Semalam kita sudah buat muhasabah tindakan diri selepas Ijtima’
Tarekat Ghazaliyah iaitu pada peringkat ADA MEMBUAT. Peringkat ADA MEMBUAT ini sebenarnya
hanyalah peringkat umum dan biasa-biasa sahaja. Sebab itulah daripada 80 tindakan
yang diseru dalam sepanjang ucaptama itu, sebahagian besarnya dapat kita capai.
Lebih 60 atau 70 perkara yang dinyatakan itu ada pada diri kita. (Hebatnya kita!)
Namun begitu, pada hari ini pula kita naik setingkat lagi
dengan membuat muhasabah tindakan diri pada peringkat BANYAK MEMBUAT. Kali ini peringkat
khusus. Peringkat ADA MEMBUAT, banyak orang boleh capai. Tetapi peringkat
BANYAK MEMBUAT, para pelakunya sukar didapati.
Inilah senarai semak 80 seruan yang terdapat di sepanjang
ucaptama tersebut untuk dimuhasabah. Seberapa banyakkah yang sudah engkau
usahakan? Tandakan, hitung, jumlahkan dan buat renungan kendiri serta refleksi.
1.
Aku memang BANYAK berusaha untuk mempelajari
kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
2.
Aku memang BANYAK berusaha untuk mengamalkan
isi kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini sekadar kemampuanku.
3.
Aku memang BANYAK berusaha menyampaikan/memberitahu/mengisyaratkan
tentang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini kepada orang lain.
4.
(*Bagi yang berkemampuan) Aku memang BANYAK
berusaha untuk mengajarkan isi kandungan kitab Ihya’ ini kepada orang lain.
5.
Aku BANYAK membuat usaha untuk mencintai
Allah,
6.
Aku BANYAK membuat usaha untuk mencintai Kitabullah
(Al-Quran).
7.
Aku BANYAK membuat usaha untuk mencintai Rasulullah.
8.
Aku BANYAK membuat usaha untuk mencintai as-sunnah.
9.
Aku BANYAK membuat usaha untuk mencintai diri.
10.
Aku BANYAK
membuat usaha untuk mencintai ummah.
11.
Aku BANYAK
membuat usaha untuk mencintai ibadah.
12.
Aku BANYAK
membuat usaha untuk mencintai dakwah.
13.
Aku memang
BANYAK berusaha untuk memandang tembus pada setiap hari bahawa segala pemberian
makhluk, pertolongan makhluk, kasih sayang makhluk, budi baik makhluk,
sanjungan makhluk, dan segala jasa makhluk pada hakikatnya ialah pekerjaan
Allah, daripada Allah.
14.
Aku memang
BANYAK berusaha untuk tahu Allah, kenal Allah dan cinta Allah.
15.
Aku
memang BANYAK berdoa kepada Allah agar aku mendapat cinta Allah.
16.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk selalu duduk-duduk dengan orang-orang yang
mencintai Allah, yakni ahli-ahli cinta Allah (ahli-ahli mahabbah).
17.
Aku
memang BANYAK usaha mempelajari ilmu tentang cinta Allah.
18.
Aku
memang BANYAK usaha untuk mengamalkan ilmu-ilmu cinta Allah tadi.
19.
Aku
memang BANYAK usaha untuk membanyakkan zikrullah, iaitu membanyakkan ingat akan
Allah.
20.
Aku
memang BANYAK berusaha menggalakkan orang lain untuk tahu Allah, kenal Allah
dan cinta Allah.
21.
Aku
memang BANYAK melakukan usaha untuk belajar Al-Quran (membaca, mengetahui,
memahami, mengamalkan).
22.
(*Bagi
yang mampu) Aku memang BANYAK melakukan usaha untuk mengajarkan Al-Quran.
23.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mengulang-ulang membaca Al-Quran.
24.
(*Bagi
yang tidak mahir bahasa Arab) Aku memang BANYAK berusaha untuk membaca juga
terjemahan Al-Quran.
25.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk dapat duduk-duduk dengan orang-orang yang
mencintai Al-Quran.
26.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mengambil tahu lebih lanjut tentang
tingkat-tingkat pembaca Al-Quran dalam Kitab Adab Tilawah Al-Quran (Ihya’
‘Ulumuddin).
27.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencintai orang-orang yang mencintai Rasulullah
saw.
28.
Aku
memang BANYAK usaha untuk menambah amalan-amalan sunnah baginda saw pada
diriku.
29.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk selalu duduk-duduk (bersama-sama) dengan mereka
yang mencintai sunnah-sunnah Nabi.
30.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menyebarkan tentang Rasulullah saw kepada
orang-orang lain.
31.
Aku
memang BANYAK berfikir dan berusaha untuk mengubah diriku ke arah yang lebih
baik.
32.
Aku
memang BANYAK berfikir dan berusaha untuk mengubah manusia ke arah yang lebih
baik.
33.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mengelakkan rasa malu dalam belajar dan
mempraktikkan sunnah-sunnah baginda saw.
34.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencontohkan sunnah-sunnah Nabi kepada orang lain.
35.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menurut sahaja segala hukum-hakam dan
aturan-aturan yang ditetapkan oleh agama walaupun hal itu tidak bersesuaian
dengan keinginan-keinginan aku.
36.
Aku BANYAK
berusaha untuk menjadikan diriku sebagai contoh teladan yang baik.
37.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk memimpin dan menasihati diriku (hatiku, qalbuku).
