Saturday, April 27, 2024

Bagaimana Mahu Elak daripada Jadi Narsistik?

 

Datang pertanyaan daripada seorang hamba Allah, “Bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang narsistik/ narsisitik?” UMUMNYA amalkan hal2 berikut :

1. Seringlah mendahulukan sangka baik terhadap semua orang berbanding sangka buruk.

2. Jauhkan sikap suka dipuji dan suka disanjung. Biar sampai hati jadi tenang damai walaupun tidak dipuji atau disanjung. Tanpa dipuji2 dan disanjung2 pun insya-Allah kita tetap boleh naik ke atas, boleh jadi mulia dan berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.

3. Turutlah berasa seronok dan meraikan rezeki2 dan kelebihan2 yang Allah kurniakan kepada orang lain. Allah yang kurniakan semua itu kepada mereka. Kita janganlah mendebat Allah.

4. Jangan ada perasaan hendak menunjuk apatah lagi menunjuk2. Jika orang lain tak tahu pun, kita biasa2 sahaja. Puasakan qalbu daripada sikap tersebut sampai suatu hari nanti dengan sendirinya akan berasa tenang dan tenteram walaupun tanpa menunjuk atau memberitahu kepada orang lain. Ok2 sahaja. Insya-Allah kita tetap boleh jadi orang hebat walaupun tanpa menunjuk atau menunjuk2.

5. Jangan asyik kira diri sendiri dan kepentingan diri sendiri sahaja. Fikirkan sama keadaan dan kesulitan orang lain.

6. Jauhkan daripada berasa diri seorang yang sangat penting. Biasanya kita yang terperasan menyangkakan kita penting sedangkan orang2 lain tidak berasa kita penting sangat pun. Kita buat biasa2 sahaja. Dapatkan qalbu yang tenang dan tenteram.

7. Elakkan sikap terkagum2 akan diri sendiri. Kita bersyukur kepada Allah dan buat biasa2 sahaja. Elakkan juga perasaan mahu orang2 lain kagum akan diri kita. Buat biasa2 sahaja.

8. Jangan tercari2 dan terkejar2 pengiktirafan orang. Buat biasa2 sahaja. Jika benar kita ada kelebihan tertentu, insya-Allah Dia akan buatkan orang lain nampak lalu mengiktiraf kita tanpa perlu dikejar2. Jika kita dapat sampai ke maqam qalbu yang tiada lagi berhajat akan pengiktirafan, hal itu adalah lebih bagus.

9. Elakkan daripada bercerita tentang kelebihan2 diri sendiri. Lalui hidup sebagaimana biasa2 sahaja. Insya-Allah jiwa akan damai tenteram dan jauh daripada terkena masalah kesihatan.

10. Jangan terlebih senisitif lalu mudah2 tersinggung.

Begitulah UMUMNYA dan ANTARANYA.


25/4/24

No comments: