Thursday, April 24, 2025

Ringkasan Pengajian KItab Kimiya us Saadah oleh Ummu Musfirah al-Ghazali

 

Petikan PENGAJIAN KITAB KIMIYA’ US-SA’ADAH oleh Ummu Musfirah al-Ghazali

1. Tariqah Ghazaliyah ini sangat beruntung kerana Imam al-Ghazali karang banyak kitab, dalam pelbagai bidang agama, beliau dalam keempat2 tungku agama atau keempat2 fardhu ad-diin, dan kitab2 utamanya masih ada sampai ke hari ini, malah masih asli lagi isi kandungannya.

2. Dua cita2 utama para ahli alkimia zaman dahulu kala:

i)                    Hendak menukar logam2 menjadi emas.

ii)                  Hendak menghasilkan ramuan yang membolehkan seseorang itu hidup abadi, atau hidup dalam jangka masa yang amat panjang.

3. Pengertian Kimiya’ us-Sa’adah :

سعادة (sa’aadah) = ertinya kebahagiaan. Menurut konteks kitab ini, Kimiya’ us-Sa’adah ialah ramuan untuk mendapatkan kebahagiaan sebenar. Jadi, sesiapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan sebenar, inilah kitabnya. Dan kitab yang lebih besar lagi tentulah kitab Ihya’ ‘Uluumuddin. Dalam kitab Kimiya’ ini tuan imam kita menulis : “Oleh itu, sesiapa yang ingin membuat kajian atau mahu mendalami ilmu ini, bolehlah merujuk dan mengkaji karya2 kami dalam bahasa Arab seperti Ihya’ ‘Uluumuddin, Jawahirul Quran, atau kompilasi lain berkaitan disiplin ini.” Maksudnya, sesiapa yang nak lebih lagi dalam hal ehwal kebahagiaan di sisi Allah ini, dalamilah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

4. Kitab ini asalnya dalam bahasa Parsi. Ringkasnya, kitab Kimiya’ ni bolehlah dikatakan sebagai adik kepada kitab Ihya’.

5. Dalam salah satu surat Imamul Ghazali kepada Perdana Menteri Kerajaan Seljuk iaitu Fakhrul Mulk, beliau menulis : “Sekiranya engkau (wahai Perdana Menteri) menemui kesukaran dalam memahami tasawuf, bacalah kitab Kimiya’ us-Sa’aadah. Ia akan membimbingmu ke jalan yang benar, dan memberi engkau sekurang2nya satu kesempatan yang adil untuk memanfaatkan kemampuan2 yang dikurniakan oleh Allah kepada engkau.”

Masa Sultan Ahmad Sanjar jadi sultan Kerajaan Seljuk, perdana menterinya bernama Fakhrul Mulk. Fakhrul Mulk si perdana menteri ini ialah anak sulung kepada Perdana Menteri Nizamul Mulk.

6. Imamul Ghazali menulis : “Kenalilah dirimu, maka kamu akan mengenal Rabb-mu.”

7. Imamul Ghazali menulis : Allah SWT berfirman : “Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat2 Kami (yakni tanda2 Kami) pada segenap penjuru, dan pada an-nafsun mereka (yakni pada diri mereka) sendiri (pun ada tanda2 Allah), sehingga jelaslah bagi mereka sesungguhnya Al-Quran itu adalah benar.” (Fussilat : 53)

Imamul Ghazali menulis :

8. Imamul Ghazali menulis : “Jika engkau berfikir bahawa, "Kami sudah mengambil tahu dan mengenali diri kami sendiri (maksudnya sebagaimana manusia biasa tahu tentang fizikal dan tingkah laku mereka)." maka sesungguhnya engkau telah keliru. Karena pengetahuan (atau maklumat) seperti itu tidak ada gunanya. Dalam apa keadaan pun, hal itu tidak dapat menjadi kunci ma'rifah dalam usaha manusia untuk mengenal Yang Maha Esa dan Rabb Seluruh Alam.

9. Kata Imam al-Ghazali : “Karena jika (sekadar) hal2 sedemikian, haiwan pun tahu tentang diri mereka sendiri. Mereka juga tahu bahagian-bahagian tubuh mereka yang zahir seperti kepala, mulut, tangan, kaki, daging dan sebagainya. Dan setakat engkau ada tahu lanjutan (atau lebih lagi) tentang diri engkau yang (akan cari) makan apabila engkau lapar, (engkau akan) mengambil tulang (dan mengancamkannya) terhadap seseorang apabila engkau marah, dan apabila dorongan seks menguasaimu (lalu) engkau pun berkahwin. Maka, apa bezanya antara engkau dan haiwan2 itu?

 

10. Kata Imam al-Ghazali :

Sebenarnya apa yang sepatutnya engkau tahu ialah tentang :

-          Engkau itu apa?

-          Siapakah engkau?

-          Dari mana engkau datang?

-          Ke mana engkau akan pergi?

-          Mengapa engkau datang ke sini?

-          Apa tujuannya engkau diciptakan oleh Tuhan?

-          Dan secara ringkasnya, apa yang baik untuk engkau dan apa yang buruk untuk engkau

No comments: