Ada yang tidak tahu bahawa mereka telah, sedang dan akan terus berada dalam skrip pihak tertentu.
Ada yang berjaya dapat tahu tetapi tidak sampai faham.
Ada yang sudah berjaya faham tetapi tidak sampai ada kesedaran.
Ada yang sudah sampai ke maqam sedar, lalu cuba2 mengusahakan sesuatu.
.
Ada yang belum tahu tetapi terus kekal tidak mahu ambil tahu.
Ada yang sudah mendapat tahu, tetapi buat2 tidak tahu dan berangan2 agar tidak benarlah semua itu.
Ada yang sudah faham tetapi tidak sanggup untuk menerima dan mengaku.
Ada yang sudah sedar, lalu berusaha dan berikhtiar untuk melakukan sesuatu.
.
Ada skrip yang secara langsung, dan ada skrip yang secara tidak langsung.
Yang tidak langsung itu sukar untuk dikesan, tahu2 sudah terlorong.
Apabila sudah terlorong, tidak mudah lagi untuk berpatah balik atau melencong.
Jika dicuba2, amat besar risiko yang terpaksa ditanggung.
.
Yang secara langsung itu jelas lagi terang2an.
Ia mudah untuk ditolak apabila ditawarkan.
Yang secara tidak langsung itulah ramai yang tertawan lalu ditawan.
Maka duduklah dalam skrip berkesinambungan.
.
Ada pula yang berlagak bijak, sendiri mahu masuk ke dalam skrip2 tersebut.
Kononnya akan bijak mengambil peluang2 tetapi tidak akan mengikut2.
Setelah beberapa lama, barulah tersedar bahawa segala segi sudah tersangkut.
Tiada ruang untuk menolak, melainkan sentiasa kena turut.
No comments:
Post a Comment