Monday, January 2, 2023

Punca Iri Hati Orang Atas2

 

Biasanya iri hatimu akan muncul

apabila engkau yang berasa dirimu lebih tinggi

dari segi kelulusan, ilmu, keturunan,

pengaruh, pangkat, jawatan,

kuasa, rupa, harta atau kawanan,

tiba2 tiada memiliki sesuatu

yang dimiliki oleh orang2

yang kaupandang lebih rendah.


Engkau tidak dapat

menerima kenyataan sebegini.

Mana mungkin

orang2 yang terpandang lebih rendah itu

memiliki sesuatu yang lebih tinggi

daripada engkau!


Mudahnya engkau lupa

bahawa Allah memberi kurnia

kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.


Sifat berasa lebih tinggi diri oleh si Iblis,

itu jugalah yang mahu engkau ikuti?


Sedarlah wahai diriku sendiri!

Merendahlah, jangan meninggi!

Rezeki orang lain, terus dirai.

Rezekimu, terus disyukuri.


2/1/23

No comments: