Wednesday, December 16, 2020

Asal Terima Sahaja Maka Dikira Cenderung?

 

Seorang hamba Allah menghantar satu mesej kepada sahaya yang berisi pegangannya, dan meminta pandangan sahaya terhadap pegangannya itu.


PEGANGANNYA :


XXXX XXXX (*nama seorang pemimpin politik di negara kita) cenderung kepada Syiah... sebab dalam ceramahnya sebelum ini... ada saya dengar dia terima sesiapa sahaja masuk partinya walaupun Syiah atau Wahabi. Ada video.



KOMEN SAHAYA TERHADAP PEGANGANNYA ITU :


1. Yang menjadi pegangan tuan (sebagaimana tulisan tuan itu): XXXX XXXX CENDERUNG Syiah.


2. BUKTI yang tuan nyatakan : Kerana XXXX XXXX terima sesiapa sahaja masuk partinya walaupun Syiah atau Wahhabi.


3. Rumusannya di sini, sesiapa yang membenarkan orang berfahaman Syiah dan Wahhabi masuk partinya, maka orang itu terbukti cenderung Wahabi dan Syiah.


Jadi, begitulah pegangan tuan (berdasarkan tulisan tuan itu).



HURAIANNYA :


Berdasarkan pegangan tuan ini, maka timbullah beberapa persoalan (sebab kita mahu adil dalam meletakkan sesuatu agar tidak diminta pertangungjawabannya oleh Allah nanti) :


1. Maksudnya XXXX XXXX tu cenderung Wahhabi dan cenderung Syiah sekaliguslah? (Yang ini memang sangat pelik kerana Syiah dan Wahhabi memang musuh ketat zaman-berzaman. Tapi tak mengapalah, saya nak tahu jawapan tuan le).


Jawapannya: ......................... (Ya/tidak)


2. Dalam parti ahli politik tersebut ada ramai ahlinya yang Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jadi, adakah XXXX XXXX cenderung ASWJ?


Jawapannya : .....................(ya/tidak)


3. Dalam parti itu juga ada ahli2 bersekutu yang beragama Buddha, Hindu, Tao, Confucious dan Kristian. Maka... adakah XXXX XXXX cenderung Buddha, Hindu, Tao, Cofucious dan Kristian?


Jawapannya : ........................... (Ya/tidak)


(*Pelik juga. Mengapa cenderung Syiah yang diperbesar-besarkan sedangkan cenderung Wahhabi, Siplis (Sekular, Liberal, Plural dll), Ahli Sunnah wal Jamaah, Buddha, Hindu, Tao Confucious, Kristian dan lain-lain tidak pula diutarakan? Apakah agenda agaknya?)


4. Parti lain iaitu parti ZZZZ ada ahli yang beragama Islam, Buddha, Kristian dan agama2 orang asli. Adakah pemimpin2 parti itu cenderung agama2 itu?

Dalam parti MMMMMMM ada ASWJ, Wahhabi dan Syiah. Adakah pemimpin2ya cenderung kepada ajaran2 itu?

Dalam parti NNN lagi macam2 agama ada.

Dalam parti OOOOOOO (parti Islam) ada ASWJ dan Wahhabi.


Persoalannya.... adakah tuan berpegang bahawa pemimpin2 parti2 itu cenderung semua (agama dan ajaran) itu?


Jawapannya : ............................ (ya/tidak)


5. Semua parti itu menerima ahlinya yang pelbagai ajaran dan ada yang terima ahli pelbagai agama. Persoalannya... tuan pandang sebagai salahkah perbuatan itu?


Jawapannya : ..................................... (ya/tidak)



Daripada jawapan2 tuan ini, barulah boleh kita lanjutkan komen teman terhadap pegangan tuan itu.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

14 Disember 2020

No comments: