1 Syawal hari kemenangan, tapi biasanya akan jadi hari kejatuhan. Bermula 1 Syawal itu biasanya menjunam lajulah segala amal2 dan merudum padu akhlak2 Ramadhan. Hilanglah atau tinggal sedikit sahaja solat2 sunat, tilawah Al-Quran, tadabbur Al-Quran, lafaz2 zikrullah, zikrullah, qiamullail, tahajud, witir, dll. Hilang atau sangat berkuranganlah penjagaan kata2, penjagaan mata, penjagaan minda, perasaan sentiasa berada dalam pengawasan Allah, dll. Bukannya kembali kepada fitrah, tapi kembali kepada jahiliyah. Wahai diriku sendiri! Check amalan! Cover balik! Istighfar! Taubat! Jangan kalah lagi kali ini! Jauh lagi amal2 Ramadhan hendak dipertahankan dan dibawa sepanjang 11 bulan mendatang ini. Pertahan sehingga Ramadhan yang akan datang. Penat bertungkus-lumus bermujahadah selama sebulan, tiba2 tewas dengan mudahnya pada Syawal lagi. Malunya jika setiap tahun masih berulang kegagalan yang sama. Umumnya, apa amal2 Ramadhan yang dapat engkau pertahankan sepanjang 11 bulan nanti, itulah petanda sejauh mana, sebanyak mana dan setinggi mana terangkatnya amal2 Ramadhanmu yang lalu ke “sisi”-Nya.
No comments:
Post a Comment