Saturday, January 14, 2023

Tak Mahu Anak2 Lebih Belajar, Tahu dan Faham Agama?

 

Memang pelik apabila terdapat segelintir ibu bapa yang jelas kelihatan tidak mahu anak-anak mereka lebih belajar, lebih tahu, dan lebih faham ilmu2 agama berbanding diri mereka.

Apa yang mereka takuti agaknya?

Apakah takut diri mereka akan kelihatan kurang belajar, kurang tahu dan kurang faham akan ilmu-ilmu agama berbanding anak-anak?

Khuatir nampak jahil, tidak banyak ilmu, ketinggalan, dipandang rendah oleh anak-anak?

Bimbang anak-anak menyedari bahawa perlakuan dan keputusan ibu bapa mereka selama hari ini banyak yang silap di sisi agama?

Bagaimanalah ibu bapa itu boleh ada pemikiran yang sebegitu?


Sepatutnya ibu bapa sangat berusaha dan berikhtiar dengan gigih agar anak-anak menjadi banyak belajar, banyak tahu dan banyak faham akan ilmu2 agama.

Jika dapat, biar sampai melebihi daripada belajar, tahu dan faham ibu bapa.


Jika kita pernah tersilap, jangan biarkan anak cucu tersilap.

Jika kita pernah ketinggalan, jangan biarkan anak cucu ketinggalan.

Jiak kita pernah terlepas, tak kan kita nak biarkan anak cucu kita juga terlepas?

Jika kita pernah kerugian, tak kan kita nak biarkan anak cucu kita juga kerugian?

Jika kita pernah tak tersedar, berilah peluang agar anak cucu mendapat kesedaran.

Jika kita pernah mengabaikan, berilah peluang anak cucu mendapat kepedulian.


8/1/23

No comments: