Saturday, March 6, 2021

7 Pengalaman Penulis dalam Buku Terbit Cahaya Naungan ke-3

Pada bahagian Lampiran dalam buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 2 (Pencerahan) ada penulis kongsikan 7 pengalaman yang biasa-biasa sahaja tetapi mungkin agak menarik dan bermanfaat untuk dimaklumi. Pengalaman-pengalaman tersebut berkaitan dengan penulis dan Tarekat Ghazaliyah.


Secara ringkasnya :


i) Pengalaman tentang cara mursyid penulis membuka lorong kepada penulis untuk bertarekat Ghazaliyah. Caranya agak melucukan dan memang tidak disangka-sangka.


ii) Pengalaman tentang seorang hamba Allah yang menyangkakan penulis masih muda, tetapi rupa-rupanya mursyidnya sendiri belasan tahun jauh lebih muda daripada penulis.


iii) Pengalaman tentang seorang hamba Allah yang mengakui mengikuti Tarekat Ghazaliyah dengan seorang mursyid, tetapi ternyata amalan yang ada hanyalah lafaz Zikir Harian sahaja.


iv) Pengalaman tentang seorang pengkuliah lulusan Timur Tengah yang menghentam penulis dalam kuliahnya yang penulis hadiri.


v) Pengalaman tentang seorang hamba Allah yang mengatakan dirinya pernah mengambil Tarekat Ghazaliyah di sebelah Pantai Timur. Mursyidnya itu yang menimbulkan keraguan.


vi) Pengalaman penulis pada zaman muda berbual dengan seorang hamba Allah yang mengaku, "Akulah Allah Taala".


vii) Pengalaman penulis melalui ujian awal oleh mursyid penulis dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Ujiannya sangat tepat lagi indah, tetapi...


Untuk mengetahui kisah penuhnya, bolehlah dapatkan buku ini daripada pihak Khazanah. Semoga bermanfaat untuk dunai dan akhirat.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

6 Mac 2021



*Buku : Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah siri ke-3 (Pencerahan - Buku Cahaya Merah)
Saiz A5, 200 muka surat (termasuk kulit)
RM38 (SM), RM43 (SS)

*Harga sudah termasuk pengurusan pos.

ANDA BERMINAT?
Hubungi team Khazanah melalui WhatsApp 
www.wasap.my/601116824293

Facebook Khazanah :
https://web.facebook.com/Khazanah-115012297090461

No comments: