Tiba2
anak terkena asma, terus salahkan jin, salahkan saka.
Tiba2
paru2 ibu bapa bemasalah, terus kaitkan dengan sihir.
Tiba2
badan mudah lesu tak bermaya, dengan mudahnya agak itu buatan orang.
Tiba2
pasangan sakit2 badan, terus cenderung tuju kepada penyakit keturunan
(tak pasal2 kesihatan ibu bapa dan arwah datuk nenek moyang pula
yang terkait)
Tiba2
adik kakak asyik pening berulang2, dengan lajunya sangka terkena ain.
Tiba2
diri selalu stres berulang2, terus "nampak" penyebabnya
yang ghaib2.
Beginilah
antara banyak pengalaman sahaya
berhadapan
dengan para
pesakit
dalam bulan Disember
dan
Mac
yang
lalu
(ketika itu sahaya buka
rawatan - untuk kali terakhir).
Selain
daripada kita
yang
sangat
kesibukan
(ini
punca
utama),
hal2 sebeginilah yang turut menyumbang SEDIKIT
saham kepada
tawarnya
hati untuk kita
merawat
lagi lalu terus berhenti
menjadi muallij.
Dengan
ilmu perubatan
islami/nabawi serba-sedikit
yang kita
ada
ini,
kita sudah
boleh mengagak bahawa punca utama kepada
masalah2 tersebut ialah PENGURUSAN
OKSIGEN yang
tidak baik
sejak sekian lama.
Pendek kata, tidak
ada kena-mengena dengan jin, saka,
sihir,
buatan orang,
penyakit keturunan, terkena ain,
atau
yang ghaib2.
Jika berkait, insya-Allah
kita sebagai
muallij biasanya diizinkan Allah untuk mengesannya Namun dalam hal
ini jelas2 bukan.
Perangai
sebahagian pesakit pun membuatkan kadang2 kita pening juga (bercampur
terasa lucu). Mereka datang minta khidmat kita. Setelah kita meneliti
seadanya, kita pun berikanlah jawapan. Tapi... mereka tak mahu
percaya pula. Mereka lebih cenderung untuk percaya yang ghaib2
berbanding yang zahir2. Sudah terbalik pula. Akhirnya, kita bacakan
doa dan buatkan air sahajalah beserta sedikt nasihat agar selalu2lah
sedut udara segar.
Penyakit2
sebegini, jika sudah sempat ia hinggap, ia sangat sukar untuk pergi
lagi melainkan akan terus buat sarang dan berketurunanlah ia di dalam
jasad kita. Jadi, sebelum ia sempat hinggap, jangan sesekali beri
peluang ia hinggap. Jika kita sudah tersilap lalu ia sempat hinggap,
dengan segeralah berusaha dan berikhtiar dengan sangat gigih untuk
mengusirnya, sebelum ia bersarang dan menetas. Allah kurniakan akal
fikiran dan rasa qalbu, kita manfaatkan sebaik2nya.
Segelintir
daripada mereka kemudiannya pergi pula kepada perawat2 lain sampailah
jumpa perawat yang mengesahkan bahawa masalah kesihatan yang tiba2
berlaku kepada mereka itu memang berkait dengan yang ghaib2. Barulah
puas hati mereka. Perawat2 jenis itulah yang dipercaya dan dipandang
sebagai handal. Selepas itu kita pun al-maklumlah... duit mereka akan
"kena sedut" berulang kalilah oleh si perawat sedangkan
sakit tidak juga berkurang. Jin saka bagai pun pening kepala kerana
mereka dipersalahkan sedangkan mereka tidak terlibat pun dalam cerita
ini.
OKSIGEN
DAN AIR
Oksigen
dan air ini merupakan ubat2 paling utama lagi paling asas. Ambillah
pelbagai ubat dan jalanilah pelbagai rawatan pun, tanpa oksigen dan
air......... al-maklumlah.
Kita
dimasukkan ke wad hospital pun, tetap keutamaannya ialah oksigen dan
air. Jika kita terkena penyakit yang tiada ubat atau tidak diketahui
sakit dan ubatnya, tetap oksigen dan air juga yang diberi. Tiba2
pengurusan oksigen kita di rumah atau di luar daripada hospital jadi
tidak bagus... memanglah. Kemudian apabila sakit, masuk hospital,
oksigen pula yang dicari. Alangkah peliknya!
Dalam
sehari kita perlukan oksigen 24 jam, berterusan. Udara yang masuk itu
biarlah banyak dan berkualiti. Di dalam udara itu ada banyak zat2
untuk kesihatan jantung, paru2, aliran darah, urat2 badan, kepala,
minda, otak dan lain-lain lagi. Penawar percuma bersifat semulajadi
lagi fitrahi sudah lama Allah sediakan, "kita sahaja yang
lalai".
Abu
Zulfiqar
15/5/22