Friday, January 6, 2023

Ahli Tarekat yang Berminat Tarekat Ghazaliyah Pula

 

Persoalan : Assalamualaikum tuan. Saya nak bertanya tentang tarekat. Dulu waktu remaja saya pernah bertarekat Nxxxxxxxxxxxxx. Kemudian saya berpindah ke Tarekat Cxxxxxxxx sampailah sekarang. Akhir-akhir ini saya rasa berminat untuk menyertai Tarekat Ghazaliyah tapi saya tak rasa yang saya hendak meninggalkan Tarekat Cxxxxxxxx. Saya tak tahu adab2 Tarekat Ghazaliyah ni macam mana... boleh tak bolehnya... Itu yang saya nak tahu tu. Mohon pencerahan.


Jawapan : Waalaikumussalam. Tentu sahaja boleh. Sesiapa sahaja boleh mempelajari dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah kerana Tarekat Ghazaliyah ini memang untuk semua - tidak kira apa tarekat tuan, berapa tarekat tuan, walau tuan tidak pernah bertarekat sekali pun. Boleh belaka.


Menurut arwah guru kami iaitu Ustaz Muhammad Salleh Abdul Rahman, Tarekat Junaidiyah juga begitu. Begitu juga kata-kata gurunya Ustaz Abdullah Khandak dan ke atas. Cuma kami tidak pasti sama ada Tarekat Junaidiyah yang ada hari ini masih berpegang dengan hal yang sama atau tidak. Wallahua'lam.


Memang sudah menjadi budaya Tarekat Ghazaliyah ini iaitu tidak mengajak orang lain untuk bertarekat Ghazaliyah kerana ia tidak bermatlamat untuk membanyakkan jumlah pengikut atau berebut pengikut. Untuk satu-satu zaman di satu-satu tempat itu, sekiranya ada seorang guru dan seorang murid secara rasmi, hal itu sudah mencukupi. Jadi, umumnya tak akan ada pengamal Tarekat Ghazaliyah yang mempelawa tuan untuk mempelajari dan mengamalkan tarekat ini, melainkan tuan sendiri yang terbuka hati untuk mempelajari dan mengamalkannya.


Maka sekiranya tuan berminat dan mahu mengetahui lebih lanjut, tuan bolehlah bertanya lagi nanti.


6/1/23

No comments: