Tuesday, June 12, 2018

Tazkirah FB Abu Zulfiqar versi Media Sosial


Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar merupakan tazkirah2 pendek Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari yang ditulisnya secara santai sejak 12 Disember 2011. Sehingga kini berjumlah 354 tazkirah. Awalnya dulu tazkirah2 ini dalam bentuk tulisan shja, kemudian diringkaskan lagi dan dibuat dalam bentuk “image”, tetapi format ini kurang diminati sebahagian warga media sosial kerana memakan lebih data dan ruang.

Kini salah satu projek sukarelawan dakwah Tarekat Ghazaliyah adalah menulis semula semua tazkirah ini agar ringan dan sesuai untuk disampaikan di WhatsApp dan Telegram. Isinya kembali kepada yang asal, iaitu panjang sedikit daripada yang dalam “image”. Sehingga kini tazkirah 1 hingga 10 sudah disampaikan. Insyaallah akan berterusan.

Projek2 kami dalam sebulan ini :
1.       Tazkirah Ihya’ Ramadhan di Facebook, WhatsApp dan Telegram berjumlah 40 kesemuanya.
2.       Petikan2 penting Ucaptama Ijtima’ Tarekat Ghazaliyah kali ke-2 (mini poster) berjumlah 30 kesemuanya. Juga di Facebook, WhatsApp dan Telegram.
3.       Mewujudkan page khusus Tarekat Ghazaliyah di Facebook.
4.       Terkini – tulis dan hidang semula Tazkirah FB Abu Zulfiqar untuk WhatsApp dan Telegram. Insyaallah menuju 354 tazkirah dan seterusnya.

Terima kasih atas dukungan semua. Terus sebarkan dakwah.

-          SDTG

No comments:

Anda mungkin meminati:

Related Posts with Thumbnails