iaitu janji yang termaktub di dalam sabda
dajjal-dajjal kecil terbeliak mata
Terdesak oleh tusukan jari ke pinggang
oleh para penuntut Bukit Zion
maka terketar-ketarlah keghairahan
pembina-pembina kubur sendiri itu
berbondong-bondong merempuh
benteng darah, keringat dan air mata
rakyat Iraq
oleh para penuntut Bukit Zion
maka terketar-ketarlah keghairahan
pembina-pembina kubur sendiri itu
berbondong-bondong merempuh
benteng darah, keringat dan air mata
rakyat Iraq
Benang-benang pra-Armageddon
disimpul disambung tangan-tangan manusia
akhirnya akan menjadi gumpalan
gumpalan penjerut
dan pemutus nyawa sendiri
bukannya menjadi gulungan
gulungan benang asal sulaman
permaidani kekuasaan
impian musuh-musuh Tuhan
akhir zaman
No comments:
Post a Comment