih khayal dengan muzik drpd mesej lagu
  2. penyanyinya wanita sama ada yang tidak menutup aurat, atau yang bersolek, atau yang beraksi berlebih-lebihan, atau yang berakhlak buruk yang akan menjadi ikutan orang lain. Bagi penyanyi wanita yang bersopan (menutup aurat, tidak bersolek, aksinya sopan, boleh menjadi ikutan yang baik)- ia menjadi khilaf ulama. Yang mempamerkan rambut dan bertabarruj (menghias wajah dan diri) di depan penonton seperti artis-artis wanita popular tanah air dewasa ini nyata sangat-sangat haram.
  3. sebarang tarian kecuali tarian perang (tempur atau seni beladiri), lebih-lebih lagi yang melibatkan wanita. Khilaf ulama jika wanita menggayakan tarian perang.
  4. majlis yang di dalamnya ada unsur-unsur tidak baik seperti dihidangkan arak, percampuran lelaki wanita, tari-menari.

Sampai masa untuk buat keputusan peribadi anda…

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

1. Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)

2. Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

Alexanderwathern
2006


No comments: