Thursday, January 26, 2023

Kelakuan Orang2 Politik dan Media dalam Sejarah Perancis

"Maharaja" Napoleon Bonarparte yang sangat gah itu pada suatu ketika mengalami beberapa kegagalan lalu diturunkan daripada takhtanya. Dia pun diasingkan jauh ke Pulau Elba. Banyaklah para pemujanya dalam kalangan orang2 politik dan media bertukar nada lalu menghinanya pula.


Dalam diam2, dibuat kerja2 kerahsiaan sehinggakan Napoleon berjaya melepaskan diri dari Pulau Elba. Dia pun mula mengumpulkan kekuatannya kembali sambil bergerak menuju ke pusat pemerintahan Perancis untuk bertakhta semula.


Ketika itulah kita boleh melihat bagaimana bentuk sebenar hati ahli2 politik dan media yang sering diimani oleh hampir semua rakyat Perancis, sebagaimana di bawah ini :


1. Sewaktu Nepoleon mula melepaskan diri dari Pulau Elba, lebih kurang bunyi laungan, poster dan tajuk2 berita mereka di Perancis : "Bonarparte Si Pengganas Besar Sudah Terlepas!" Benci benar bunyinya.


2. Apabila Nepoleon dan pasukannya mula menghampiri Perancis, lebih kurang bunyi laungan, poster dan tajuk2 berita mereka : "Nepoleon Dalam Perjalanan." Neutralnya bunyi.


3. Apabila Nepoleon sudah sampai ke wilayah Peranchis, lebih kurang bunyi laungan poster dan tajuk2 berita mereka : "Maharaja Kesayangan Kita Sudah Tiba!" Berubah jadi pecinta pula.


Dengan ahli2 pentadbiran, media2 dan rakyat yang sebegitu, apalah sangat yang boleh dipercaya dan diharapkan lagi? Kembali bertakhtanya Napoleon hanya bertahan selama 100 hari sahaja. Tenteranya kalah teruk dalam Perang Waterloo dan tidak bangkit2 lagi selepas itu.


26/1/23

No comments: