Sunday, December 6, 2020

Q&A Buku2 Abu Zulfiqar

1. SOALAN : Buku Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya itu samakah isi kandungannya dengan buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah?


JAWAPAN : Tak sama.

Buku Anugerah Berwangian Cinta itu merupakan petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya' 'Ulumuddin. Ia sebenarnya lebih berupa sebuah kitab.

Buku Terbit Cahaya Naungan itu merupakan penerangan dan pengenalan kepada Tarekat Ghazaliyah. Ia lebih berupa sebuah buku.


2. SOALAN : Bila buku kedua Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah dijangka keluar?

 

JAWAPAN : Cadangnya pada Januari/Februari 2021, insya-Allah.


3. SOALAN : Samakah isi kandungan buku :
i) Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyah
ii) Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyah 2 : Lanjutan


JAWAPAN : Tidak sama.
Buku pertama itu pengenalan.
Buku kedua itu lanjutan.

 

4. SOALAN : Orang yang tidak amakan Tarekat Ghazaliyah boleh ke nak baca buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan tu? 


JAWAPAN : Tentu sahaja boleh. Sekurang-kurangnya untuk menambah pengetahuan. Tambahan pula Tarekat Ghazaliyah itu sendiri lebih bersifat umum dan memang untuk semua.

 

 


No comments: