Monday, December 28, 2020

Maklum Balas Penggunaan Kitab Anugerah Berwangian Cinta (ABC)

 

MAKLUM BALAS PENGGUNAAN KITAB ANUGERAH BERWANGIAN CINTA (ABC)

 

Kami menerima beberapa respon daripada para pemilik kitab Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya yang sudah mula melaksanakan majlis taklim harian keluarga masing-masing. Berikut merupakan antara isu yang timbul dan saranan-saranan daripada pihak kami.


ISU 1 : Suami sebagai ketua keluarga jarang ada di rumah. Mereka keluar bekerja. Apabila pulang, sudah keletihan. Jadi, kurang kesempatan untuk mengetuai majlis taklim harian keluarga. Ada juga yang sudah tidak bersuami.


SARANAN KAMI : Ibu (isteri) boleh sahaja melaksanakan majlis ini bersama-sama isi rumah. Tidak semestinya ada suami baru hendak dibuat majlis taklim harian keluarga. Jika anak-anak sudah pandai membaca, boleh digilir-gilirkan. Dapat juga menjadi latihan membaca dan semakan untuk anak-anak yang baru belajar membaca.


ISU 2 : Berasa tidak puas jika majlis taklim harian keluarga dengan membaca 1 bahagian sahaja daripada sukatannya iaitu lebih kurang 1-3 minit. Bolehkah dibaca 3 bahagian penuh sekaligus?


SARANAN KAMI: Bagi keluarga yang bersedia dan selesa untuk bermajlis taklim harian keluarga lebih daripada 5 minit, boleh sahaja membacakan 3 bahagian lengkap sekaligus. Maksudnya membaca satu bab terus. Keluarga kami sendiri biasanya membaca 3 bahagian terus.


ISU 3 : Masih bujang. Belum berumahtangga. Belum punya pasangan dan anak-anak. Bagaimana mahu melaksanakan majlis taklim harian keluarga?


SARANAN KAMI :

i) Boleh buat majlis taklim harian keluarga dengan isi rumah. Contohnya ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan serumah, teman-teman sebilik, sahabat-sahabat, dan seumpamanya.

ii) Buat majlis untuk diri sendiri. Istiqamah membaca 1 bahagian pada setiap hari. Setiap 4 bulan, khatam. Jika dapat 3 bahagian terus, lebih bagus. Setiap 40 hari, khatam.


ISU 4 : Mestikah ikut susunan bab?


SARANAN KAMI : Sebaik-baiknya ikutlah susunan bab. Tetapi jika ada keperluan-keperluan semasa, boleh sahaja diambil bab-bab tertentu. Contohnya :

i) Jika ada ahli keluarga yang sedang ditimpa musibah dan bersedih, kita boleh dahulukan bab Sabar.

ii) Menjelang bulan Ramadhan, langkaulah ke bab Puasa. Begitu juga apabila tiba musim Haji dan Maulidurrasul, pergilah ke bab yang berkaitan dengannya.


ISU 5 : Berasa sangat seronok kerana menyaksikan seluruh isi keluargaa berkumpul pada setiap hari pada jalan Allah walaupun sebentar. Bolehkah majlis taklim harian keluarga ini dibuat beberapa kali sehari?


SARANAN KAMI : Selagi tidak memberatkan dan tidak menjemukan isi keluarga, buatlah. Contohnya pada hari cuti, boleh dibuat pada waktu pagi, petang dan malam. Contohnya lagi, sesekali dalam setahun buatlah hari amal ibadah sekeluarga. Selain daripada tambah amal-amal ibadah yang biasa, buatlah majlis taklim sekali selepas subuh, sekali pada waktu dhuha, sekali selepas zohor, sekali selepas asar, sekali selepas maghrib dan sekali selepas isya’. Insya-Allah akan terasa sangat nikmat. Cubalah.


Insya-Allah jika ada isu-isu akan datang, kami akan bentangkan dan berusaha memberikan saranan terbaik.


Ini bukan buku yang dibeli, dibaca dan dibiarkan di rak, tetapi buku yang dibeli, dibaca lalu dimanfaatkan untuk bergerak.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

28 Disember 2020


*Yang belum memiliki buku ABC (Anugerah Berwangian Cinta) ini dan berhajat mahu memilki dan memanfaatkannya, boleh menghubungi team Khazanah sebagaimana di bawah :


1. Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan dan Rumusan daripada Kitab Induk IHya' 'Ulumuddin)
RM45 (SM) RM52 (SS)


2. Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 1 (Pengenalan)

KEHABISAN STOK

3. Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 2 (Lanjutan)

RM35 (SM) RM40 (SS)


*Semua buku adalah karangan Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari
*Harga termasuk pengurusan pos


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, hubungi kami team Khazanah melalui WhatsApp www.wasap.my/601116824293

Facebook Khazanah :
https://web.facebook.com/Khazanah-115012297090461


No comments: