Saturday, January 14, 2023

Tafsir Mimpi yang Ditemui Semula

 

Malam semalam ada gangguan internet di rumah. Lama. Berjam-jam. Selepas tengah malam baru pulih. Saya pun meluangkan masa menyemak semula nota2 lama. Nota2 itu biasanya mengandungi penulisan2 saya yang belum siap, atau yang masih dalam bentuk rangka karangan, atau masih tajuk sahaja, atau sesekali terselit juga penulisan yang sudah siap tapi belum/terlupa untuk diposkan.


Tiba2 saya terjumpa satu penulisan lama yang sudah siap. Entah bagaimana saya boleh terlepas pandang akan penulisan itu. Begitulah. Adalah hikmahnya masalah internet semalam. Rupa2nya hendak ditemukan semula dengan penulisan itu.


Dalam penulisan itu saya bercerita tentang dua buah mimpi yang saling berkait. Mimpi pertama berlaku pada September 2021 manakala mimpi kedua pada Disember 2021. Penulisan itu tidak pula saya tuliskan tarikh siapnya. Cuma seingat saya, ia disiapkan pada sekitar bulan Februari atau mungkin Mac 2022.


Ketika mendapat mimpi pertama (September 2021), saya tidak berjaya mendapat takwil mimpi tersebut. Maka saya simpan sahajalah mimpi itu. Setelah mendapat mimpi kedua (Disember 2021), barulah saya berjaya mendapat takwil kedua-dua mimpi itu sekaligus kerana rupa2nya kedua-duanya mempunyai perkaitan.


Jadi, saya kongsikan penulisan tersebut di bawah ini. Yang bertanda (*) ialah penjelasan yang baru ditambah :


MIMPI-MIMPINYA


Pada bulan September tahun lepas (*2021), saya bermimpi melihat satu pelangi dari rumah saya arah ke timur. Pelangi itu berwarna sebagaimana pelangi biasa tetapi kehijau-hijauan. Saya pun cuba merenung-renungkan takwilnya namun tidak berjaya. Oleh itu saya menganggap mimpi itu termasuk mimpi2 yang saya gagal tafsirkan.


Kemudian pada bulan Disember, saya bermimpi lagi melihat pelangi dari rumah saya tetapi kali ini ia berada di sebelah barat pula dan warnanya kekuning-kuningan.


Dengan izin Allah SWT, esoknya saya kaitkan kedua-dua mimpi itu lalu terus mendapat maksudnya.


1. MAKSUD MIMPI PERTAMA (pelangi kehijau-hijauan di sebelah timur)

Pelangi kehijau-hijauan = keselamatan dan ketenangan di tempat/mukim ini

Sebelah timur = pada peringkat awalnya, pada mulanya


Sekitar bulan September hingga Disember 2021 itu wabak penyakit sedang melanda dengan hebatnya. Boleh dikatakan pada setiap hari kita dapat melihat satu gambar peta daerah masing-masing yang berisi data jumlah orang-orang yang dijangkiti mengikut mukim. Kategorinya ditandakan dengan warna-warna tertentu.


Dalam daerah ini ada banyak mukim. Yang peliknya (dengan izin Allah SWT), mukim tempat saya tinggal ini boleh dikatakan sentiasa berwarna hijau. Hendak dapat 1 kes sehari pun sangat jarang ada. Selalunya sifar kes setiap hari. Padahal di mukim-mukim lain, boleh dikatakan selalu ada berpuluh-puluh kes sehari termasuklah di kawasan2 yang agak pedalaman seperti di sekitar Batu Kurau dan Selama. Di bandar Taiping memang banyaklah. Ketika itu hampir setiap hari saya simpan gambar peta tersebut.


2. MAKSUD MIMPI KEDUA (pelangi kekuning-kuningan di sebelah barat)

Pelangi kekuning-kuningan = masalah kesihatan dan kesusahan di tempat/mukim ini

Sebelah barat = kemudiannya, kesudahannya, selepas itu


Bermula bulan Disember 2021 hingga Januari dan Februari (*2022) ini, ramai pula orang yang tidak sihat atau kurang sihat. Banyak orang meminta khidmat rawatan tradisonal Islami/nabawi sehinggakan saya yang separuh aktif memilih untuk aktif kembali (*namun atas sebab2 tertentu, pada penghujung Mac 2022 saya berhenti terus daripada merawat sehinggalah sekarang).


Begitulah maksud mimpi-mimpi tersebut. Wallahua'lam.


Februari 2022

TAMAT


7/1/22

No comments: