Sunday, January 1, 2023

Renungan 2022-2023 Agar Hati dan Hari2 Lebih Berkualiti

 

Mengambil pengajaran

agar hati dan hari2 kita jadi lebih berkualiti.


Sama2 kita merenung2...

berapa ramai orang2 yang kita kenal

yang sudah pergi meninggalkan kita

sepanjang tahun lepas?

Lebih2 lagi mereka yang pada adatnya

masih belum banyak usia untuk mati?


Ada yang berusia beberapa hari,

beberapa bulan, beberapa tahun,

belasan tahun, puluhan tahun.


Berapa banyak pula

yang dulunya sihat wal afiat

tetapi pada 2022

tubuh mereka menjadi bahtera

membawa pelbagai masalah kesihatan?


Esok lusa mungkin hari kita pula.


Renungkan pula

sepanjang tahun baru 2023 ini nanti,

jika kita masih dipanjangkan usia oleh-Nya

untuk menyaksikan....

berapa ramai pula orang2 yang kita kenal

yang mungkin akan pergi meninggalkan kita?


Berapa ramai pula yang dulunya sihat wal afiat

tetapi tahun baru ini

tubuh mereka menjadi bahtera

membawa pelbagai masalah kesihatan?


Apa usaha dan ikhtiar gigih kita?

Kerana ia akan dipersoal di akhirat sana.

Maka naiklah semangat kita

untuk berusaha dan berikhtiar

dengan gigih.


Insya-Allah hati dan hari2 mendatang kita

akan jadi lebih berkualiti

berbanding sebelum2 ini.


1/1/23

No comments: