Saya ada menerima beberapa pertanyaan seputar Alkitab (sekarang sedang kecoh tentang penggunaan nama "Allah", maka ada orang-orang yang hendak tahu tentang Alkitab). Alkitab ni apa dia? Kitab Injil ke? Kitab Taurat ke? Apa kaitan Alkitab dengan kitab Bible? Dan sebagainyalah.
Jadi sebagai pengenalannya, secara ringkasnya (kerana banyak isu dalam hal ini jika mahu dipanjangkan) :
Alkitab ialah kitab Bible dalam bahasa Melayu.
Biasanya dalam bahasa Melayu Indonesia atau yang sehampir dengannya.
Bible terdiri daripada 2 bahagian iaitu Old Testament dan New Testament.
Maka Alkitab juga ada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Penganut agama Yahudi meyakini Perjanjian Lama tetapi menolak Perjanjian Baru.
Penganut agama Kristian meyakini kedua-duanya.
Dalam Perjanjian Lama, ada berpuluh-puluh kitab.
Dalam Perjanjian Baru, ada lebih daripada 20 kitab.
Puluhan kitab inilah yang disekalikan dan dinamakan sebagai Alkitab (Bible).
Dalam Perjanjian Lama, ada 5 kitab yang ramai penganut agama Yahudi dan Kristian percaya sebagai Taurat. Dan ada kitab yang diyakini sebagai Zabur.
Dalam Perjanjian Baru ada 4 kitab yang diyakini oleh Kristian sebagai Injil (Gospel) iaitu Injil Matius (Gospel of Matthew), Injil Markus (Gospel of Mark), Injil Lukas (Gospel of Luke), dan Injil Yohanes (Gospel of John).
Ada pelbagai versi Alkitab seperti :
Alkitab Terjemahan Lama (1954)
Alkitab Terjemahan Baru (1974)
Firman Allah Yang Hidup (1989)
Alkitab Versi Borneo (2016)
Kitab Suci Injil (1912)
Alkitab Kabar Baik (1985)
Perjanjian Baru WBTC (2004)
Alkitab Shellabear (1912)
Alkitab Ende (1970)
Alkitab Leydeker (1923)
Alkitab Klinkert (1863)
Alkitab Melayu Baba (1913)
Semuanya dalam bahasa Melayu. Ada versi yang penuh dan ada versi yang berisi Perjanjian Baru sahaja.
Begitulah secara ringkasnya.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
13 Mac 2021
No comments:
Post a Comment