38.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk memimpin dan menasihati hati-hati yang lain (diri
orang-orang lain).
39.
Aku BANYAK
berusaha untuk mengenakan pakaian yang bagus dan cantik (bukan mahal) di
rumah-rumah Allah (masjid, surau, musolla dsb).
40.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk tidak berlebih-lebihan dalam makan dan minum.
41.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membaguskan wajah luaranku.
42.
Aku memang
BANYAK berusaha untuk membaguskan wajah batinku (hati, qalbu).
43.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mendapatkan kesucian tingkat kedua iaitu
mensucikan anggota badanku daripada segala perbuatan jahat dan dosa.
44.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mendapatkan kesucian tingkat kedua iaitu
mensucikan qalbuku daripada sifat-sifat mazmumah.
45.
(*Bagi
yang berkemampuan) Aku memang BANYAK berusaha untuk mendapatkan kesucian
tingkat ketiga iaitu mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah.
46.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencintai dan membahagiakan ibu bapaku / penjagaku
(*bagi yang masih ada).
47.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencintai dan membahagiakan pasangan hidupku
(*bagi yang ada).
48.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencintai dan membahagiakan kawan-kawanku.
49.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencintai dan membahagiakan jiran tetangga, kaum
kerabat dan orang-orang Islam yang lain.
50.
Aku
memang BANYAK melakukan usaha untuk mencintai semua jemaah/perkumpulan Islam
yang benar.
51.
Aku
memang BANYAK melakukan usaha untuk mencintai semua tarekat Islam yang benar.
52.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menjadi penjernih, pendekat, pendamai kepada isi
umat Islam ini tetapi dalam keadaan aku tidak mendiamkan kemungkaran, kesalahan
dan kemaksiatan.
53.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk melaksanakan segala perintah Allah dan berusaha
untuk meninggalkan segala larangannya.
54.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencontohi sifat-sifat Nabi Muhammad saw iaitu
siddiq (bersikap benar, pertahankan kebenaran, bersama-sama orang-orang yang
benar), amanah (bersikap amanah, bersama-sama dengan orang-orang yang amanah), tabligh
(menyampaikan agama, berdakwah, membetulkan kesalahan), dan fatanah (bijaksana,
berperancangan, berhemah).
55.
Aku
memang BANYAK melakukan usaha untuk mempromosikan Allah kepada orang-orang lain
sama ada yang muslim mahupun yang bukan muslim.
56.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mencintai dakwah.
57.
Aku
memang BANYAK berusaha mengambil tahu kisah perjuangan para nabi, para wali, para
sahabat dan para pendakwah.
58.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menjadi seorang yang ‘alim (yang banyak ilmu-ilmu
agama).
59.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menajadi seorang yang ‘abid (yang banyak amal-amal
agama).
60.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menjadi seorang yang da’i (yang berdakwah, yang
menyampaikan).
61.
Aku
memang BANYAK berusaha membawa pulang (dalam qalbuku) isi kandungan ucaptama
ini dan berusaha menyampaikan/mengkahabarkan tentangnya kepada orang lain.
62.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mengindahkan gerak-geri/perlakuan diriku.
63.
Aku
memang BANYAK usaha untuk mengindahkan penampilanku.
64.
Aku
memang BANYAK usaha untuk mengindahkan tutur kata ku.
65.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membawa nama yang cantik kepada agama Islam
melalui diriku.
66.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membawa imej yang menawan kepada sufi melalui
diriku.
67.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membawa gambaran yang menarik kepada tasawuf
melalui diriku.
68.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mewujudkan pandangan yang indah kepada tarekat
melalui diriku.
69.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membawa paparan yang memikat kepada Imam
Al-Ghazali melalui diriku.
70.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membawa rupa yang cemerlang kepada Tarekat
Ghazaliyah, tarekat-tarekat lain dan dunIA taerkat seluruhnya melalui diriku.
71.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk melorongkan agar apabila orang terpandang atau
teringat akan diriku, mereka akan teringat akan Allah, agama dan kebaikan.
72.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menyelesaikan amalan Zikir Harian.
73.
Aku memang
BANYAK berusaha untuk melakukan solat sunat setiap hari walaupun sekadar dua
rakaat.
74.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menatap dan membaca Al-Quran pada setiap hari
walaupun sekadar satu ayat.
75.
Aku memang BANYAK berusaha untuk menyampaikan/
berdakwah setiap hari walaupun sekadar dengan satu isyarat.
76.
Aku
memang BANYAK berusaha agar aku tidak berasa diriku adalah yang terbaik,
terhebat, terbesar, tertinggi, tersunnah dan sebagainya.
77.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk membina hubungan yang baik lagi mesra dengan para
pengamal tarekat benar yang lain.
78.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk mempelajari kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali.
79.
Aku
memang BANYAK berharap dan mahu berusaha agar ijtima’ ini dapat diadakan lagi
ada tahun hadapan.
80.
Aku
memang BANYAK berusaha untuk menjadikan isi kandungan ucaptama ini sebagai
salah satu peneman jalanku sehinggalah ke ijtima’ akan datang.
Sekadar
penilaian tidak rasmi untuk PERINGKAT BANYAK MEMBUAT :
Berjaya
melaksanakan 60-80 seruan = Sangat cemerlang
Berjaya
melaksanakan 50-59 seruan = Cemerlang
Berjaya
melaksanakan 40-49 seruan = Baik
Berjaya
melaksanakan 30-39 seruan = Sederhana baik
No comments:
Post a Comment