Wednesday, March 17, 2021

Nama Allah dalam Alkitab dan Tulisan2 Lain

PERTAMA


Kita lihat penggunaan nama "Allah" yang tidak stabil dalam Alkitab.


Kitab Kejadian (Genesis) merupakan kitab terawal dalam Alkitab (Bible).

Dalam Kejadian 1:1 sehinggalah Kejadian 2:3, Tuhan ditulis sebagai "Allah" sahaja.

Bermula Kejadian 2:4 dan seterusnya, Tuhan ditulis sebagai "Tuhan Allah" pula.


Tiba pada ayat Kejadian 3:1, Tuhan ditulis sebagai "TUHAN Allah dan "Allah" pula.

"Adapun ular ialah yang paling cerdik dari segala binatang di darat yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu: "Tentulah Allah berfirman: Semua pohon dalam taman ini jangan kamu makan buahnya, bukan?" (Kejadian 3:1 - Alkitab Terjemahan Baru)


Begitu juga dalam Alkitab Terjemahan Lama, Alkitab Firman Allah Yang Hidup, dan Alkitab Kabar Baik.


Tetapi, dalam Alkitab Ende, tertulis :

"Adapun ular itu lebih litjin daripada segala binatang liar, jang telah didjadikan Jahwe Allah. Katanja kepada wanita: "Betulkah Allah telah berfirman: segala pohon taman ini djangan kamu makan buahnja?"


Digunakan perkataan "Jahwe" (atau dieja juga sebagai "Yahweh"). Yahweh (tepatnya Yhwh) ini ialah nama Tuhan kepada Nabi Musa dan kaumnya, kepada nabi2 Bani Israil dan kaum2 mereka, seterusnya sampailah kepada Jesus dan kaumnya. Yahweh ialah nama, bukan jawatan atau gelaran. Begitulah juga dengan nama Allah, bukan jawatan atau gelaran.


Boleh pula menggunakan nama Yhwh. Mengapa tidak digunakan pada keseluruhan Alkitab dan tulisan2 lain untuk menggantikan nama Allah?


NAMA YHWH


Dalam Bible berbahasa Yunani (Greek), Latin dan Inggeris, umumnya mereka cuba mengelak daripada menggunakan nama Yhwh. Bible berbahasa Inggeris akan gantikan dengan "Lord" atau "God", sedangkan kedua-dua perkataan ini adalah jawatan, bukan nama. Entahlah mengapa dan apa tujuannya.


Sebenarnya kalimah "Lord thy God" atau "Lord your God" dalam Bible berbahasa Inggeris itu ialah "Yhwh thy God" atau "Yhwh your God". Dan dalam bahasa Melayu pula, "Tuhan Allah" itu ialah "Tuhan Yhwh", "Tuhan Allahmu" itu ialah "Tuhan Yhwh kamu", "Allah Tuhanmu" itu ialah "Yhwh Tuhanmu".


Nama Tuhan iaitu Yhwh ini merupakan sesuatu yang sangat suci bagi agama Bani Israil dan yang sewaktu dengannya. Sampai suatu ketika, nama ini sudah jadi sangat asing kepada mereka sendiri sehinggakan hanya para pendeta sahaja yang tahu menyebutkannya. Allah sudah menarik sebutan yang tepat tentang nama ini daraipada mereka. Lama-kelamaan, boleh dikatakan tidak ada siapa lagi yang tahu cara menyebut nama Tuhan iaitu Yhwh yang betul. Oleh itu mereka mengelak daripada menyebutkannya supaya tidak berlaku kesalahan. Mereka takut tersalah sebut nama Tuhan. Sebahagian daripada mereka menggantikannya dengan gelaran atau jawatan "Adonai" atau "Hasyem". Adonai dan "Hasyem" ini bukan nama, tetapi gelaran dan jawatan. Sebab itulah jika dalam tulisan rumi, biasanya mereka akan menulis nama Tuhan dengan "YHWH" atau YHVH". Nama Tuhan itu dihurufbesarkan kesemuanya.


Apabila dipindahkan ke bahasa Inggeris, ada Bible2 yang masih mengekalkan huruf2 besarnya tetapi ditulis sebagai "LORD", sebagai ganti kepada 'YHVH". Contohnya dalam Bible New King James Version dan Revised Webster Version. Mengapa dihuruf besarkan? Kerana ia berasal daripada "YHWH" atau "YHVH". Bukan saja-saja dihurufbesarkan oleh sebahagian Bible.


Jadi, sepatutnya perkataan "LORD" atau "Lord" yang ada dalam Bible diterjemahkan kepada
YHWH atau YHVH. Dan Alkitab dalam bahasa Melayu (walau diterjemah daripada apa bahasa pun ke bahasa Melayu) sepatutnya menukarkan "Tuhan Allah" kepada "Tuhan Yhwh", "Tuhan Allahmu" kepada "Tuhan Yhwh kamu", "Allah Tuhanmu" kepada "Yhwh Tuhanmu".


Contohnya :

"And the LORD God caused a deep sleep to fall on Adam, and he slept; and He took one of his ribs, and closed up the flesh in its place." (Kejadian/ Genesis 2:21 - New King James Version"


Kalimat "LORD God" (yang ditulis berhuruf besar) itu sepatutnya ditukarkan kepada "YHVH God". Apabila diterjemahkan ke bahasa Melayu, sepatutnya ia menjadi "Tuhan YHWH", bukannya "Tuhan Allah".


Perkara ini sebenarnya sudah sedia dimaklumi kerana dalam Alkitab Ende tertulis :

"Maka Jahwe Allah mendatangkan tidur njenjak atas manusia, sehingga ia tertidur. Lalu Ia mengambil salah satu rusuknja dan menutup tempat itu dengan daging."

Nama Tuhan iaitu YHWH ada di sana dan ditulis sebagai "Jahwe".


Tuhan (dalam isu ini) memang memperkenalkan diri-Nya sebagai YHWH. Antara buktinya :


"Di ujung atas tangga itu berdirilah TUHAN. "Akulah Yahweh, TUHAN." ( Kejadian 28:13 - Alkitab Firman Allah Yang Hidup)

"Dan lihatlah, Jahwe berdiri didepannja dan bersabda: "Aku ini Jahwe." (Kejadian 28:13 - Alkitab Ende)


Dalam Bible berbahasa Ibrani (Hebrew) juga disebut YHWH.


Tuhan juga mahu dipanggil dan DISEBUT dengan nama YHWH. Buktinya :


"Maka pada hari itu juga kamu akan berkata demikian: Segala puji bagi Tuhan; sebutlah akan nama-Nya." (Yesaya 12:4 - Alkitab Terjemahan Baru)

"Pada hari itu kamu akan berkata: Pudjilah Jahwe, sebutkanlah namaNja." (Yesaya 12:4 - Alkitab Ende)

"Maka pada hari itu kelak kamu akan berkata: "Hendaklah kamu mengucap syukur kepada Allah sebutkanlah nama-Nya." (Yesaya 12:4 - Alkitab Shellabear)

"And in that day you will say: "Praise the LORD, call upon His name." (New King James Version)

"And as you do it, you'll say, "Give thanks to GOD. Call out his name." (Message Bible)

"And in that day shall ye say, Praise the LORD, call upon his name." (Revised Webster Version)

"At that time you will say, "Praise the LORD. Call on his name." (Gods Word Translation Version)


Tuhan perintahkan agar disebut nama-Nya iaitu YHWH. Mengapa ada yang cuba mengelak daripada menyebutkannya malah menukarkannya dengan nama yang lain?


Dalam Mazmur 83:18 pula, Tuhan perintahkan agar DIKETAHUI namanya (tetapi ramai orang hari ini yang tidak tahu) :


"Supaya diketahuinya bahwa Engkaulah saja yang bernama Yahweh itu, Yang Mahatinggi atas seluruh bumi ini." (Alkitab Shellabear)

"dan semoga mereka tahu, bahwa Engkaulah se-mata 2 jang bernama Jahwe, Mahatinggi diatas seluruh bumi! " (Alkitab Ende)

"sampai mereka sadar bahwa hanya Engkau, Yahweh, adalah Allah atas segala allah dan berkuasa penuh atas segenap bumi." (Alkitab Firman Allah Yang Hidup)

"That [men] may know that thou, whose name alone [is] JEHOVAH, [art] the most high over all the earth." (Authorised Version)

"That [men] may know that thou, whose name alone [is] JEHOVAH, [art] the most high over all the earth." (Revised Webster Version)

"So that men may see that you only, whose name is Yahweh, are Most High over all the earth." (Bible in Basic English)


Mengapa masih mahu gunakan nama "Allah"?


KESIMPULAN BAHAGIAN INI


1. Nama Tuhan kepada Jesus dan kaumnya ialah YHWH.

2. "Allah" dan "YHWH" ialah nama, bukan gelaran atau jawatan seperti Lord, Tuhan, Tuanku, El, Eloah, Elohim, Adonai, Theos, dan sebagainya.

3. Sepatutnya semua nama Allah dalam Alkitab ditukarkan kepada YHWH.


KEDUA


Kita lihat penggunaan nama "Allah" yang salah dalam Alkitab.


Pada suatu ketika, Adam dan pasangannya telah terlanggar perintah Allah di Taman Eden. Apa yang mereka lakukan?


"Ketika mereka mendengar bunyi langkah TUHAN Allah, yang berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk, bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap TUHAN Allah di antara pohon-pohonan dalam taman." (Kejadian 3:8 - Alkitab Terjemahan Baru)


Sebagaimana perbandingan yang kita buat dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Perbezaan Antara Allah dan Yesus" di http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/perbezaan-antara-allah-dan-yesus.html , telah dijelaskan Allah itu bagaimana. Maka :

i. Mustahil bagi Allah untuk berjalan-jalan. Tidak layak bagi Allah untuk berjalan-jalan kerana yang berjalan-jalan itu iaah makhluk sahaja seperti Jesus, malaikat, dan manusia lain.

ii. Mustahil bagi Allah untuk kedengaran bunyi langkahannya kerana yang melangkah dan kedengaran bunyi langkahannya itu ialah makhluk sahaja seperti Jesus, malaikat, dan manusia lain.

iii. Mustahil manusia boleh lari dan menyorok daripada Allah kerana Allah Maha Melihat segala-galanya. Manusia cuma boleh lari dan menyorok daripada makhluk seperti Jesus, malaikat, manusia, dan haiwan.


Penggunaan nama "Allah" yang sebeginilah yang ditolak oleh umat Islam kerana jelas-jelas salah. Penyelesaiannya? Mudah sahaja! Tukarkan kalimat "Tuhan Allah" itu kepada Tuhan YHWH, atau YHWH, Yahweh, Yehowah, Yehovah, Jesus (kerana Jesus dianggap 100% Allah dan Allah dianggap 100% Jesus oleh sebahagian orang), Yesus, Yeshua, Yeheshua, Joshua, Roh Kudus, atau sebagainya.


Sangat bagus juga jika dapat digantikan dengan nama Tuhan menurut suku-suku kaum Nusantara itu sendiri seperti Dewata Mulya Raya, Sang Hyang Tunggal, Aki Kopuno, Rangying, Sang Hyang Kersa, Dewata Seuwae, Mansren Manggundi, Dibata Mula, Mulajadi Nabolon, Kinorohingan, Mawulu Tau-Majii Tau, Lowalangi, Puang Matua, Mawu Ruwata, Lowalangi, Adi Parasakti dan sebagainya, yang saya sentuh dalam artikel "Penggunaan Nama Allah yang Ada Masalah dalam Alkitab" di http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/pengunaan-nama-allah-yang-ada-masalah.html . Nama "Allah" itu daripada bahasa Arab DAN agama Islam, yang tidak bersangkutan pun dengan bahasa, keturunan, agama asal, dan tempat tinggal suku2 kaum tersebut.


Banyak pengunaan yang salah, yang sangat panjang untuk saya tuliskan di sini. Antaranya :


i. "Maka Allah pun adalah berdiri di kepala tangga itu serta firmannya bahwa akulah Allah Tuhan bapakmu Ibrahim dan Tuhan Ishak maka tanah tempat engkau berbaring ini akan kuberikan kepadamu dan kepada benihmu pun." (Kejadian 28:13 - Alkitab Shellabear)

"Dan di sampingnya berdirilah TUHAN dan berkata, "Akulah TUHAN, Allah yang dipuja Abraham dan Ishak." (Alkitab Kabar Baik)


Mustahil untuk Allah berdiri di kepala tangga atau di berdiri samping sesuatu. Yang layak berdiri di kepala tangga atau berdiri di samping sesuatu hanyalah makhluk. Contohnya Jesus, malaikat, manusia, jin, dan haiwan. Jika dalam Alkitab2 lain yang tidak ditulis nama "Allah", yang itu terpulanglah. Tetapi yang ada tertulis nama Allah sebagaimana dalam ayat-ayat di atas, semua itu jelas-jelas salah.


ii. "Maka Allah pun menyesal menjadikan manusia di atas bumi maka yaitu mendukacitakan hati-Nya." (Kejadian 6:6 - Alkitab Shellabear)


Banyak lagi ayat-ayat dalam Alkitab dan Bible yang menunjukkan Tuhan (atau apa jua nama selain Allah) menyesal. Yang itu terpulanglah menurut kepercayaan agama masing-masing. Tetapi apabila disebut Allah menyesal, hal ini sangat tidak boleh diterima. Hal ini kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya termasuklah hal-hal yang akan datang, kerana Dia yang mengatur segala-galanya. Jadi, mustahil untuk Allah menyesal. Menyesal itu menunjukkan Allah tidak Maha Mengetahui, Dia tidak tahu apa yang akan berlaku, Dia tidak mengatur, melakukan kesilapan, dan sebagainya. Hal ini adalah mustahil bagi Allah. "Menyesal" itu hanya berlaku kepada makhluk, bukan kepada Khaliq)


KESIMPULAN BAHAGIAN INI


i. Gunakanlah nama "Allah" pada tempat yang betul dan memang kena pada Allah. Jangan gunakan nama "Allah" pada tempat yang tidak betul atau kena kepada selain Allah. Selesai masalah.

ii. Lebih baik lagi jika agama lain jangan langsung menggunakan nama "Allah". Lagi mudah selesai masalah.


KETIGA


Sungguhpun banyak penggunaan nama "Allah" dalam Alkitab yang bermasalah, tetapi yang lebih berbahaya ialah penggunaan nama "Allah" dalam tulisan2 selain Alkitab dan dalam ucapan2.


Contoh 1 :


Dalam artikel bertajuk "Menjawab Pertanyaan Apakah Yesus Menjadi Allah, Allah yang menjadi Manusia" oleh Pdt. Sihar Sihotang di https://www.kompasiana.com/siharsihotang/5c0e8e0f677ffb2fc13b1ad5/menjawab-pertanyaan-apakah-yesus-adalah-tuhan-allah-yang-menjadi-manusia?page=all . Lihat beberapa petikannya :


"Ayat ini dengan tegas menyatakan bahwa Yesus yang lahir di Betlehem adalah Allah yang telah menjadi manusia dan diam di antara manusia, dengan kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa."

"Artinya Yesus adalah Allah yang menjadi manusia."

"Jadi Allah yang besar dan Juruselamat, keduanya menunjuk kepada Yesus Kristus."

"Putra Allah. Yesus mengklaim diri-Nya sebagai Putra Allah dalam beberapa peristiwa."


Penulis: Pdt. Sihar Sihotang, S.Th (Alumni Institut Injil Indonesia, I-3, Batu, Malang), sedang mengikuti program M. Th (Magister Theologi) semester 3, di STT Jaffray, Jakarta.


Diyakini Jesus itu Allah, bahkan Allah yang telah menjadi manusia. Jika mereka menggunakan nama selain Allah, tentulah tidak timbul sebarang masalah.


Contoh 2 :


Dalam tulisan bertajuk "Yesus Kristus Adalah Allah" oleh Yolanda Kolalo-Lawton di https://www.agapekasih.org/blog/2020/2/17/yesus-kristus-adalah-allah . Beberapa petikannya :


"Tentu saja kami percaya bahwa Yesus Kristus adalah Allah!"

"Doktrin Trinitas mengajarkan bahwa Kristus adalah makhluk kedua dalam ke-Allahan; Dia adalah Allah yang sama kekal; sama umur dengan Bapa dan Roh Kudus."

"Apakah Yesus Kristus adalah Allah? Jawab: tentu saja!"

"Demikian juga dengan Kristus; Dia adalah Allah, sebab Bapa-Nya adalah Allah. Fakta bahwa Dia lahir dari Bapa, kelahiran itulah yang menjadi landasan dasar akan warisan kodrat dan hakikat ke-Allahan yang sama dengan Bapa."


Mereka meyakini bahwa Yesus Kristua ialah Allah, Yesus sama kekal dengan Allah, Bapa dan Roh Kudus. Jika mereka menggunakan nama selain Allah, tidak ada sebarang masalah yang timbul.


Contoh 3 :


Dalam artikel berjudul "Yesus Adalah Allah Yang Menajdi Manusia" di https://pesankasihdarisurga.blogspot.com/2015/09/yesus-adalah-allah-dalam-daging-tubuh.html . Beberapa petikannya :


"Yesus adalah sepenuhnya Allah dan sepenuhnya manusia"

"Karena Yesus adalah Allah dalam daging/ Allah yang menjadi manusia, maka hanya Dia yang dapat membayar hutang dosa kita yang harus kita bayar kepada Allah."


Diyakininya bahawa Yesus adalah sepenuhnya Allah, dan Yesus itu Allah dalam rupa daging dan dalam rupa manusia. Mengapa dia tidak mahu menggunakan nama YHWH, Sang Hyang Tunggal, Tao, Tua, Karahingan, dan sebagainya selain Allah?


Contoh 4 :


Dalam artikel bertajuk "Yesus Kristus Adalah Allah" di https://artikel.sabda.org/yesus_kristus_adalah_allah "


"Alasan kedua mengapa Allah mau menjadi manusia ialah untuk menjembatani jurang pemisah antara Allah dan manusia."


Sama juga.


KESIMPULAN BAHAGIAN INI


Jelas betapa tidak kenanya penggunaan nama Allah dalam kata-kata mereka di luar daripada Alkitab.


KESIMPULAN KESELURUHANNYA


Jalan penyelesaiannya sangat mudah! Jangan guna nama Allah. Senang sahaja. Gunalah selain itu. Langsung tidak timbul sebarang isu. Terpulanglah hendak gunakan nama apa pun. Benda mudah , jangan disulitkan.



Abu Zulfiqar Al-Amsyari

17 Mac 2021

 

 

*

Sejak isu penggunaan nama Allah naik kembali pada bulan Mac 2021 ini, ada beberapa artikel saya yang berkaitan :


Perbezaan Antara Allah dan Jesus (11 Mac 2021)

https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/perbezaan-antara-allah-dan-yesus.html


Apa Itu Alkitab (13 Mac 2021)

https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/apa-itu-alkitab.html


Nabi Isa Menggunakan Bahasa Apa? (13 Mac 2021)

https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/nabi-isa-menggunakan-bahasa-apa.html


Bahasa Yang Digunakan oleh Jesus Pula (14 Mac 2021)

https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/bahasa-yang-digunakan-oleh-jesus-pula.html


Banyaknya Versi Alkitab di Nusantara (14 Mac 2021)

https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/banyaknya-versi-alkitab-di-nusantara.html


Penggunaan Nama Allah yang Ada Masalah dalam Alkitab (14 Mac 2021)

https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/03/pengunaan-nama-allah-yang-ada-masalah.html




Selain itu, terdapat juga beberapa artikel lama karangan saya yang sangat berkaitan :


Menjawab Dr. Asri - Isu "Allah" (28 Mei 2009)

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/05/menjawab-dr-asri-isu-allah.html


Pluralisme Aqidah Tertolak (Oktober 2011)

http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/11/pluralisme-aqidah-tertolak.html




No comments: