Friday, December 31, 2021

Menanti Kehadiran Para Sufi

 


 May be an image of flower, tree and outdoors

Kenangan....... menanti kehadiran para sufi.

Jawapan kepada Yeh Dil Kya Kare

 

Yeh dil kya kare?

 

Bawa ia ke jalan tasawuf (mencari jalan pulang ke asalnya), pulihkan ia, sihatkan ia, kuatkan ia, cemerlangkan ia, kembalikan ia ke asalnya. Ia bukan milik kita tetapi milik Dia, malahan milik Aku. Ia datang daripada Yang Maha Suci, maka perhentian terakhirnya pada jalan kembali itu bergantung kepada sejauh mana sucinya ia. 

 

- Halaqah usrah 3/12/21


Kisah Sebenar Pembuatan dan Penjualan Buku2 Tarekat Ghazaliyah

PERSOALAN : Salam. Nak tanya ustaz. Maaf dulu jika melangkaui adab. Buku2 ustaz belum ada lagi ke? Saya sempat beli 2 je. Pastu habis stok. Harap yang 3 buah lagi tu ada semula. Dah lama saya tengok di page Khazanah... masih belum ada. Maaf menganggu ustaz.


JAWAPAN : Waalaikumussalam Tuan xxxxxxx. Mohon maaf banyak2. Memang tak ada (dan mungkin juga tak akan ada dah). Pada Team Khazanah sudah habis sementara pada saya hanya ada untuk kegunaan sendiri sahaja. Rasanya sekitar bulan Mei dulu Khazanah dah hentikan penjualan (baru saya tersedar, sudah setengah tahun rupanya).


Sekiranya ada modal pun nanti, mungkin saya akan tumpukan pada buku Tarekat Ghazaliyah yang akan datang, bukannya buku2 lama. Namun semuanya dalam aturan Allah jua.


Kita berkongsi sedikit ceritalah.


Sebenarnya saya tulis dan keluarkan buku ini tidaklah menguntungkan bahkan rugi, dari segi kewanganlah. Setelah buat 5 buah buku itu (1 buku ringkasan kitab Ihya' 'Ulumuddin dan 4 buku Tarekat Ghazaliyah), wang yang ada hanyalah RM1,100 sedangkan wang yang keluar sekitar RM3,300. Rugi 200%. Tapi kerana Allah, untuk agama dan umat, kita buat jugalah. Namun untuk hasilkan buku ke-6 atau untuk menambah semula buku2 terdahulu, memang belum ada kemampuan. Tunggulah sampai ada modal baru pula.


Masalah utamanya - kos keseluruhan untuk sesuatu buku itu adalah tinggi terutamanya kerana kita hanya mampu cetak dalam jumlah yang sedikit sahaja. Sebagai contoh, bagi buku pertama iaitu Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab induk Ihya' 'Ulumuddin) itu, kos keseluruhannya untuk sesuatu buku itu tiba ke tangan pembeli lebih kurang RM46 sedangkan harga jualannya hanya RM45. Maksudnya bagi setiap satu buku itu, tak ada untung bahkan rugi lagi RM1. Selain itu, banyak juga buku2 itu yang kita hadiahkan sahaja kepada kenalan. Matlamat utama kita adalah dakwah, bukan keuntungan.


Sebab itulah sekiranya para pembaca masih ingat, saya ada menjawab satu persoalan pada bulan Mac 2021 oleh seorang lulusan agama (ustaz muda) yang bertanyakan pandangan saya - Untuk berjuang dan di samping itu tentunya mahu mencari belanja hidup juga, elok dia tumpu pada memberi kuliah2 atau menulis buku? Hal ini kerana dia lebih minat menulis berbanding berkuliah.


Berdasarkan keadaan dirinya, saya sarankan agar dia tumpukan pada pengajian2 agama. Di samping itu, sambil2 bolehlah menulis buku. Segala rasionalnya bolehlah diteliti semula dalam soal jawab kami itu di sini

http://alexanderwathern.blogspot.com/.../soalan2-ringkas... pada soalan nombor 85.


Kesimpulannya, saya bukan sengaja tak mahu keluarkan lagi buku2 itu, tetapi memang kerana ada kekangan2 tertentu. Walau bagaimana pun, doakanlah yang baik2 belaka agar dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah segala perancangan di hati tidak pernah terpadam.


5/12/2021


Nak Memaham Al-Kahfi Eloklah dengan yang Memang Ahli

 

Semoga Allah selamatkan kita. Kita ini sangat lemah. Diuji dengan sedikit keduniaan (kemudahan, kesenangan, keselesaan, kebebasan, keseronokan dsb) sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita tersungkur tewas. Sebab itulah dalam Surah Al-Kahfi yang sangat berkait rapat dengan zaman akhir itu jelas2 Allah nyatakan pada ayat ke-7, "Sesungguhnya Kami jadikan APA YANG ADA di atas bumi itu sekadar sebagai PERHIASAN (sahaja) baginya untuk Kami MENGUJI mereka - siapakah dalam kalangan mereka yang baik amalannya."


Ramai yang menjadikan 10 ayat awal Surah Al-Kahfi ini sebagai amalan harian di mulut tetapi... berapa ramai yang sanggup mengamalkannya di hati lalu menzahirkannya sebagai tindakan anggota badan?


Banyak juga orang yang menyangkakan bahawa anjuran menjadikan ayat2 ini sebagai amalan keselamatan itu maksudnya selalu dibaca, diulang2 bacaannya, dan dihafal2, sahaja. Dengan cara begitulah maka keselamatan akan tiba.


Untuk memudahkan pemahaman, kita ambil contoh ibarat. Mahaguru silat zaman dahulukala berpesan kepada anak-anak muridnya bahawa apabila kedengaran yang bala tentera musuh bakal datang melanggar ke negeri, lazimkanlah membaca kalimat-kalimat ini pada setiap hari, lebih2 lagi sewaktu berhadap-hadapan dengan bala tentera musuh iaitu ,"Aku tak mula, aku berbelas. Engkau menerpa, aku membalas." Ayat ini dipercayai dapat membantu dalam keselamatan kita dan negeri.


Ertinya apabila kita didatangi bala tentera musuh, sebagai adabnya kita tidak akan memulakan serangan. Hal ini kerana kita lebih memilih untuk mengelakkan pertempuran dan mendahulukan belas kasihan. Tetapi jika musuh menyerang juga, kita tidak akan berdiam diri. Kita pasti akan menanggapi serangan mereka bersungguh-sungguh.


Sampailah waktunya terdengar khabar bahawa musuh akan datang melanggar negeri. Tentera dan rakyat pun mulalah melazimi membaca ayat tersebut. Tetapi persediaan untuk menghadapi serangan musuh tidak dibuat sangat pun. Sampailah ketika tentera musuh sudah melanggar masuk pun, mulut masih kumat-kamit membaca ayat tersebut, sahaja.


Masalahnya, pada ketika itu pun, mereka tetap membaca ayat tersebut tanpa membuat sebarang tindakan. Mereka betul2 menyangkakan yang bacaan-bacaan itulah yang bakal menyelamatkan mereka. Padahal ISI KANDUNGAN bacaan2 itu adalah untuk mereka bertindak balas dengan perbuatan. Akhirnya, seluruh negeri dan rakyat dibinasakan.


Samalah halnya dengan amalan Surah Al-Kahfi ini. Ayat2nya bukan sekadar untuk dibaca tetapi untuk diambil tahu dan diambil faham isi kandungannya lalu untuk dipraktikkan terus.


Tanpa kita menafikan bahawa dalam kes2 terpencil jika kita membaca "Allahu Akbar" sahaja pun, tentera musuh boleh terpukul mundur. Baca Bismillah sahaja pun, dituang cairan timah ke dalam telinga tak jadi apa-apa. Tapi kita kena faham, bahawa hal2 terpencil itu tidak berlaku kepada semua, tidak juga kepada majoriti. Ia hanya pada sangat segelintir orang pada masa2 yang sangat jarang2 sahaja. Maka kita tidak boleh menghukumkannya kepada semua orang atau ramai orang dana pada setiap masa dan keadaan. Rasulullah saw sendiri pernah memakai dua rangkap baju besi dan topi besi dalam peperangan. Saiyidina Ali yang terkenal kepahlawanannya itu juga memakai baju besi dan memakai perisai. Padahal mereka lebih arif lagi tentang bacaan2 dan amalan2 keselamatan.


..... Ya Allah.......pada ayat ketujuh yakni tentang ujian keduniaan pun daku sudah sangat lemah. Belum lagi bicara dan pemahaman dan tindakan seputar ayat kesembilan yakni tentang keguaan. Lagilah daku sangat lemah. Aku takut tersekat keduniaan... dan aku lebih takut tersekat dalam keguaan. Bantulah daku ya Allah. Kuatkanlah aku menghadapi dan melaluinya dengan jaya....


Jadi, 10 ayat awal Surah Al-Kahfi ini hendaklah dihadam isi kandungannya, sekiranya dapat. Sekiranya tak dapat, terus juga amalkan. Jangan tunggu dihadam baru hendak diamalkan. Hendak menghadamkannya itu khususnya dalam hal untuk dijadikan sebagai amalan berkaitan, mintalah guru-guru menghuraikannya. Lebih bagus jika dapat guru-guru yang memang berkeahlian dalam tungku keempat atau rukun keempat dalam hadith Jibril itu. Orang yang ahli dalam tungku2 lain, belum tentu dia juga ahli dalam tungku yang keempat. Setiap tungku itu ada sanadnya. Sekiranya tak dapat, tak mengapa, ambillah ilmu tentangnya daripada mana-mana guru yang bersesuaian.


Lagi banyak belajar, (baru difaham bahawa) lagi banyak yang belum disedar.

Lagi banyak meneroka, (baru difaham bahawa) lagi banyak yang belum terbuka.


- Halaqah usrah 3/12/21


Camne Nak Wirid Kitab Ihya Kalau Tak Ada Kitabnya?

 

Macam mana kalau tak ada kitab Ihya' karangan Imam al-Ghazali? Atau jika ada pun, nak membawanya tu ke tempat kerja atau ke mana2 agak susah - banyak jilid, tebal dan berat. Teringin juga hendak menjadikannya wirid harian selain Al-Quran, sebagaimana amalan para penurut jalan Al-Ghazaliyyah.


Sebagai penampungnya, cari dan bawalah sebarang ringkasan kepada kitab Ihya'. Jaaadilah... daripada tak ada langsung.


Tapi, ringkasan2 kitab Ihya' pun agak tebal belaka juga dan masih berat. Macam mana?


Sebenarnya, itulah antara matlamat saya menyusun kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kitab Ihya' 'Ulumuddin) dulu. Ia jauh lebih nipis lagi ringan untuk dibawa ke mana2. Sesiapa yang berkesempatan memilikinya dulu, elok sangatlah jika dapat dimanfaatkan sedemikian. Cuma stok untuk jualan memang sudah lama tidak ada, sejak bulan Mei lalu.


*Gambar - datang awal pagi ke tempat kerja, boleh terus curi2 masa 5 ke 10 minit berinteraksi dengan Al-Quran dan kitab Ihya'.

May be an image of flower and indoor

Ziarah Tarekat Ghazaliyah Disember 2021

 

Memang banyak orang yang hendak datang bertemu dan berziarah khususnya dalam hal yang berkaitan dengan Tariqah Ghazaliyah. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah, orang suka ke sana ke mari dan sambil-sambil itu bercadang untuk singgah bersua muka. Tetapi dalam keadaan kita yang masih dikhabarkan tentang wabak dan seputarnya sehari-hari ini, sukar untuk kita buat perkiraan.


Namun begitu, sebagai satu usaha untuk tidak menghampakan sekurang-kurangnya sebahagian kecil daripada yang berhajat, sahaya akan cuba aturkan hari2 dan waktu2 pertemuan yang sesuai. Sehingga tamat tahun ini, mungkin boleh diadakan 6 kali lagi pertemuan untuk 6 kumpulan tetamu. Untuk setiap pertemuan itu kita hadkan kepada dua orang tetamu sahaja. Waktunya sama ada selepas asar atau selepas isyak.


Sebagai permulaan, kita akan dahulukan orang2 yang lebih sukar untuk bergerak (yang tidak lengkap cucuk) berbanding orang2 yang lebih mudah untuk bergerak (yang sudah lengkap cucuk). Hal ini kerana bagi orang2 yang sudah lengkap cucuk, djangka mereka punya ruang yang lebih luas untuk terus bergerak pada masa akan datang. Maka kita dahulukanlah golongan yang susah. Insya-Allah ada rezeki kita.

Jadi terlebih dahulu kita buka kepada orang2 yang memilih untuk tidak dicucuk, dan yang memilih untuk dicucuk tetapi masih belum dicucuk. Kita namakan sahaja mereka sebagai Kumpulan A.


Sekiranya masih berbaki nanti, kita buka kepada orang2 yang belum lengkap dicucuk, yakni baru satu kali dicucuk iaitu Kumpulan B.


Sekiranya masih berbaki juga, barulah kita akan buka pertemuan untuk golongan yang sudah dua kali dicucuk iaitu Kumpulan C.


Dan seandainya masih berbaki, barulah kita buka pertemuan untuk mereka yang sudah tiga kali dicucuk iaitu Kumpulan D.


Oleh itu, bagi bakal tetamu yang berada dalam kategori Kumpulan A, bolehlah pm sahaya untuk perbincangan lanjut tentang tarikh dan masa ziarah. Kumpulan B, C dan D harap bersabar dahulu.


*Selesai semua majlis ziarah


TikTok Abu Zulfiqar?

 

Satu lagi medan dakwah baru dibuka. Anak2 tolong buatkan dan uruskan akaun TikTok sahaya. Tulis "abuzulfiqar" atau "abzulfiqaramsyari" pada carian TikTok. Insya-Allah jumpa le tu.


Ramai asatizah yang dah lama di sana. Sahaya ni malas nak berketik-ketok. Sekadar samping2an boleh le. Ada nama2 yg biasa dilihat di internet seperti Ustaz Azhar Idrus, Abdullah Khairi, Ebit Lew, Kazim Elias, Wadi Anuar, Ahmad Dusuki, Muhaizad, dll.

Had Jumlah Ziarah Atas Urusan Traekat Ghazaliyah

 

Asalnya hendak datang ziarah berdua (kerana memang itu yang disyaratkan). tetapi kemudian hendak datang lebih daripada dua orang. Bolehkah?

 

Jawapannya - Tak boleh. Kita ikut syarat/adab yang asal. Sepanjang tempoh wabak ini, maksimum 2 orang sahaja untuk urusan2 Tariq Ghazaliyah.


Kepelikan yang Tidak Benar tetapi Dipegangi

 

Orang2 yang sedang menunggang motosikallah yang dimestikan memakai helmet, bukannya orang2 yang sedang berada di rumah, kerana yang sedang bermotosikallah yang berisiko untuk kemalangan walaupun tidak mustahil juga di rumah pun boleh berlaku kemalangan seperti terhantuk dinding, terjatuh di bilik air, bumbung runtuh, pokok kelapa tumbang menimpa dapur dan sebagainya. Takkanlah kerana hal2 yang jarang berlaku di rumah itu maka setiap orang yang berada di rumah dimestikan memakai helmet? Sangat pelik jika dimestikan. Orang2 yang berada di kawasan gempa bumi pun tidak dimestikan memakai helmet di rumah. Begitulah tamsilannya, bertindak mengikut kesesuaian, bukannya pukul rata sahaja.

Nak Ikut Siapa dalam Keruhanian?

 

Dalam bidang keruhanian ini, kita nak kena ikut siapa?

 

Yang jarak jauh, kita mesti ikut mereka yang terbaik dalam kalangan umat ini iaitu R4S (Rasulullah SAW, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain).

 

Yang jarak sederhana, kita ikutlah tokoh2 pada zaman kegemilangan Islam dulu.

 

Yang jarak dekat, kita ikutlah guru toriq kita.

 

Lazimkan ketiga2 hal ini.


Hati yang Terikat dengan Keduniaan

 

Orang2 yang qalbunya sudah TERIKAT dengan keduniaan, hampir2 pasti akan berteguh untuk mempertahankannya tanpa mengira benar salah lagi. Jika diketahuinya tidak benar sekalipun, akan diusahakannya dan direkanya alasan2 untuk menjadikan keterikatannya dengan keduniaan itu tidak dipandang sebagai kesalahan.

Masih Terhenti Pada Ilmu Kalam?

 

Sudah seringkali diperingatkan agar tidak "terhenti" pada ilmu kalam. Kerana sekalipun mulut tidak berjidal tetapi qalbu tetap akan selalu berjidal. Walau sudah berpuluh tahun, ketertarikannya tetap akan ke situ jua. Maka, bagaimana hendak mencapai tingkatan2 yang sejahtera selepas maqam ma'rifah? Imam al-Ghazali sudah berpesan, maka eloklah kita turuti.

Nak Bertasawuf Tapi...

 Nak bertasawuf tapi tak mahu berperaturan. Nak bertarekat tapi tak mahu menurut adab. Memanglah tak kan ke mana2.

Tukang Nasihat yang Bermasalah

 

Kata kita kepada sahabat kita, "Janganlah engkau memburukkan orang lain." Tetapi ketika berkata2 itu SILAP2/BOLEH JADI/KADANG2 kitalah sebenarnya yang sedang memburukkan sahabat kita itu kerana kita tidak tahu pun apa pengalaman yang dia atau orang2 yang dia sayang telah lalui dan alami. Tidak mustahil jika kita berada "di dalam kasutnya", kita akan bertindak lebih lagi daripada itu.


Oleh itu, sekiranya maklumat yang kita ada itu tidak mencukupi, lebih baiklah kita berdiam.


Empat Bahagian Tarbiah Tarekat Ghazaliyah

 

Bagi orang2 yang terbiasa dengan manhaj Imam al-Ghazali tentu akan terperasan bahawa Imam suka membuat pembahagian kepada 4 bahagian. Sangat banyak. Antara contohnya - 4 tingkatan wara', 4 bahagian besar kitab Ihya' 'Ulumuddin, 4 rukun 'aqidah,

4 amalan pengisi waktu lapang, dan banyak lagi.


Dalam tarekatnya pula ada 4 maqam yang awal iaitu syariat, tarekat, hakikat, ma'rifat (awwal ad-diin), 4 maqam yang akhir iaitu ma'rifat (awwal ad-diin), nisf ad-diin, akhir ad-diin, kamal ad-diin, 4 alam qalbu, dan 4 bahagian pelajaran Tarekat Ghazaliyah.

4 bahagian tarbiah/pelajaran itu ialah :


i. Aqidah (asas pasti/wajib) - paling awal dibuka (2007)

ii. Tasawuf (inti utama) - kemudian baru dibuka (2011)

iii. Ilmu 'alam (pengiring Tarekat Ghazaliyah) - 2019 baru dibuka

iv. Ilmu zaman akhir (tungku keempat ad-diin) - 2021 baru dibuka (cadangan awalnya pada 2022 bersamaan dengan buku tarekat Ghazaliyah ke-8)


Dengan itu, lengkaplah sudah PEMBUKAAN keempat2 pintunya dalam tempoh masa lebih kurang 15 tahun. Setiap satu itu dibuka mengikut masanya. Cuma yang terakhir itu terlewat buka.


Beginilah gambaran keseluruhan isi Tarekat Ghazaliyah itu beserta dengan aksesori2nya.



Allah Dah Tarik Siap2

 

Kadang2...Allah sudah tarik siap2 ganjaran yang bakal kita perolehi tanpa kita sedari.

Contohnya - anak2 kita menggambarkan yang mereka akan menghadiahkan pakej percutian 3 hari 2 malam kepada kita suami isteri yang nilainya lebih kurang RM1000 sempena ulang tahun perkahwinan kita pada bulan hadapan, tetapi baru semalam berlaku tanah runtuh di dusun durian kita yang kerugiannya dianggarkan RM10,000.


Sedangkan sahabat kita yang hari ulangtahun perkahwinannyanya tiada sebarang hadiah pun daripada anak2 melainkan makan berdoa beramai2 di rumah, tetapi dusunnnya terselamat daripada tanah runtuh itu.


Sangat halus pekerjaan-Nya., bagi yang direzekikan untuk memahami dan menghayati.


Wajiblah untuk Daku Mencintai-Mu

 

Wahai Allah! Kala aku sedih, Engkau yang gembirakan.

Kala aku sakit, Engkau yang sembuhkan.

Kala aku kurang, Engkau yang mencukupkan.

Kala aku lapar, Engkau yang beri makan.

Kala aku ketiadaan, Engkau yang adakan.

Kala aku lemah, Engkau yang kuatkan.

Kala aku dizalimi, Engkau yang balaskan.

Kala aku terpencil, Engkau yang temankan.


Sangat kurang ajar jika daku tidak sampai ke tahap mencintai-Mu wahai Allah.

Ampunkan daku. Ampunkan daku. Ampunkan daku.

Salah Diri Sendiri

Bot kita ni kecil, muat dalam 12 orang je. Waktu sampai, kita terpaksa pilih orang2 yang kelihatan sudah bersedia untuk dibawa lebih dahulu. Apabila bot dah penuh, kita kena terus bergerak pergi untuk datang lagi pada round seterusnya. Perjalanan bukannya dekat dan penuh kesukaran. Memang lamalah menanti. Silap2, kita tak berpeluang untuk datang kembali.


Kita tak boleh nak tunggu orang2 yang ketika kita sampai itu :

1. masih duduk santai2 di atas bumbung rumah, seolah2 tak ada keperluan untuk pergi ke mana2. Padahal ada puluhan orang di atas bumbung tu. Takkan kita nak ketepikan orang lain yang sedang berebut2 nak masuk ke bot lalu memilih dia yang relax nun di hujung bumbung.


2. baru perlahan2 hendak bangun dan baru tercari2 barang yang hendak dibawa alam keadaaan rehat2 sahaja. Kerana orang2 yang dah bersedia untuk masuk ke dalam bot pun dah siap berbaris dan bermujahadah lebih daripada 20 orang.


Apabila isi bot dah penuh 12 orang, kita pun kene bergeraklah. Apa faedahnya nak bertunggu di situ lagi?


Tetapi ketika itulah ada segelintir daripada jenis 1 dan 2 tadi yang bangun buat bising, jerit kata kita ni pilih kasih, disindirnya, dimakinya. dikatanya berlagak, dikatanya tidak adil, dikatanya salah, jahat, dan macam2 lagilah.


Jenis 1 dan 2 yang ok2 sahaja lalu bersabar menanti pusingan seterusnya, mereka jenis yang bagus. Mereka faham akan beban kerja kita, faham keutamaan, faham keupayaan, dan faham situasi.


Sebenarnya salah diri sendiri yang tidak buat persediaan, tidak berusaha bersungguh2, tidak menunjukkan kesungguhan, , lemah dalam bersabar, dan buruk adab.

 

Mestilah ada perubahan diri untuk jadi yang terpilih lebih awal dimasukkan ke bot.


31/12/21



Thursday, December 30, 2021

Berapa Jauh Perjalanan Menuju Allah?

 

Pertanyaan : "Perjalanan" dalam Tafsir Mimpi Panjang ( rujuk https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/12/tafsir-mimpi-panjang.html ) itu memakan masa tak sampai 1 minit. Berapa lamakah masa perjalanan untuk tiba di "Makkah"?


Jawapan : Sehari semalam.


Pertanyaan : Jauh lagi tu. Maksudnya ada banyak lagi tempat2 persinggahan?


Jawapan : Ya. Orang2 yang direzekikan Allah untuk "melalui jalan" itu tidak mustahil akan melewati tempat2 bagi orang2 terpilih seperti Syeikh Abdus Samad Falimbani, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Huzaifah Ibnu Yaman atau yang lain-lain.

Ada orang yang boleh pergi dan pulang, mengikut had perjalanannya sejauh mana yang dia tercapai, secara bersendirian. Ada pula yang sudah biasa di jalan itu boleh pula membawa orang2 lain dan menunjukkan tempat2 tersebut dan menemukan dengan individu2 di persinggahan2 itu, sebagaimana dalam mimpi tersebut.


Pertanyaan : Bagaimanalah agaknya keadaan tempat2 selepas itu?


Jawapan : Jika untuk perjalanan tak sampai 1 minit pun, sudah sedemikian ajaibnya. Maka untuk perjalanan 10 minit, 1 jam, atau berjam2, tentulah lebih ajaib lagi.


Pertanyaan : Bagaimana hendak berjalan dan bertempat lebih jauh lagi?


Jawapan : Ikuti dan contohi R4S (Rasulullah SAW, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain). Merekalah yang berada di hujung2 jalan itu. Yang terakhir ialah Rasulullah SAW sendiri.


30/12/21


Ciri2 Ulama Dunia

 

ANTARA CIRI2 ULAMA KEDUNIAAN (Menurut Imam al-Ghazali)

Ramai orang memandang mereka sebagai orang2 yang ada maklumat2 agama tetapi :


1. Mereka tercari2 keduniaan dengan menggunakan pengetahuan agama mereka.


2. Cakap2 mereka tak serupa bikin. Selalu berlaku - lain yang dicakap, lain pula yang dibuat.


3. Mereka suka kemudiankan ilmu2 yang bermanfaat untuk akhirat tetapi selalu mendahulukan ilmu2 selain itu.


4. Mereka cukup suka (mudah terpesona) dengan makan minum, pakaian yang hebat2, perabot2 dan bangunan2.


5. Mereka asyik bercampur-gaul dengan pihak pemerintah.


6. Mereka kurang berhati2 dalam bercakap dan cukup suka lagi tergesa-gesa untuk memberi fatwa.


7. Mereka kurang beri penekanan terhadap ilmu2 soal hati (qalbu, tasawuf, sufi) tetapi dalam soal2 agama yang lain, mereka suka beri penekanan.


8. Mereka kurang menguatkan al-yaqin (*kupasan bahagian ini hendaklah dirujuk kepada orang2 yang berilmu tentangnya).


9. Mereka banyak maklumat2 agama tetapi tidak/kurang terpancar waraknya, banyak bersuka ria, dan banyak berkata2 yang tidak perlu. Kesan2 taqwa tidak tampak pada keadaan (penampilan) diri mereka, pada pakaian mereka, pada perbuatan dan pada kata2 mereka. Biasanya, apabila orang terpandang mereka sahaja pun, sudah tidak menampakkan aura ulama akhirat.


10. Sangat sedikit atau jarang2 mereka berbicara tentang sifat2 mazmumah, tetapi dalam hal ehwal agama yang lain, banyak pula bicara mereka.


11. Mereka lebih sibuk kepada pengumpul dan penghafal maklumat agama sahaja (maka banyaklah maklumat agama dalam otak mereka), tetapi kurang berusaha untuk menggali hikmah dan rahsia dalam ilmu2 agama mereka. Mereka lebih berupa karung ilmu. Mereka kurang berfaham dan menghayati.


12. Mereka suka melakukan perkara2 bid'ah seperti banyak bertengkar, berebut kedudukan, banyak bercampur gaul dnegan pihak pemerintah, berhias2 akan masjid, dan sebagainya.


Begitulah antara tanda-tanda ilmuwan agama yang sedemikian, berdasarkan penjelasan Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin



Iman, Duit, Makrifah dan Mahabbah

 

Tiap hari buat usaha atas iman, tak cukup lagikah iman yang ada?

Sama le... tiap hari buat usaha atas duit, tak cukup lagikah duit yang ada?
Sebab itulah kita buat.


Begitulah juga, tiap hari buat usaha atas ma'rifah dan mahabbah, tak cukup lagikah ma'rifah dan mahabbah yang ada?


Jika engkau tahu betapa besarnya nilai ma'rifah dan mahabbah dalam kehidupan yang kekal selama-lamanya itu nanti, silap2 engkau akan tinggalkan begitu banyak urusan2 lain melainkan atas urusan2 ma'rifah dan mahabbah sahaja.

Stategi Tanam Ketakutan Lebih Dahulu

 

Diceritakan bahawa pada zaman penyerangan tentera Monggol ke dunia Islam dahulu, dibahasakan orang bahawa ada daerah2 yang jika penduduknya ada 100 orang sedangkan yang datang itu hanya askar Monggol seorang, yang 100 itu lebih rela menunduk dan diperhambakan oleh Monggol yang seorang daripada mengangkat senjata melawannya.


Mengapa jadi begitu? Kerana keterlaluan takutnya mereka akan Monggol.


Mengapa sampai begitu? Kerana ada pemerintah daerah2 itu (terutamanya yang berkepentingan) yang sejak awal lagi sudah menanamkan ketakutan yang amat sangat terhadap tentera Monggol kepada penduduk2 di wilayah mereka.


Akibatnya, 100 Muslim lebih rela menjatuhkan senjata daripada menentang seorang Monggol. Padahal kata pujangga - jika diludah beramai2 pun, si Monggol seorang itu akan mati kelemasan.




Cari Guru Tungku2 Agama yang Tepat

 

Untuk membetulkan dan mencantikkan urusan2 wilayah anggota tubuh badan, carilah guru2 yang ahli dalam tungku fekah.


Untuk membetulkan dan mencantikkan urusan2 wilayah aqal, carilah guru2 yang ahli dalam tungku aqidah.


Untk membetulkan dan mencantikkan urusan2 wilayah qalbu (hati, ruh), carilah guru2 yang ahli dalam tungku tasawuf.


Untuk membetulkan dan mencantikkan urusan2 wilayah masa, akhir zaman, zaman akhir, hari kehancuran dan hari qiamah, carilah guru2 yang ahli dalam tungku as-sa'ah.


Begitulah umumnya.


Contoh : Yang hendak dibetul dan dicantikkan ialah wilayah hati, tetapi mengharapkan ilmunya daripada orang2 yang ahli (pakar, banyak pengetahuan dan pengalaman) dalam wilayah anggota badan sahaja, terlalu sukarlah untuk mendapatkannya, melainkan si ahli wilayah anggota badan itu juga orang yang ahli dalam wilayah hati




Wednesday, December 29, 2021

Tafsir Mimpi Panjang

Ada pertanyaan tentang satu mimpi yang panjang. Isi kandungannya pun bagus dan sesuai untuk diambil manfaat. Cuma nama2 watak dalam mimpi itu terpaksa sahaya kaburkan agar tidak timbul tersalah faham. Yang lebih penting untuk diambil ialah iktibar drpd isi kandungan mimpi tersebut.


Pada suatu hari, seorang hamba Allah bernama Tuan Xxxxx bertanya :


Assalamualaikum ustaz. Apa habaq? Harap ustaz berada dalam keadaan sihat dan sejahtera bersama keluarga tercinta. Kawan saya bermimpi malam kelmarin. Dia nak mintak tolong ustaz tafsirkan mimpi tu boleh ka ustaz? Kalau boleh saya forwardkan mesej dia.


(***Mohon maafah banyak2 kepada hamba Allah ini kerana mesejnya baru dapat sahaya baca lebih sehari kemudian)



MESEJ daripada sahabatnya yang bermimpi itu berbunyi begini (yang bertanda * tu penjelasan sahaya) :


Dalam mimpi ini aku dan hang jumpa guru hang dan seorang macam anak murid dia yang pakai baju berjubah dan berserban macam dia. Keadaan sekeliling tanah yang lapang bersih macam ada orang sapu.


Sambil bersembang atau mengadu kat guru hang, aku cakap, "Payah nak jumpa P (*) ialah seorang hamba Allah yang soleh, yang ramai orang memandang beliau sebagai salah seorang wali Allah) la ni (***sekarang ini), dengan keadaan macam ni (PKP, tak boleh rentas negeri - macam tu maksud aku). Tambah pulak jauh jugak nak pi."


Lepas tu guru hang senyum sambil tunjuk dekat sebatang jalan tar yang straight panjang, kiri kanan hutan hijau dengan pokok2 besar.


Guru hang cakap, "Tu jalan tu nak pi ke Mekah pun boleh, kalau kena cara dia. Apatah lagi (***jika sekadar) nak jumpa P." Seolah-olah ada shorcut macam masuk alam lain boleh tembus ke Mekah.


Aku pulak masa tu saja sembang2, saja dengan niat kalau ada jalan, hari lain la nak pi, sebab hari tu aku tau aku dalam keadaan hadas besaq. Kira badan tak bersih la, nak pi jumpa orang alim lagu mana? Macam tu la pikir.


Lepas tu guru hang gamit aku, suruh ikut jalan tu dengan dia. Aku pun ikut jalan. Tak dan (***tak sempat) sampai seminit, jumpa satu tempat yang bagi kita manusia (***ni nampak) pelik (***kerana di luar daripada kebiasaan).


Keadaan tempat tu tinggi dari tanah lebih kurang dua kaki tinggi dia. Lantai dibuat daripada mozek putih. Lepas tu ada bumbung tanpa tiang, macam kubah masjid, tapi lagi besaq 10 kali ganda. P duduk dalam tu sambil dok sembahyang. Bumbung tu kaler macam kubah masjid, lebih kurang emas2 gitu.


Guru hang kata, "Itu P. Pi la mintak apa nak minta lekas (macam minta doa atau cara penyelesaian la lebih kurang) (*** kerana banyak juga orang bertemu P untuk meminta didoakan dan meminta nasihat2nya)."


Tapi aku diam saja sebab tau badan tak elok tak boleh masuk tempat tu.


Tunggu lama sikit, P habis sembahyang dan doa. Dia keluar dari tempat tu. Hang pi salam dan cium tangan dia. Aku tak salam sebab rasa diri ni kotoq.


Risau P kecik hati, aku cakap kat P, "Saya sebenarnya kotoq P. Saya tak baguih, (*sebab) tu saya rasa segan nak salam dengan P (sambil buat muka sebek)."


Lepas tu P pegang bahu (*aku), dia cakap sepatah2 slow2, "Tak pa. Janji kita tau diri kita macam mana, (*itu sudah) cukup."


Lepas tu aku rasa sedih sangat.


Teroih bangun tidoq.


TAMAT MIMPINYA



ANTARA MAKLUMAT YANG ADA DALAM MIMPI ITU


1. Ada beberapa watak iaitu :

i. hamba Allah yang bermimpi (YB - Yang Bermimpi)

ii. hamba Allah yang bertanya (Tuan Xxxxx)

iii. si guru

iv. orang yang kelihatan seperti murid kepada si guru, dan

v. P (seorang soleh yang sering dipandang sebagai wali Allah oleh sebahagian orang)


2. Benda2 yang terlibat dalam mimpi ini pula ialah :

i. baju jubah seperti baju jubah si guru

ii. serban seperti serban di guru

iii. sebatang jalan tar yang lurus lagi panjang

iv. hutan hijau dengan pokok2 besar di kiri kanan jalan tar tersebut

v. lantai daripada mozek putih

vi. bumbung tanpa tiang seperti kubah masjid yang besarnya 10 kali ganda kubah masjid dan berwarna keemas-emasan


3. Latar tempat yang terlibat pula ialah :

i. kawasan tanah yang lapang dan bersih seperti disapu

ii. Makkah

iii. tempat yang luar daripada kebiasaan di mana P berada


4. Tentang perbuatan pula, ada :

i. pergi berjumpa dengan si guru

ii. pergi itu bergandingan dengan Tuan Xxxxx

iii. keluhan ingin pergi menemui P

iv. si guru tunjukkan jalan

v. si guru sampaikan maklumat (ilmu)

vi. si guru ajak dan bawa melalui jalan lurus dan panjang itu

vii. mereka berjalan di jalan tar itu

viii. si guru menunjukkan diri P

ix. P sedang mengerjakan solat lalu berdoa

x. P keluar dari tempat luar biasa tersebut

xi. P tepuk bahu dan beri kata-kata perangsang

xii. YB berasa sedih


5. Seterusnya tentang perasaan yang terlibat pula :

i. keinginan untuk bertemu dengan P

ii. bercadang buat penangguhan

iii. penangguhan itu hendak dibuat kerana sedang berhadas, maka berasa belum sesuai untuk pergi bertemu dengan P

iv. bersetuju untuk mengikut si guru

vi. berasa sedih



MENYINGKAP MAKSUD MIMPI INI

(***Yang berada dalam "tanda koma' ialah "bahasa dalam")


1. Alhamdulillah. Syukur. Hamba Allah yang bermimpi (YB - Yang Bermimpi) itu memang hatinya dicenderungkan oleh Allah ke arah TST (tasawuf, sufi, tariqah dsb) atau ringkasnya ke jalan keRUHanian.


2. Si guru itu dengan ikhlas hati dan lapang hati menerima Tuan Xxxxx dan YB ke "halaman"nya.


Hal ini berdasarkan gambaran tempat si guru yang keadaan sekeliling tanahnya yang lapang bersih seperti ada orang yang sapu.


3. Tentang hamba Allah yang kelihatan seperti murid kepada si guru itu, yang berjubah dan berserban sebagaimana si guru itu, YB akan dapat mengenalinya nanti jika direzekikan Allah untuk berjumpa secara berhadapan, ataupun ketika terlihat orangnya melalui media (gambar, video, lukisan).


4. YB memang terpaut hati dengan P dan mahu bertemu dengannya. YB beranggapan, alangkah beruntungnya jika dapat jadi macam P, dan dia juga berangan-angan (belum sampai ke tahap cita-cita lagi) untuk mencapai kedudukan (maqam) sebagaimana yang dikurniakan oleh Allah kepada P. Jika dapatlah, dia ingin "menyaksikan" bagaimanalah "tempat" yang "diduduki" oleh P di sisi Allah.


5. "Lepas tu guru hang senyum sambil tunjuk dekat sebatang jalan tar yang straight panjang, kiri kanan hutan hijau dengan pokok2 besar."


Maksudnya si guru berasa sukacita dan dengan senang hati untuk menunjukkan caranya/ jalannya/ toriqnya untuk "diperkenalkan" akan maqam yang ditempati oleh P sebagaimana yang dikehendaki oleh Alah SWT ke atas P.


"Jalan" itu lurus, kemas tidak berselerak, tidak bersimpang siur, tiada kerosakan, selesa dilalui, dan teguh.


Hutan dengan pokok2 besar itu menunjukkan sudah terlalu banyak orang-orang soleh termasuklah tokoh2 besar yang sudah menggunakan toriq/jalan/ manhaj tersebut.


Sekiranya masih ingat, sebelum ini sahaya ada menta'birkan mimpi seorang hamba Allah yang melihat sebatang pohon yang tidak berapa besar di atas bukit. Pohon dalam kedua-dua mimpi ini menggambarkan orang-orang.




6. "Guru hang cakap, "Tu jalan tu nak pi ke Mekah pun boleh, kalau kena cara dia. Apatah lagi nak jumpa P." Seolah-olah ada shorcut macam masuk alam lain boleh tembus ke Mekah."


Makkah dalam mimpi ini ta'wilnya ialah Allah. Maka dengan jalan/ toriq yang ditunjukkan itu, bukan sahaja boleh "menyaksikan" atau lebih tinggi lagi "menempati" maqam2 tertentu, bahkan boleh "sampai" kepada Allah.


7. "Aku pulak masa tu saja sembang2, saja dengan niat kalau ada jalan, hari lain la nak pi, sebab hari tu aku tau aku dalam keadaan hadas besaq. Kira badan tak bersih la, nak pi jumpa orang alim lagu mana? Macam tu la pikir."


YB memang tertarik hati dan berkeinginan untuk menjalani hayat sebagai seorang ahli sufi, tetapi dia sendiri belum bersedia lagi, belum mahu buat persediaan lagi, belum sanggup untuk meninggalkan hati seorang awwam. YB juga berasa rendah diri seakan tidak layak untuk dirinya bergaul dengan orang-orang alim.


8. "Lepas tu guru hang gamit aku, suruh ikut jalan tu dengan dia. Aku pun ikut jalan. Tak dan (*tak sempat) sampai seminit, jumpa satu tempat yang bagi kita manusia (nampak) pelik."


Si guru mengajak YB untuk mengikuti toriq tersebut, dan YB mahu mengikut. Tidak sampai seminit, tibalah ke suatu tempat yang luar biasa.


Jika perjalanan seminit sahaja sudah sampai ke situ, bayangkan betapa panjangnya jalan lurus itu dan ada berapa banyak lagi perhentian2 atau tempat2 yang ada.


Si guru tidak sekadar menunjukkan jalan, bahkan dapat membawa orang pula ke sana. Dapat membawa orang lain ke sana menunjukkan dia sudah biasa tiba ke sana dan biasa berulang-alik ke sana, memandangkan dia dapat membawa orang lain ke sana dalam masa tidak sampai seminit sahaja.


9. "Keadaan tempat tu tinggi dari tanah lebih kurang dua kaki tinggi dia. Lantai dibuat daripada mozek putih. Lepas tu ada bumbung tanpa tiang, macam kubah masjid, tapi lagi besaq 10 kali ganda. P duduk dalam tu sambil dok sembahyang. Bumbung tu kaler macam kubah masjid, lebih kurang emas2 gitu."


Ini gambaran kedudukan P ketika beliau "bersama2" dengan Allah. Merupakan satu maqam yang sangat tinggi, mulia, "di langit", di bawah naungan 'Arasy Allah.


10. Guru hang kata, "Itu P. Pi la mintak apa nak minta lekas (macam minta doa atau cara penyelesaian la lebih kurang, kerana banyak juga orang bertemu P untuk meminta didoakan dan meminta nasihat2nya)."

Tapi aku diam saja sebab tau badan tak elok tak boleh masuk tempat tu.

Tunggu lama sikit, P habis sembahyang dan doa. Dia keluar dari tempat tu. Hang pi salam dan cium tangan dia. Aku tak salam sebab rasa diri ni kotoq.

Risau P kecik hati, aku cakap kat P, "Saya sebenarnya kotoq P. Saya tak baguih, (*sebab) tu saya rasa segan nak salam dengan P (sambil buat muka sebek).

Lepas tu P pegang bahu (*aku), dia cakap sepatah2 slow2, "Tak pa. Janji kita tau diri kita macam mana, (*itu sudah) cukup."

Lepas tu aku rasa sedih sangat.


Teroih bangun tidoq.


TAMAT MIMPI


Bahagian ini rasanya boleh difaham sendiri sahaja. Tiada yang terlalu tersirat.


Jadi, begitulah lebih kurang singkapan makna mimpi tersebut. Wallahua'alam.




Abu Zulfiqar al-Amsyari

OKtober 2021

Tuesday, December 28, 2021

Bakti Sang Sufi vs Mereka

Luahan/kongsian seorang pengamal sufi, lebih kurang ceritanya...


Salah seorang ahli berkumpulan : "Hai, ahli sufi bagi nasi lemak je?"


Pelajar sufi : ..............(terkejut tapi senyum) ini je yang mampu. Jaaadilah.

Lemah semangat hamba Allah tu 🙂


Kata kita, jangan patah semangat, teruskan sahaja jika berkemampuan lagi. Walau sekadar puluhan bungkus nasi lemak dan air mineral yang engkau hadiahkan berbanding beras, biskut, telur, sardin, gula dll yang mereka edarkan :


1. Bantuan yang engkau hulurkan itu menggunakan duitmu sendiri, sedangkan orang itu tadi tidak menggunakan wangnya sendiri. Dia sekadar menyampaikan barang2 yang dibeli oleh perkumpulannya dan yang disumbangkan daripada poket orang ramai. Engkau pemberi sedangkan dia hanya penyampai walaupun lagaknya seolah2 yang disampaikan itu adalah harta bendanya sendiri.


2. Bantuanmu itu engkau bawa dengan kenderaan sendiri dan duit minyakmu sendiri. Dia? Ada pihak yang menyedia, menaja dan membelanja.


3. Engkau hadir memberi bantuan lebih awal daripada mereka walaupun engkau serba kekurangan sedangkan mereka banyak kelengkapan dan anggota.


4. Engkau hanya bertiga sedangkan mereka berpuluh2 orang.


5. Engkau datang dengan merendah diri seolah2 orang yang turut terkesan dengan bencana dan tanpa rasa berjasa, tetapi sebahagian daripada mereka datang dengan meninggi diri lagi merasa mulia dan banyak jasa. Sebahagian mereka suka jika manusia lain merasakan mereka berjasa. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang ada ketinggian, kemuliaan dan berjasa. Selain Dia, kosong belaka.


6. Engkau tidak bergambar dan upload (walaupun tidak salah sekadar satu dua gambar sebagai percontohan kepada pihak2 lain) sedangkan mereka asyik bergambar di setiap rumah yang mereka singgahi dan begitu banyak gambar yang mereka upload. Entah omangsa2 itu berasa mulia atau berasa terhina dibuat begitu, tak tahulah.


7. Kalian berbuat tanpa mengharap sebarang balasan dan tanpa niat mempromosi sesuatu. Jika kalian ada berkata2 pun, kita yakin kalian akan promosikan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi mereka ada promosi langsung dan tidak langsung ke atas kepentingan2 mereka.


Ringkas kata, bantuan yang engkau dan sahabat2mu sampaikan itu insya-Allah lebih bererti di sisi Allah berbanding mereka. Maka, kuatkan kembali semangatmu. Sekadar mana yang terdaya, bantulah.