Friday, August 3, 2018

Refleksi Tindakan Sesudah Ijtimak Al-Ghazaliyyah

Dalam keseluruhan isi kandungan Ucaptama Ijtima’ Tarekat Ghazaliyah kali ke-2 pada 28 April 2018 yang lalu, terdapat sekurang-kurangnya 80 seruan, tugasan, harapan atau tanggungjawab yang diutarakan. Kini setelah 3 bulan berlalu, sejauhmanakah diri kita menyahut seruan-seruan tersebut? Adakah berlalu begitu sahaja ataupun memang ada bersambut dan bersahut?

Inilah senarai semak 80 seruan yang terdapat di sepanjang ucaptama tersebut untuk dimuhasabah, seberapa banyakkan yang sudah kita usahakan.  

1.       Aku memang ada berusaha untuk mempelajari kitab Ihya’ ‘Ulumuddin karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
2.       Aku memang ada berusaha untuk mengamalkan isi kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini sekadar kemampuanku.
3.       Aku memang ada berusaha menyampaikan/memberitahu/mengisyaratkan tentang kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini kepada orang lain.
4.       (*Bagi yang berkemampuan) Aku memang ada berusaha untuk mengajarkan isi kandungan kitab Ihya’ ini kepada orang lain.
5.       Aku ada membuat usaha untuk mencintai Allah,
6.       Aku ada membuat usaha untuk mencintai Kitabullah (Al-Quran).
7.       Aku ada membuat usaha untuk mencintai Rasulullah.
8.       Aku ada membuat usaha untuk mencintai as-sunnah.
9.       Aku ada membuat usaha untuk mencintai diri.
10.    Aku ada membuat usaha untuk mencintai ummah.
11.    Aku ada membuat usaha untuk mencintai ibadah.
12.    Aku ada membuat usaha untuk mencintai dakwah.
13.    Aku memang ada berusaha untuk memandang tembus pada setiap hari bahawa segala pemberian makhluk, pertolongan makhluk, kasih sayang makhluk, budi baik makhluk, sanjungan makhluk, dan segala jasa makhluk pada hakikatnya ialah pekerjaan Allah, daripada Allah.
14.    Aku memang ada berusaha untuk tahu Allah, kenal Allah dan cinta Allah.
15.    Aku memang ada berdoa kepada Allah agar aku mendapat cinta Allah.
16.    Aku memang ada berusaha untuk selalu duduk-duduk dengan orang-orang yang mencintai Allah, yakni ahli-ahli cinta Allah (ahli-ahli mahabbah)/
17.    Aku memang ada usaha mempelajari ilmu tentang cinta Allah.
18.    Aku memang ada usaha untuk mengamalkan ilmu-ilmu cinta Allah tadi.
19.    Aku memang ada usaha untuk membanyakkan zikrullah, iaitu membanyakkan ingat akan Allah.
20.    Aku memang ada berusaha menggalakkan orang lain untuk tahu Allah, kenal Allah dan cinta Allah.
21.    Aku memang ada melakukan usaha untuk belajar Al-Quran (membaca, mengetahui, memahami, mengamalkan).
22.    (*Bagi yang mampu) Aku memang ada melakukan usaha untuk mengajarkan Al-Quran.
23.    Aku memang berusaha untuk mengulang-ulang membaca Al-Quran.
24.    (*Bagi yang tidak mahir bahasa Arab) Aku memang berusaha untuk membaca juga terjemahan Al-Quran.
25.    Aku memang ada berusaha untuk dapat duduk-duduk dengan orang-orang yang mencintai Al-Quran.
26.    Aku memang telah berusaha untuk mengambil tahu lebih lanjut tentang tingkat-tingkat pembaca Al-Quran dalam Kitab Adab Tilawah Al-Quran (Ihya’ ‘Ulumuddin).
27.    Aku memang ada berusaha untuk mencintai orang-orang yang mencintai Rasulullah saw.
28.    Aku memang ada usaha untuk menambah amalan-amalan sunnah baginda saw pada diriku.
29.    Aku memang ada berusaha untuk selalu duduk-duduk (bersama-sama) dengan mereka yang mencintai sunnah-sunnah Nabi.
30.    Aku memang ada berusaha untuk menyebarkan tentang Rasulullah saw kepada orang-orang lain.
31.    Aku memang ada berfikir dan berusaha untuk mengubah diriku ke arah yang lebih baik.
32.    Aku memang ada berfikrir dan berusaha untuk mengubah manusia ke arah yang lebih baik.
33.    Aku memang ada berusaha untuk mengelakkan rasa malu dalam belajar dan mempraktikkan sunnah-sunnah baginda saw.
34.    Aku memang ada berusaha untuk mencontohkan sunnah-sunnah Nabi kepada orang lain.
35.    Aku memang ada berusaha untuk menurut sahaja segala hukum-hakam dan aturan-aturan yang ditetapkan oleh agama walaupun hal itu tidak bersesuaian dengan keinginan-keinginan aku.
36.    Aku ada berusaha untuk menjadikan diriku sebagai contoh teladan yang baik.
37.    Aku memang ada berusaha untuk memimpin dan menasihati diriku (hatiku, qalbuku).
38.    Aku memang ada berusaha untuk memimpin dan menasihati hati-hati yang lain (diri orang-orang lain).
39.    Aku ada berusaha untuk mengenakan pakaian yang bagus dan cantik (bukan mahal) di rumah-rumah Allah (masjid, surau, musolla dsb).
40.    Aku memang ada berusaha untuk tidak berlebih-lebihan dalam makan dan minum.
41.    Aku memang ada berusaha untuk membaguskan wajah luaranku.
42.    Aku memang ada berusaha untuk membaguskan wajah batinku (hati, qalbu).
43.    Aku memang ada berusaha untuk mendapatkan kesucian tingkat kedua iaitu mensucikan anggota badanku daripada segala perbuatan jahat dan dosa.
44.    Aku memang ada berusaha untuk mendapatkan kesucian tingkat kedua iaitu mensucikan qalbuku daripada sifat-sifat mazmumah.
45.    (*Bagi yang berkemampuan) Aku memang ada berusaha untuk mendapatkan kesucian tingkat ketiga iaitu mensucikan sirr daripada sesuatu selain Allah.
46.    Aku memang ada berusaha untuk mencintai dan membahagiakan ibu bapaku / penjagaku (*bagi yang masih ada).
47.    Aku memang ada berusaha untuk mencintai dan membahagiakan pasangan hidupku (*bagi yang ada).
48.    Aku memang ada berusaha untuk mencintai dan membahagiakan kawan-kawanku.
49.    Aku memang ada berusaha untuk mencintai dan membahagiakan jiran tetangga, kaum kerabat dan orang-orang Islam yang lain.
50.    Aku memang ada melakukan usaha untuk mencintai semua jemaah/perkumpulan Islam yang benar.
51.    Aku memang ada melakukan usaha untuk mencintai semua tarekat Islam yang benar.
52.    Aku memang ada berusaha untuk menjadi penjernih, pendekat, pendamai kepada isi umat Islam ini tetapi dalam keadaan aku tidak mendiamkan kemungkaran, kesalahan dan kemaksiatan.
53.    Aku memang berusaha untuk melaksanakan segala perintah Allah dan berusaha untuk meninggalkan segala larangannya.
54.    Aku memang ada berusaha untuk mencontohi sifat-sifat Nabi Muhammad saw iaitu siddiq (bersikap benar, pertahankan kebenaran, bersama-sama orang-orang yang benar), amanah (bersikap amanah, bersama-sama dengan orang-orang yang amanah), tabligh (menyampaikan agama, berdakwah, membetulkan kesalahan), dan fatanah (bijaksana, berperancangan, berhemah).
55.    Aku memang ada melakukan usaha untuk mempromosikan Allah kepada orang-orang lain sama ada yang muslim mahupun yang bukan muslim.
56.    Aku memang ada berusaha untuk mencintai dakwah.
57.    Aku memang ada berusaha mengambil tahu kisaha perjuangan para nabi, para wali, para sahabat dan para pendakwah.
58.    Aku memang ada berusaha untuk menjajdi seorang yang ‘alim (yang banyak ilmu-ilmu agama).
59.    Aku memang ada berusaha untuk menajadi seorang yang ‘abid (yang banyak amal-amal agama).
60.    Aku memang ada berusaha untuk menjadi seorang yang da’i (yang berdakwah, yang menyampaikan).
61.    Aku memang ada berusaha membawa pulang (dalam qalbuku) isi kandungan ucaptama ini dan berusaha menyampaikan/mengkahabarkan tentangnya kepada orang lain.
62.    Aku memang ada berusaha untuk mengindahkan gerak-geri/perlakuan diriku.
63.    Aku memang ada usaha untuk mengindahkan penampilanku.
64.    Aku memang ada usaha untuk mengindahkan tutur kata ku.
65.    Aku memang ada berusaha untuk membawa nama yang cantik kepada agama Islam melalui diriku.
66.    Aku memang ada berusaha untuk membawa imej yang menawan kepada sufi melalui diriku.
67.    Aku memang ada berusaha untuk membawa gambaran yang menarik kepada tasawuf melalui diriku.
68.    Aku memang ada berusaha untuk mewujudkan pandangan yang indah kepada tarekat melalui diriku.
69.    Aku memang ada berusaha untuk membawa paparan yang memikat kepada Imam Al-Ghazali melalui diriku.
70.    Aku memang ada berusaha untuk membawa rupa yang ceemerlang kepada Tarekat Ghazaliyah, tarekat-tarekat lain dan dunai taerkat seluruhnya melalui diriku.
71.    Aku memang ada berusaha untuk melorongkan agar apabila orang terpandang atau teringat akan diriku, mereka akan teringat akan Allah, agama dan kebaikan.
72.    Aku memang ada berusaha untuk menyelesaikan amalan Zikir Harian.
73.    Aku memang ada berusaha untuk melakukan solat sunat setiap hari walaupun sekadar dua rakaat.
74.    Aku memang ada berusaha untuk menatap dan membaca Al-Quran pada setiap hari walaupun sekadar satu ayat.
75.   Aku memang ada berusaha untuk menyampaikan/ berdakwah setiap hari walaupun sekadar dengan satu isyarat.
76.    Aku memang berusaha agar aku tidak berasa diriku adalah yang terbaik, terhebat, terbesar, tertinggi, tersunnah dan sebagainya.
77.    Aku memang ada berusaha untuk membina hubungan yang baik lagi mesra dengan para pengamal tarekat benar yang lain.
78.    Aku memang ada berusaha untuk mempelajari kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali.
79.    Aku memang ada berharap dan mahu berusaha agar ijtima’ ini dapat diadakan lagi ada tahun hadapan.
80.    Aku memang ada berusaha untuk menjadikan isi kandungan ucaptama ini sebagai salah satu peneman jalanku sehinggalah ke ijtima’ akan datang.

Sekadar penilaian tidak rasmi :
Sudah mengusahakan 70-80 seruan = Sangat cemerlang
Sudah mengusahakan 60-69 seruan = Cemerlang
Sudah mengusahakan 50-59 seruan = Baik
Sudah mengusahakan 40-49 seruan = Sederhana baik










No comments: